Kangkung antara sayuran yang mudah ditanam. Tanpa menggunakan tanah, kangkung boleh ditanam dengan mudah. Tiada ruang pun tidak mengapa kerana kangkung boleh ditanam cara tak jejak tanah seperti yang dikongsikan oleh Yuziyana Yusop.
Kalau duduk di kediaman bertingkat pun tiada masalah untuk bercucuk tanam cara ini. Boleh mulakan dengan tanam kangkung. Kaedah ini menggunakan mangkuk tapis plastik dan baldi. Langsung tak menggunakan tanah. Lagi bersih.
Tip Tanam Kangkung Tanpa Guna Tanah
“Jom tanam kangkung sendiri. Kangkung tapis, kangkung tak jejak tanah namanya. Tiga minggu dan boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setengah kilo hasil kangkung. Alhamdulillah.”
Sekali Tuai Boleh Dapat Setengah Kilo
Cara-caranya:
1. Rendam biji benih 32 jam guna air paip. Kalau ada benih yang kembang sangat dalam masa 24 jam boleh asingkan dan letak dalam tapis (boleh terus ke langkah 2).
2. Toskan benih lepas rendam kemudian masukkan dalam tapis. Agak-agak saja kuantiti biji benih. Jangan padat sangat, jangan sikit sangat.
3. Pastikan guna tapis yang lubangnya kecil sahaja. Jika lubang besar anak kangkung akan bolos nanti. Jika ada benih yang sudah berakar, masukkan akar ke dalam lubang tapis, biarkan ia menjulur.
4. Letak tapis atas baldi yang telahpun dimasukkan air paip separas mencecah dasar tapis.
5. Tutup tapis berisi benih selama 2-3 hari.Tujuan menutup biji benih adalah untuk menggalakkan anak benih cepat tumbuh.
6. Selepas 3 hari anak benih akan tumbuh seperti tauge. Jangan panik, memang betul dah caranya. Waktu ini dah boleh dedahkan kepada cahaya, air dalam takungan tak perlu buang. Boleh tambah baja AB.
7. Boleh mula guna baja ab bancuhan 10mlab+2L air atau 1.5ec-2ec.
8. Hanya pantau air baja dan akar pokok. Tambah air baja bila perlu. Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec minggu 1(10ml ab+2L air), 2ec minggu ke2(15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air).
9. Kangkung bolehlah dituai bila berumur lebih kurang 3 minggu.
Kredit : Yuziyana Yusop
Artikel lain yang berkaitan: Guna Pucuk Nak Tanam Sayur Kangkung Jadi Gemuk-Gemuk Dan Rimbun. Memang Menjadi!
Tanam Kangkung Di Balkoni Rumah, Tak Susah Pun, Hanya Guna Besen Dan Penapis Sahaja!