Tip Susun Atur Dapur Sentiasa Kemas Dan Praktikal. Ikut Cara Wanita Ini.

Share

Amat penting kawasan dapur rumah bukan sahaja akan lebih selesa dan sedap mata memandang apabila keadaannya bersih, namun susun atur peralatan atau barangan juga penting supaya dapat memasak dengan mudah.

Ikuti perkongsian ini cara susun atur dengan lebih praktikal.

Tips susun atur dapur supaya sentiasa kemas dan praktikal

1.Pastikan setiap barang ada ‘rumah’ sendiri. Contohnya tepung ada bekas dia, kacang hijau ada bekas dia. Sama la juga oat, sagu, gula, garam dan lain-lain.


2. Bekas pula seeloknya yang seragam dari segi bentuk dan juga warna. Baru nampak kemas dan elok tersusun. Ada juga yang buat warna tema untuk dapur. Menarik juga ni kan. Macam- macam warna tema boleh pilih. Merah, hitam, hijau, pink. Biasanya kita pilih warna fovourite kita kan.

3. Untuk jimatkan ruang, pastikan bekas boleh disusun bertingkat- tingkat.

4.Label setiap bekas makanan supaya senang kita nak ambil. Jangan lupa juga expired date makanan tu tau.


5.Pastikan juga bekas simpan makanan kedap udara. Sangat penting. Bila bekas kedap udara, makanan pun tahan lagi lama. Semut dan serangga pun tak boleh masuk.

Selamat mengemas rumah!

Kredit: Sukira Norimi