Tip ‘Sorok’ Meja Lipat, Ibu  Ni Transform Meja PdPR Anak Menjadi Frame & Rehal. Kreatifnya Idea!

Share

Idea yang kreatif, itu yang boleh diungkapkan tatkala melihat hasil kerja tangan ibu ini menyediakan peralatan khas untuk  anak-anak belajar supaya rasa selesa ketika belajar.

Ibu ini menggunakan meja lipat tetapi menariknya dia menyorokkan’ meja  dengan menjadikannya frame gambar.

Jom cuba perkongsian dari puan Dinas Elni

. Transformasi yang simple tapi berkesan dan menjimatkan ruang.

Tips ‘Sorok’ Meja Lipat

Walaupun PDPR anak-anak ada meja masing-masing, yang umur 7 tahun kena belajar mengadap juga berdepan gitu. Meja lipat ni sangat membantu.

Tapi lepas guna mmg rasa serabut. Sekejap sandar tepi sana, sekejap situ, selalu hilang juga 😅

So kat mana nak sorok dia? Kat tempat yang

obvious. Terlalu obvious sampai org tak tahu pun dia sebenarnya meja/dulang lipat.

Tipsnya cari gambar cantik² yang saiz sama besar dgn permukaan meja. Tampal situ. Kat sini ikutlah kemahiran masing-masing. Saya bercadang nak epoxy resinkan esok utk protection gambar supaya tak kena conteng, etc.

Kemudian sangkut ke dinding. Jenis hook dan cara sangkut ada dalam gambar. Nak guna ambil, lepas guna letak semula. Sebagai gambar ia takkan kumpul habuk sbb kerap dibawa turun. Saya mmg tak suka frame gambar sebenarnya sbb faktor habuk ni.

Now selain jadi meja, dulang dan rehal, ia juga jadi frame gambar.

Moga bermanfaat.