Memasak adalah salah satu aktiviti rutin wajib di rumah. Jika asyik makan di kedai tentu boring jua.
Bagi yang berkerjaya tentunya inginkan cara memasak yang cepat.
Pastinya sentiasa mencari petua untuk memasak dengan mudah.
Menarik perkongsian wanita ini, Cik Dayang Zuhaila, menunjukkan cara penyediaan bahan kisar masakan. Malah siap ada petua untuk membuatnya tahan lama.
Jom ikuti perkongsiannya.
TIPS simpan Stock Bawang blender Tahan 3 bulan
Bulan posa dah nak dekat kan.
Mai cikdyg nak share sikit cara2 cikdyg simpan cabai bawang halia bagi tahan lama.
Senang la bila nak masak lauk pauk ka mee goreng ka bihun goreng ka keytiau ka. Teruih cedok ja. Tak payah susah2 nak kupas bawang 2-3x.
Sebab tu kalau tetamu mai umah cikdyg. Sat saja cikdyg masak. Macam pelesit.
Stock cikdyg buat ni kalau rajin masak 2 minggu habis dah. Tapi kalau malas masak, stok ni 3 bulan pon tahan lagi tau. Wajib simpan dalam peti ais.
1. CARA BUAT CABAI KISAR
Gunting cabai kering kecik2 lebih kurang 1 inci pastu buang bijik cabai tu. Rebus cabai tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.
Lepas tu tapis bilas dengan ayaq. Masukkan cabai dalam blender. Blend sambil masuk ayaq bertapis sikitt sekadar bagi blender tu buleh putaq saja.
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais..
Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cabai ni tau.
2. CARA BUAT BAWANG BESAR KISAR
1 kilo bawang besaq dan hiris kecil2 tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit2 bersama dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak ayaq saja pon boleh. Pastikan sikit saja ayaq tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus2.
3. CARA BUAT BAWANG PUTIH KISAR
Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecik2.
Blender bawang bersama ayq bertapis Anggaran ayaq adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering.
Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.
4. CARA BUAT HALIA KISAR
Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecik2. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar.
Blender halia dengan sedikit ayaq. Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis.
🔪Tips penting untuk lebih bertahan lama.
Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campoq lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO!
Kalau nak guna cabai, sedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing.
Tu lah tips yang tokma bagi kat cikdyg. Untuk elakkan cepat berkulat.
Sumber: Cik Dayang Zuhaila,