
Setiap kali hendak menyambut hari raya, selalunya beberapa jenis sayur-sayuran seperti serai, lengkuas, kunyit, dan daun kunyit memang paling sukar dicari. Sayur-sayuran ini memang menjadi rebutan ramai.
Melalui perkongsian Hani Mynis wanita ini berkongsi tip bagaimana menyimpan sayur-sayuran untuk kegunaan membuat menu hari raya dengan cara yang praktikal dan bijak.
✅Daun kunyit
✅Serai
✅Lengkuas
✅Halia
✅Kunyit hidup
✅Bunga kantan
✅Daun pandan
✅Daun kesum
* Mesti bersihkan dan basuh bersih-bersih semua sayur-sayuran terlebih dahulu.
*Tengok macam mana hendak guna sayur itu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit, kalau masak rendang kita racik halus-halus terus.
*Apabila hendak digunakan, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik. Jangan tunggu nanti-nanti, takut lupa terus. Jadi lembik pula sayur-sayurannya.
Belah siap-siap. Boleh campak terus dalam lemak cili api atau sambal bali. Ini sudah 3 bulan dalam peti sejuk. Keadaan masih elok.
*Apabila hendak guna, tidak perlu basuh. Terus campak je dalam kuali atau periuk. Tidak perlu defrost/thaw dulu. Dalam keadaan beku sayur-sayuran itu boleh terus masuk ke dalam kuali atau periuk.
Bunga kantan masih elok walaupun sudah empat bulan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
*Jika daun sup, masuk dalam bekas-bekas kecil dan asing-asingkan sekali penggunaannya. Tambah air sikit paras daun, biar ia jadi air batu daun sup.
*Daun ketumbar tidak sesuai untuk dibekukan kerana kerangupannya akan hilang. Daun ketumbar yang rangup lebih sedap.
Menyentuh tentang ‘ketahanan’ sayur-sayuran selagi tidak habis digunakan, sayur-sayuran ini boleh tahan sehingga tiga hingga enam bulan.
Semoga bermanfaat. Buatlah persediaan supaya nanti ketika hampir-hampir hendak raya tidak perlu susah-susah mencari semua jenis sayur-sayuran ’emas’ ini.
Sumber kredit: Hani Mynis
Baca artikel lain juga: Mak-Mak Selalu Alami Kencing Kotor, Amal Minum Air Serai, Boleh Flush Kuman!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my