Uncategorized

Tip Sediakan Parsley Kering (Flake). Cukup Mudah, Murah & Boleh Buat Stok!

Share

 

Jika di lihat pada penggunaan bahan-bahan herba di dalam masakan Barat,  ternyata penggunaan daun parsley antara yang banyak  digunakan. Aromanya yang segar dan enak memberikan rasa hidangan menjadi lebih berempah dan enak untuk dinikmati.

Salmon Grill

 

Spagetti aglio olio yang cukup menyelerakan.

 

[su_highlight background=”#ddf7ad” color=”#242121″]Jadi tidak hairanlah, bagi penggemar masakan Barat pasti akan sentiasa ada stok daun parsley di dalam simpanan.[/su_highlight]

Namun bagi anda yang sekali sekala teringin menyediakan masakan Barat, tentu pula perlu membeli daun pasrley segar tersebut untuk digunakan di dalam masakan, dan pastinya akan ada lebihannya.

Oleh itu bagaimana cara untuk anda menyimpan daun parsley  tersebut agar boleh bertahan lebih lama dan sekali gus dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.

Nak tahu caranya? Di sini Mamak Haji  di dalam facebooknya sudi berkongsi tip bagaimana untuk menyediakan parsley kering. Jom semak!


Langkah Demi Langkah

1. Leraikan daun parsley daripada tangkainya.


 

2. Cuci dan keringkan seketika.


 

3. Masukkan di dalam oven dan keringkan. Jangan sampai terlalu garing.


 

4. Hancur-hancurkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.