Penularan virus COVID-19 di negara ini sudah sampai ke tahap yang membimbangkan, di mana kerajaaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Kerana itu, semua dilarang keluar rumah tanpa sebarang urusan. Bagi anda yang ingin keluar membeli barang, ikut kaedah yang dikongsikan ini demi mengelakkan diri dari virus tersebut.
Kalau yg keluar beli makanan di pasaraya tatacara yg betul adalah:
1. Pakai sarung tangan plastik bila ambil brg di rak2 pasaraya. Virus ni boleh hidup di permukaan hingga 9 jam.
2. Pakai mask. Elak both direction. Pembawa xsebar virus, virus pun xbleh masuk ke rongga hidung, mulut dr luar.
Langkah slps balik dr membeli makanan.
1. Jgn disambut oleh ahli keluarga terutama anak2. Elakan dr terus bertemu ahli keluarga lain.
2. Terus masuk kedlm toilet, buka semua pakaian dan masukan dlm beg plastik utk dicuci terus.
3. Baru buka mask dan sarung tangan.. terus buangkan dlm plastik khas. Jgn buang dlm tong sampah biasa. Virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa2 makanan dlm tong sampah.
Ads
4. Mandi dan cuci dgn sabun, detol.
5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.
6. Barang2 yg dibeli, jgn terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yg dibeli, boleh mati slps 8 jam.
Jika beli makanan siap masak.
Ads
1. Pastikan kedai yg bersih
2. Pastikan tiada crowd yg ramai menunggu
3. Beli dan terus balik.
4. Balik ulangi tatacara mengurus diri seperti diatas td.
Makanan siap masak yg dibeli boleh terus dihidangkan.
Ads
Sebaiknya elakan beli di luar. Masak sendiri di rumah.
Cara ini telah dibuat di China oleh mereka yg kena kawalan pergerakan/lockdown. Baru lah efektif.
Susah tak…. ya amat menyusahkan.
Stay at home…kita disiplin ikut arahan kawalan pergerakan..maka cepatlah ianya berakhir.
Doa, solat, mengaji al Quran dan jaga diri…✌
#copypaste
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Timang cahaya mata pertama pada usia 80 tahun, Pak Yob terharu selepas 10 tahun menanti. Lelaki yang mesra disapa Pak Yob itu tidak dapat menahan rasa gembira dan sebak apabila mendapat zuriat pertamanya pada usianya sudah mencecah 80 tahun.
Timang Cahaya Mata Pertama Pada Usia 80 Tahun
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ummimakhapakyob, kelihatan Pak Yob sedang mengiqamatkan bayi perempuan yang baru lahir itu. Video Pak Yob mengiqamatkan anak perempuan sulungnya mendapat perhatian warga maya sehingga tular di media sosial.
Menurut Ummi, cahaya mata yang dinantikan itu dilahirkan pada 31 Mei yang lalu di Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh, Pulau Pinang.
“Kurniaan zuriat dari Allah di usia ayahnya umur 80 tahun, 9.30 malam hari Jumaat 31 Mei 2024 puteri kami dilahirkan,” tulis Ummi menerusi ruang kapsyen.
Difahamkan jarak usia antara suami isteri yang menetap di Seberang Perai, Pulau Pinang adalah 38 tahun.
Pak Yob Terharu Selepas 10 Tahun Menanti
Video tersebut menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang berkongsi kegembiraan dengan kelahiran tersebut. Ada juga yang tidak menyangka Pak Ayob sudah berusia 80 tahun.
Gara-gara mencuba petua yang dikongsikan menerusi instagram, isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie atau lebih dikenali dengan nama gelarannya Ica mengalami demam panas dan hampir bentan.
Ica yang baru sahaja melahirkan anak yang kedua sebelum ini ada memuat naik soalan menerusi instagram storynya untuk mendapatkan petua atau tip bagai mengurangkan penyakit kuning pada anaknya yang baru lahir.
Perkongsian tersebut mendapat banyak respons dan petua daripada wargamaya. Salah satunya adalah dengan menyarankan dia mengambil air sengkuang cina.
Justeru, Ica meminta suaminya, Tajul membelikan air tin sengkuang cina tersebut. Pada awalnya, dia hanya rasa seperti biasa sahaja namun apabila sampai di rumah dia sudah mula rasa pening kepala seperti mahu pitam. Malam itu juga Ica terus demam panas serta rasa sejuk sehingga ke tulang.
“Lagi extreme bila pakai selimut berlapis-lapis pun rasa sejuk tetap tembus” , kata Ica.
Melihat situasi yang dialami isterinya, Tajul kemudiannya mendapat petua membakar bawang putih. Lalu dimasukkan ke dalam nasi yang dikepal kemudian dimakan.
Akui Ica, walaupun rasanya tidak enak namun ia berjaya memberi sedikit kelegaan kepadanya.
Dalam menceritakan detik cemas itu, Ica sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang telah menjaganya dengan baik. Kata Ica dia jarang demam, bila jadi begini dia seperti trauma nak mencuba petua pelik-pelik yang lain.
Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman yang sama apabila mencuba petua ini.
Ica turut menjelaskan bahawa ‘antibody‘ seseorang itu berbeza. Mungkin petua ini sesuai untuk orang lain tetapi apakan daya tidak sesuai untuk dirinya.
Menurut Ica lagi, apa yang dikongsikan itu adalah bagi memberi kesedaran buat ibu-ibu baru di luar sana bagi mengelak mengalami situasi yang sama.
Wanita Minta Tolong Edit Gambar Pegang Anak Bersama Suami Undang Sebak
Ajal dan maut itu merupakan rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa yang dapat menghalang andai kematian itu tiba.
Namun, sebagai manusia biasa, kita seharusnya redha dengan ketentuan tersebut kerana itu semua adalah takdir daripada Maha Kuasa.
Sebak dengan permintaan salah seorang ahli dalam grup Facebook Edit Apa Hari Ini yang kehilangan suami tercinta.
Lazimnya grup ini akan berakhir dengan gelak ketawa apabila ahli dalam grup meminta untuk mengedit gambar mereka.
Bagaimanapun permintaan DhiyaSyajaah MohdAzmi meminta ahli grup mengedit gambarnya bersama anak yang baru dilahirkan bersama arwah suaminya yang telah meninggal dunia sewaktu perayaan AidilAdha yang lalu undang sebak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Nak minta tolong pakar-pakar editkan gambar suami berdiri sebelah saya dan anak kami. Arwah suami meninggal masa raya haji, tak sempat lihat anaknya lahir.
“Semoga gambar ini dapat jadi tatapan buat anak kami kelak, mesti dia seronok sangat. Terima kasih semua,”tulisnya.
Dia berharap dengan gambar berkenaan menjadi kenangan serta menjadi tatapan buat anaknya apabila dewasa kelak.
AHLI GRUP TITIP DOA
Meninjau di ruangan komen mendapati rata-rata ahli grup mengucapkan takziah dan turut mengedit gambarnya bersama arwah suaminya. Berharap hasil suntingan mereka dapat menceriakan dan melengkapkan gambar keluarga kecilnya.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.