Kadang-kadang terdetik juga dihati kita bila bertandang ke rumah jiran atau rakan taulan yang terlihat begitu kemas dan teratur, bagaimana rumah mereka boleh sebersih itu? Hal ini bukan menimbulkan tanda tanya sahaja, malah buat kita rasa cemburu pula bila ingin membandingkan dengan keadaan rumah sendiri.

Bukannya kita tidak mengemas, tapi entah apa silapnya masih tidak puas hati. Masih juga nampak tidak bersih dan bersepah. Adakah mereka yang jenis rumah bersih dan rapi sentiasa ini perlu mengemas 24 jam?

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Menjawab keraguan ini, sebenarnya untuk pastikan rumah kita sentiasa dalam keadaan kemas ada kerja-kerja rumah yang perlu dibuat secara rutin.

Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh Anis Syuhada yang menjadi rutin hariannya yang telah dipraktikkan sejak kecil lagi hasil didikan ibunya.

“Menjadi rutin Anis dari kecik lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat. Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar dan dalam rumah, kemas tempat tidur dan pastikan tiap bilik kemas, sidai kain dan siram pokok bunga mak,” dedahnya dengan ikhlas dan turut menyenaraikan rutin kerja yang lainnya untuk dijadikan panduan yang lain.

Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:

1- Sapu sahaja sampah walaupun tak nampak kotor. Sat lagi dalam penyodok kita akan nampak ada ka dak sampah.

Ads

2- Sambil sapu tu kaih-kaih sama sawang jangan menyapu macam orang takdak mata dan takdak tulang. (Menusuk ke sanubari pesan hat ni)

Tip Rumah Sentiasa Kemas Rupanya Ni Kerja Rutin Wanita Ni Buat, Praktik Pesanan Ibu!

3- Lapik kaki luar ka dalam ka basuh. Jangan tunggu keraih melekat kat lantai na. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.

Tip Rumah Sentiasa Kemas Rupanya Ni Kerja Rutin Wanita Ni Buat, Praktik Pesanan Ibu!

4- Kabinet kasut susun, jangan la selipar tinggai sebelah pun hang simpan nak pakai lagu mana hahaha putuih pon simpan sayang kena bertempat. Tapak kasut retuk dulu jangan berselut pon rajin dok susun.

Tip Rumah Sentiasa Kemas Rupanya Ni Kerja Rutin Wanita Ni Buat, Praktik Pesanan Ibu!

5- Tong sampah cuci na ceq.. ada depan rumah hang tak cuci mengaummm bau hahahah selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.

Ads

Tip Rumah Sentiasa Kemas Rupanya Ni Kerja Rutin Wanita Ni Buat, Praktik Pesanan Ibu!

6- Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”.  Mak kami ni dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa la kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau hang cakap “kejap lagi buat la” maka hang akan murung dengaq dia bebel lagi-lagi bila dia ckp ”takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv” elok-elok ja dia cakap tapi hang akan rasaaaa berdosa seumur hidup.

Tip Rumah Sentiasa Kemas Rupanya Ni Kerja Rutin Wanita Ni Buat, Praktik Pesanan Ibu!

7- Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Takdak dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin putih melepak ka hitam melegam ka kelabu asap ka kuning merengau ka kena bersih.

8- Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu. Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan dok letak kat lantai pas tu nak sapu abih bulu penyapu melentik bengkok.

Tip Rumah Sentiasa Kemas Rupanya Ni Kerja Rutin Wanita Ni Buat, Praktik Pesanan Ibu!

Ads

Tapi kan betui la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?” Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih barang lama pun tak apa kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.

Mekasih ampa rajin baca. Sebenarnya kami rindu kat ayah dan  mak Fauziah Said sebab depa balik kampung sebab tu dok teringat ja apa dia cakap selalu. Kali ni tak boleh balik kampung sekali sebab kami kena siapkan kerja deco inshaAllah minggu ni kita update rumah segak baru ok. Nak handover kunci pada owner inshaAllah.

Sumber : Anis Syuhada

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Tip Rumah Sentiasa Kemas Rupanya Ni Kerja Rutin Wanita Ni Buat, Praktik Pesanan Ibu!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI