Makan

Tip Rebus Pucuk Ubi, Hasilnya Daun Nampak Hijau & Lembut

Share

Sebenarnya ada tip dan bahan ‘rahsia’ yang perlu diletakkan di dalam rebusan pucuk ubi

. Hasilnya barulah pucuk ubi yang direbus kelihatan elok cantik kehijauan dan lembut. Pucuk ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan.

Masalah yang sering dialami ketika merebus pucuk ubi ialah warnanya akan kelihatan lebam dan berbirat. Boleh ikut cara rebus pucuk ubi supaya lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.

Tip Rebus Pucuk Ubi

Hasilnya Daun Nampak Hijau & Lembut

Bahan-Bahan:

Pucuk ubi
Garam kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda (bahan rahsia)

Cara rebus pucuk ubi:

  1. Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.

2. Bilas kemudian toskan.

3. Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda

4. Masukkan pucuk ubi tadi.

5. Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.

6. Kemudian toskan. Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.

Sumber: Abd Rahman Tayun