Sebenarnya ada tip dan bahan ‘rahsia’ yang perlu diletakkan di dalam rebusan pucuk ubi. Hasilnya barulah pucuk ubi yang direbus kelihatan elok cantik kehijauan dan lembut. Pucuk ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan.
Masalah yang sering dialami ketika merebus pucuk ubi ialah warnanya akan kelihatan lebam dan berbirat. Boleh ikut cara rebus pucuk ubi supaya lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.
Tip Rebus Pucuk Ubi
Hasilnya Daun Nampak Hijau & Lembut
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi
Garam kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda (bahan rahsia)
Ads
Cara rebus pucuk ubi:
Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2. Bilas kemudian toskan.
3. Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
Ads
4. Masukkan pucuk ubi tadi.
Ads
5. Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
6. Kemudian toskan. Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.
Rasanya yang lemak-lemak manis memang menjadi kegemaran ramai. Terutama seklai anak-anak kan. Lagi enak apabila dicicah bersama roti memang layan.
pernah tak ibu-ibu cuba buat sendiri Butterscotch? Nak cuba tak, jom admin kongsikan resipi dari Nur Aisya.
Anak2 suka sgt butterscotch ala kampung mama ni…
Jadi sebelum puasa.. Simpan stock sikit.. Utk cicah2 dimalam hari.. Kalau beli tak puas makan.. Inti sikit sangat…
Ok share la mana tau ada yg suka jugak.. Step kat gambar
Bahan-bahan Gula pasir 2 sudu besar
Susu pekat manis 2 sudu besar
Esen vanila 1 tutup
Garam secubit
Butter/majerin pelangi stgh cawan
Air tepung gandum ( 2sudu tepung gandum dibancuh dengan air biasa)
Air panas 2 cawan
Biasa semua bahan ni sedia ada kt rumah kan!
Cara membuat:
1. Masukkan gula 2 sudu besar.. Buat caramel smpi perang yer.
2. Dah jd caramel mcm ni.. Tuang air panas.. Hati2.
3. Masukkan planta… Butter ke… Ni pakai majerin pelangi.. Mmg peberet dr dlu.. Masukkan sekali esen vanila 1 tutup.
4. Masukkan secubit garam.
5. Masukkan air tepung gandum… Jgn pekat.. Agak2 je.. Masukkan sikit2 yer.
6. Dah naik buih2 ni.. Dh masak la tu.
7. Gamba butterscotch jd mcm ni la.. Tk pekat.. Tak cair.. Sedang2 je.
8. Siap… Buruk nau roti mama ko potong.. Huhu
9. Ok boleh cicah dah..
Viral hingga perkongsian cecah 39K share, resepi kudapan jejari roti coklat nestum ini hanya menggunakan empat bahan aje. Mudah membuatnya. Tidak perlu mixer atau tepung.
Menerusi facebook Rosmah Ishak , sebuah perkongsian resipi kudapan mengunakan roti yang bersalut nestum dan coklat. Selain kudapan boleh dijadikan kuih raya tahun ni.
Malah menurut pemilik resipi ini, biskut sedap dan rangup ini boleh tahan selama dua bulan dan boleh disimpan dalam peti ais untuk lebih lama setelah dibakar walaupun sudah tamat tarikh luput. Tidak akan lemau jika disimpan dalam bekas kedap udara.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Bahan-Bahan:
Roti
Nestum
Coco Butter 1 1/2 sudu besar.
*Jika tak ada coco butter boleh guna minyak- suku cawan.
Sekali sekala teringin juga untuk menyediakan menu istimewa untuk dihidang kepada keluarga. Jadi apa kata anda sediakan hidangan nasi dan lauk special seperti yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah ini.
Menurutnya hidangan Nasi Kari Kambing yang disediakan olehnya amat digemari oleh keluarga bahkan anaknya yang berusia 5 tahun pun akui keenakan rasa hidangan tersebut.
Bolehlah kita pula mencuba menyediakan menu ini, mana tahu anak-anak kita juga menggemarinya. Pasti buat mereka makan bertambah!
Nasi Kari Kambing Dari Tin Adabi
Bahan-bahan:
2 tin kari kambing adabi
Beras faiza kashmir basmathi 5pot cawan sedang
2 biji bawang besar hiris
4 sekawan
2 helai daun pandan
2 sudu butter + 2sudu minyak masak
Tomato dadu sebiji
Garam 1sk
Akar ketumbar
Makan bersama ayam rose dan jelatah.
Cara-cara masak
1.Panaskan Marjerin + minyak (tumis dalam kuali asing dulu )
2.Tumis sampai wangi bawang besar/masukkan 4sekawan/tomato dadu dan daun pandan
3.Masuk kari kambing gaul sebati
Masuk susu cair
5.Masuk akar ketumbar
6.Mmasuk garam sikit sahaja
Selepas itu curah atas beras dalam periuk nasi tu ya lepas tu tekan on.
8.Masak nasi seperti biasa (sukatan seperti masak nasi biasa)
Masa nak kering nanti tu bole la jenguk dan gaul-gaul rata..Masa ni bau dia satu rumah kemain sedap ooi..
Sudah masak nasi jangan lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siap.
Ayam masak merah
-Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit +garam)di goreng separuh masak ..angkat tos kan minyak..
-Susu cair suku tin
-Sos cili 3sb
-perasa
-serai
(Bahan A)
-Segenggam cili merah besar
-Bawang besar 2biji
-Bawang putih 4ulas
-halia sikit
Blend bahan A
– guna minyak ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi + serai..masukkan ayam, susu cair, sos cili, perasa dan garam. Masak sampai ayam empuk dan masukkan sikit bawang besar yang telah dihiris
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...