Pemilihan warna hijab amat penting kerana jika tersalah pilih warna, wajah akan kelihatan tua daripada usia yang sebenar. Cerewet itu penting ketika memilih hijab dan usah hanya ikut trend terkini.
Sebenarnya apabila kita salah pilih warna hiiab atau fesyen hijab yang sesuai, seri wajah kita seakan ‘terselindung.’ Tentu anda tidak mahu jadi begitu bukan? Maka sebab itulah ketika memilih tudung, ambil sedikit masa untuk memilih yang sesuai.
Tip Pilih Warna Hijab
Perlu diketahui bahawa tidak semua warna tudung sesuai dengan semua orang. Dan tidak semua orang sesuai dengan gaya fesyen tudung yang orang lain nampak elok apabila digayakan.
TIP PILIHAN TUDUNG AGAR TAMPIL MENAWAN
Tudung dan hijabi memang tidak dapat dipisahkan. Apa yang penting, anda harus bijak dalam memilih tudung dan cara menggayakannya, barulah penampilan anda nampak menyerlah.
Jangan Salah Pilih Warna Kalau Tak Mahu Nampak Tua Daripada Usia Sebenar
Berikut adalah lima tip pemilihan tudung yang perlu anda ambil kira ketika memilih tudung:
1. Pilih yang sesuai dengan bentuk muka
Pastikan anda memilih tudung yang sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka anda supaya, ia kelihatan cantik dan terletak.
2. Kain yang senang dibentuk
Pakai tudung yang senang untuk dibentuk. Anda akan rasa lebih selesa dan tampak kemas. Sebaik-baiknya tudung itu sepadan digayakan dengan baju anda.
3. Elak warna kusam
Bagi mengelak anda tampak lebih berusia, elakkan daripada memilih warna tudung yang gelap dan kusam. Pilihlah warna yang terang yang mampu membuatkan anda nampak ceria.
4. Jangan pakai tudung dan baju daripada warna yang sama
Cuba elakkan daripada memakai tudung dan baju dengan warna yang sedondon.
5. Pilih tanpa corak
Tudung tanpa corak juga sepadan digayakan dengan pakaian anda yang bercorak. Kalau dua-dua bercorak, nanti nampak berserabut.
Ketika memilih tudung dan gaya fesyen lilitan tudung yang ingin digayakan, jangan lupa soal aurat. Bahagian dada adalah aurat jadi labuhkan tudung menutupi dada.
Sumber kredit: Scarfby.izzatirauzi