Setiap orang pasti ada momen indah, suka dan duka bersama yang tersayang. Termasuklah juga bab masakan atau menu kegemaran yang tersayang. Setiap makan atau terlihat pasti mengulit kembali kenangan bersama tersayang. Sungguh nostalgia rasanya!
Di dalam satu perkongsian di facebook, wanita ini Amelia Tamby Hussin. berkongsi kisah ibunya yang gemar bercerita mengenai menu masakan yang digemari arwah ayahnya.
“Kisah ibu dan anak “
“Bapak kau kalau dapat masak lada macam ini punya sedap, dia simpan besok dia suruh mak buat lempeng, mak tiba tiba membuka cerita
“bila tu mak? waktu baru kahwin ke atau kami semua dah ada ? aku ajak mak bersembang sama.
Itulah sebenarnya yang mak kita mahukan di usia tuanya . Teman bersembang di waktu santai dia .
“waktu baru baru kahwin dulu, susah kami dulu, lagi susah waktu atok kau halau ayah dari kedai dia , dia tak kasi ayah kau tolong atok kau berniaga. Tak tahu lah apa salah ayah kau, atok kau halau, kau tahu apa ayah kau buat nak bagi mak dengan nenek kau makan? mak bertanya aku kembali .
Sebenarnya cerita ini dah berulang kali mak aku ceritakan. Aku sudah tahu sangat dah , tapi demi menghormati mak yang suka ingin bercerita , aku tanya semula
“tak tahu mak, aku menjawab. Ya Allah ampunkan dosa aku, aku membohong mak aku . Aku dah tahu dah, tapi takkan aku nak cakap dengan mak aku, “mak adik dah dengar dah cerita ini banyak kali, tapi aku berbohong demi menjaga hati .
“ayah kau mengail parit, cari ikan, dapat lah ikan betuk, ikan haruan, mak masak lah masak lada ni, ikan macam tu hanyir, kena masak lada , baru pedas buang hanyir, mak sambung bercerita ..
“betul mak betul, sekarang mana ada lagi ikan betuk mak? adik pun sempat makan mak waktu ayah tangkap kat parit dulu. Adik ingat lagi ayah bawak balik dalam baldi , hidup hidup mak kena siang ..
mak pandang aku dengan muka terkejut ,
“kau dah ada ke waktu tu? mak ingat kau belum ada
“ada. adik dah 5 ke 6 tahun, kita duduk ujung pasir mak. , mungkin ayah teringat lauk lama dulu tu yang dia carik agaknya, adik makan sekali tue jer..
mak diam. Lama dia termenung.
Aku pandang mak .
Mungkin dia teringat kenangan lama .
Ya , kenangan dengan suami dia yang sudah 13 tahun meninggalkan dunia .
Selama 13 tahun itulah, aku menemani mak di usia tuanya .
Ikan tenggiri masak lada
Bahan bahan
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Kunyit hidup (kisar)
Lada hitam
Serbuk kari ikan
Cili kering mesti lebih banyak dari serbuk kari ikan
Asam keping
Air asam jawa
Kerisik sedikit
susu cair sedikit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara cara memasak
Mula mula panaskan kuali dan masukkan minyak.
Kemudian masukkan bahan kisar , bawang merah bawang putih dan kunyit hidup. Bau dan wangi masukkan cili kering, serbuk kari dan lada hitam
Serbuk. Masukkan asam keping juga. Tumis sampai garing dan masukkan air asam, masukkan terung. Agak agak terung nak layu baru masukkan ikan .
Akhir sekali, masukkan garam dan kerisik .
Selamat mencuba
#syukurselalu
#hitungkesyukuranmu
#bukankesukaranmu
#spreadlove
#airtanganamelia
#ameliatambyhussin
#ameliatambyhussin
#kisahibudananak