Bila menanam sayur-sayuran dikeliling rumah tentu kita mahukan pokok tersebut akan dapat memberikan hasil yang optimum.
Contohnya bila menanam pokok bendi, jika mahukan pokok hidup subur bukan sahaja perlu disiram dan dibaja, malah ada tips dan cara untuk pastikan bercabang banyak untuk menjadikan pokok tersebut berbuah lebat.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Wahida Hambali yang merupakan pemilik Sri Organik, berkongsi cara untuk hasilkan pokok bendi yang banyak bercabang.
Tips nak bagi cabang pokok bendi banyak
1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8
2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 point
Jarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris.
Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting untuk pokok berkembang dengan baik
3. Pembajaan seminggu sekali. Jadual baja seperti di bawah.
Pembajaan Bendi
Ads
1. NPK Yara Mila 151515
Minggu 1 sampai minggu ke 3
Bagi seminggu sekali
2. Baja NPK Yara Mila 161616
Minggu 4 sampai minggu 5
3. Baja NPK Yara 131321
Minggu 6 sampai habis nyawa pokok
4. Baja NPK Yara 1212172
Minggu 8 sampai habis nyawa pokok
* boleh selang seli setiap minggu antara baja 161616, 131321, 1212172
Bagi anggaran 20 ke 30gm setiap pokok
lebih kurang 1 sudu
Kawalan Serangga dan Penyakit
Ads
Minggu 1
1. Sri Anak 50ml
2. Amino 50ml
3. Cuka Kayu 30ml
4. Clouter 30ml
Minggu 2
1. Plant Booster 50ml
2. Amino 50ml
3. Cuka Kayu 50ml
4. Neem Oil 50ml
Minggu 3
1. Sri Anak 100ml
2. Amino 50ml
3. cuka kayu 100ml
4. Garlic Oil 30ml
Minggu 5
1. Sri Bunga 100ml
2. Amino 100ml
3. Cuka Kayu 50ml
4. Xtra Clouter 50ml
Minggu 6 sampai 7
-sda-
Ads
Minggu 8 hingga habis nyawa pokok
1. Sri Buah 100ml
2. Amino 100ml
3. Xtra Clouter 100ml
4. Cuka Kayu 100ml
* selang seli dengan Sri Anak, Sri Bunga dan Sri Buah setiap minggu.
Rawatan tanah guna
1. Amino 100ml
2. Booster 100ml
utk 20 liter air sembur setiap pangkal tanaman
Ulang sebulan 2 kali
4. Kawalan serangga dan penyakit serta foliar seminggu sekali.
5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan tidak perlu, kalau musim panas 2 kali sehari.
6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah utk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman.
Bagi anda yang biasa makan di luar bersama keluarga, mungkin menu ini antara yang menjadi pilihan ketika membuat pesanan.
Selain hidangannya yang ringkas, menu Telur Bungkus ini sangat membuka selera. Tetapi ada tak ibu-ibu yang cuba membuatnya sendiri di rumah tetapi tidak berjaya.
Nah, admin sertakan resipi dan cara membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Puan Azrina Ien. Inilah lauk kegemaran suaminya. Memang cukup menyelerakan. Tak payah masak lauk lain lagi pun dah cukup sedap dimakan dengan nasi.
Moga bermanfaat untuk semua. Tak payah nak order di kedai lepas ni ye.
Sebenarnya, cara buat lauk telur bungkus ini tidaklah susah. Bahan yang digunakan selalunya memang dah tersedia, terutamanya bagi anda yang kerap memasak di rumah.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN
2 biji telur
Ayam – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
Bawang besar – cincang
3 batang cilipadi
Carrot – potong dadu
Tomato – potong dadu
Bunga kobis – potong dadu
Kacang panjang
Cendawan shitake
Sos tiram
Sos tomato
*Jenis sayuran yang digunakan boleh ditambah, dikurangkan atau dipilih mengikut citarasa masing-masing.
Cara Buat Inti Telur Bungkus
1. Tumis
Mula-mula, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan Ayam & Sos
Kemudian, masukkan ayam yang telah dicincang halus. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.
3. Masukkan Semua Sayuran & Cili
Akhir sekali, masukkan semua sayuran sehingga masak. Bila dah siap, ketepikan dalam sebuah bekas lain.
Cara Bungkus Dengan Telur
Masak Telur- Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau sebati. Masak telur macam buat telur dadar.Lenggangkan sedikit kuali untuk buat telur yang nipis.
Letakkan Inti- Bila telur dah separuh masak, ambil inti yang telah siap dan letak di atas telur tadi. Kemudian, bungkus telur perlahan-lahan.
Telangkupkan Pinggan-Masa nak angkat, telangkupkan pinggan ke atas telur yang dah dibungkus tadi. Maksudnya, sebelah tangan tahan pinggan dan sebelah lagi terbalikkan kuali.
Bahagian yang dilipat / dibungkus tadi akan berada di sebelah bawah.
Siap Dihidang-Ok bila dah siap, bolehlah taburkan bawang goreng atau letakkan sos cili. Hidangkan juga dengan hirisan timun atau tomato. Macam dekat warung tu!
MUDAHNYA!
Wah, mudah betul cara membuatnya. Rasanya tak sampai 15 minit boleh siap ni. Part bungkus telur tu mungkin kenalah hati-hati sikit kalau tak biasa. Apapun, anda di rumah kenalah mencubanya ya. Sedap tau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan menu solok lada sendiri daripada hasil tanaman di laman rumah pastinya memberi kepuasan berbeza. Apatah lagi jika saiz lada yang dituai besar dan segar, dapatlah disumbat dengan isi ikan yang banyak sekali gus menjadikan hidangan solok lada yang disediakan begitu nampak menyelerakan.
Jadi untuk yang ada keinginan mencuba menanam sendiri, sebaiknya ketahui dahulu tip dan cara untuk pastikan tanaman solok lada bukan sahaja hidup malah boleh menghasilkan buah yang lebat dan subur untuk dituai.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ben Safwan, jom semak.
Tanam Lada Solok Di Laman Rumah Cara Ben
Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat,tahan penyakit seperti lalat buah,bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.
1- Semai dari anak benih atau nak senang,terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan dah di Sopi Ben. Dah stabil dah subur. Ada stok sedikit.Ada yang abes stok tapi Ben akan restok dari masa ke semasa .
2- Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 bag tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.
Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian.
3- Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.
Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus.
Pokok cili suka cahaya terus.
4- Cara siram dan pembajaan serta tips :
Siram 1 liter air paip setiap 2 hari sekali . Kalau saiz polibag /bekas kecil,siram hari-hari pada awal pagi/lewat petang.
Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur,kuat,elak serangan racun serangga,bena putih dan lain-lain.
Minggu 1 guna baja subur ,Minggu 2 baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kfc dan ikut tumbersaran pokok pada jarak 5-10 cm dari pangkal pokok.
Bila buah dah lebat,stop dlu baja buah. Teruskan dengan baja subur.
Buang daun yang tak diperlukan sebelum ranting Y dan juga jika tengok daun di bawah terlebih besar.
Terlebih daun akan sebabkan nutrien tak sampai kepada buah ,sebab daun yang serap nutrien tapi kena ingat.
Daun ialah pekerja yang akan hasilkan buah yang lebat. Jadi kena berpada – pada pilih buang daun.
6- Jangan lupa cakap-cakap dengn pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah. Gitu.
Terkadang bila anak sudah semakin besar, mereka bijak memilih makanan kegemaran mereka sendiri. Ada anak kita yang suka makan coklat tetapi ada pula yang kurang gemar makanan yang satu ini.
Malah ada anak-anak yang cukup suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak mahu menyentuhnya.
Menolak beberapa jenis makanan buat anak pastinya terasa rugi kerana setiap makanan terkandung khasiatnya yang tersendiri.
Apa jenis makanan yang mak dan ayah patut ajar anak makan daripada awal lagi? Semak senarai ini.
Telur Untuk Anak
Telur memang cukup digemari kanak-kanak. Ia bukan sahaja berkhasiat tinggi bahkan rasanya mampu menarik perhatian mereka untuk makan lebih. Samada direbus, digoreng dan dijadikan sup, telur masih mengandungi protein yang tinggi. Kajian yang dijalankan di Wayne State University di Michigan mendapati, telur merupakan sajian terbaik selain rendah kalori berbanding yogurt, keju dan juga pisang.
Serat No 1
Sembelit sering terjadi kepada anak-anak kecil kerana proses pemakanan yang kurang sesuai untuk mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh kejutan makanan yang baru diterima bayi yang baru memulakan makanan berat.
Bagaimanakah caranya untuk mengatur menu anak ini? Serat merupakan pilihan terbaik untuk mereka. Sayur antara pilihan terbaik dan tepat selain bijirin dan makanan seumpamanya. Sayur berdaun hijau antara yang disyorkan untuk semua. Variasikanlah bayam, sawi, aneka kacang dan pelbagai jenis sayuran lain untuk mereka.
Bayam Untuk Mata
Mata sememangnya anugerah terbesar untuk semua. Bukan bermula dari dewasa, tetapi sejak mula diperkenalkan dengan makanan lagi, anda seharusnya mencari makanan yang baik untuknya. Bayam dan lobak merupakan pilihan terbaik untuk si anak anda. Bayam bukan hanya tinggi serat tetapi mengandungi vitamin A yang cukup tinggi dan baik untuk mata.
Samada di rebus, goreng mahupun dikisar terus bersama bubur nasi, merupakan pilihan terbaik untuk si kecil anda.
Coklat?
Tahukah anda bahawa di dalam coklat yang anak anda makan mengandungi sejumlah kafein? Pun begitu kuantitinya hanya sedikit berbanding kopi dan teh, ia hanya sekadar 20 peratus sahaja.
Jika anak anda penggemar coklat, sebaiknya hadkanlah pengambilannya. Kafein yang tinggi boleh memberi impak besar pada kesihatan kanak-kanak yang mudah bertindak balas.
Multivitamin Serasi
Siapa kata kanak-kanak tidak perlukan sebarang makanan tambahan untuk membesar? Kanak-kanak sekitar usia 2 hingga 8 tahun paling susah untuk makan kerana pemfokusan mereka tertumpu kepada aktiviti fizikal semata-mata. Di sinilah vitamin berperanan untuk mereka. Multivitamin paling disyorkan untuk mereka bergerak cergas setiap hari.
Ia membentuk sel baru dan membantu prose pembesaran. Jadikan amalan pengambilan vitamin ini setiap hari untuk anak anda.
Anggur Untuk Anak
Anak anda penggemar anggur? Anggur yang kaya dengan antioksidan cukup baik untuk si kecil anda. Menjadikannya sebagai makanan sampingan selepas sarapan paling disarankan untuk si kecil anda. Antioksidan yang ada di dalamnya boleh mengatasi risiko berkaitan jantung. Bagi kanak-kanak ia membentuk jantung yang sihat sejak kecil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar perempuan tingkatan lima hidap leukemia - "Saya sedih tak dapat ke sekolah." Ketika rakan-rakan seusia sedang bergelut belajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM, lain cerita pula dengan Nurul Syuhadah Ab Rahman.