Tip Mudah Urus habuk Waktu Tebuk Dinding. Tak Perlu Vakum Atau Sapu, Guna Kertas Kosong Je. Lelaki Ni Kongsikan Caranya!

Share

Masalah yang selalu kita hadapi bila drill atau tebuk lubang pada dinding adalah habuk yang bertebaran ke sana ke sini. Selain menyebabkan rasa tak selesa, anda juga terpaksa menyapu atau vakum banyak kali bagi menghilangkan habuk tersebut.

Bagi anda yang nak kurangkan masalah habuk memenuhi lantai, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Hong Guan

. Caranya cukup mudah dan tak banyak modal, hanya gunakan kertas A4 dan masking tape sahaja.

Salam semua warga sekalian. Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat2 dan masking tape lekat dekat bawah lubang yg nak tebuk utk kumpul pasir yg keluar masa drill.

Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa2 je yg boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.

Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club