Masalah yang selalu kita hadapi bila drill atau tebuk lubang pada dinding adalah habuk yang bertebaran ke sana ke sini. Selain menyebabkan rasa tak selesa, anda juga terpaksa menyapu atau vakum banyak kali bagi menghilangkan habuk tersebut.
Bagi anda yang nak kurangkan masalah habuk memenuhi lantai, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Hong Guan. Caranya cukup mudah dan tak banyak modal, hanya gunakan kertas A4 dan masking tape sahaja.
Salam semua warga sekalian. Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat2 dan masking tape lekat dekat bawah lubang yg nak tebuk utk kumpul pasir yg keluar masa drill.
Ads
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa2 je yg boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Ads
Ads
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.
Jom cuba Puding Karamel hasil perkongsian dari Mimiey Zuhaa. Selamat mencuba!
Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus.. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.. Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.. So boleh la cuba resepi ni nanti.. Yang tak boleh makan mesti boleh makan, budak-budak pun sukaa..
Bahan gula caramel:
¼ cawan gula
3 sudu besar air
Bahan puding:
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu tepung kastard
1 sk esen vanila
Cara membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.
3 Biarkan ia larut dan tidak berketul.
4 Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
5.Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
6.Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul² adunan puding jadi keras.
7.Apabila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk²
Sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang Mudah,ringkas dan cepat kan. selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan ini sememangnya sentiasa menjadi tumpuan netizen baik dalam lakonan mahupun rumah tangga. Sedikit masa lalu, mereka dihambat kntroversi, namun keutuhan kasih sayang antara keduanya membolehkan mereka mengecap bahagia bersama sepasang anak yang comel.
Lebih menyemarakkan lagi hubungan, kedua-duanya saling memberi hadiah terutama ketika menyambut hari istimewa. Sebelum ini Aeril Zafril menghadiahkan isterinya kereta dan Wawa Zainal turut berbuat demikian.
Terbaru, Aeril menghadiahkan rumah yang cukup cantik dengan dekorasi yang indah hasil sentuhan Lantera Timur membuatkan Wawa Zainal terpegun dan berterima kasih kepada suami kesayangannya itu.
Di dalam perkongsian mereka, rumah tersebut dibeli selepas enam tahun berumah tangga. Syukur kan dapat suami penyayang dan bertanggung jawab. Menurut Aeril, hubungan baik dengan isteri antara faktor seseorang itu murah rezeki.
“Jangan kita berputus asa, rezeki semua orang sudah tertulis cuma cara nak jemput rezeki itu sahaja yang berbeza.
“Saya amat berpegang pada pendirian bahawa kita perlu menjaga amalan dan hubungan dengan tuhan.
“Guru saya juga ada berpesan bahawa kunci kejayaan itu adalah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan isteri dan anak,” ujar Aeril
“Apa yang saya dapat hari ini bukanlah hasil usaha sekarang kerana ia adalah proses yang mengambil masa.
“Semua orang tahu kami hadapi kesukaran ketika baru berkahwin, tapi itu juga yang membuat kami kuat untuk menghadapi hari mendatang,” katanya.
Sering kali kita mendengar tentang ketabahan dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak istimewa. Namun, jarang sekali kita membaca mengenai kisah anak yang menjaga ibu bapa istimewa.
Itulah yang ingin dikongsikan oleh wanita bernama Richie Anne Castillo yang mempunyai ayah yang menghidap sindrom Down. Mengakui awalnya dia malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling ketika masih kecil, namun segalanya berubah apabila menginjak ke alam dewasa.
Malah, Anne yang berasal dari Filipina berbangga memiliki ayah yang kuat dan menjadi inspirasi buat dirinya. Ini yang dikongsikan oleh Anne pada 2 Jun lalu, dia memuat naik ucapan hari lahir kepada ayahnya di Facebook bagi menunjukkan betapa istimewanya insan tersebut dalam hidupnya.
Gambar: Facebook Richie Anne Castillo
“Ayahku sayang, hari ini merupakan detik yang istimewa dalam hidup ayah. Hari ini genap usia ayah 50 tahun dan saya berasa dirahmati kerana ayah terus menjalankan hidup yang indah dan panjang.
“Saya tahu ayah takkan mampu baca luahan ini tapi saya mahu seluruh dunia tahu betapa bangganya saya mempunyai ayah sebagai ayah saya. Saya ingin mereka tahu betapa indahnya ayah luar dan dalam.
“Ayah, saya mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpul kekuatan menghadapi semua orang. Semasa sekolah rendah, saya dibuli kerana mereka cakap ayah berbeza. Sebagai kanak-kanak, saya tidak nampak perbezaan itu, yang saya nampak ialah ayah merupakan ayah saya. Saya tidak faham kenapa mereka mengejek dan memanggil saya tidak normal. Setelah beberapa lama, barulah saya faham. Saya menjadi penakut setelah itu.
Anne turut menyifatkan ayahnya sebagai insan yang paling berani dan kuat kerana jarang sekali mengeluh walau terpaksa menjalani pelbagai prosedur kesihatan.
“Selama ini, ayah jarang sekali merungut walau terpaksa disuntik, dibedah di sana sini, dialisis dan banyak lagi.
Gambar: Facebook Richie Anne Castillo
“Saya pernah tengok ayah ketika ayah terlalu penat dan sakit. Saya pernah lihat ayah menangis kerana lutut ayah sakit. Saya tidak dapat rasa kesakitan itu tapi saya harap mampu mengambil tempat ayah supaya ayah tidak sakit lagi.
“Ayah, maafkan saya jika tidak membawa ayah ke pantai dengan lebih kerap atau tidak bawakan dimsum kegemaran ayah atau tak cukup kerap melawat ayah.
“Satu perkara yang saya kesali ialah menyembunyikan ayah dari hidup saya kerana saya masih lagi kanak-kanak sama yang takut dibuli. Tapi saya sayangkan ayah lebih dari yang ayah tahu dan saya sentiasa terinspirasi dengan ayah.
“Selamat hari lahir yang ke-50 ayah! Saya kuat dan berani kerana ayah. Saya sayang ayah. Saya dah cukup besar untuk pertahankan diri dari pembuli.”
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...