Daun sup antara bahan yang penting dalam masakan. Sesuai dengan itu, harganya pun boleh tahan walaupun sedikit sahaja yang digunakan.

Ada yang nak jimat dari membeli, maka mereka tanam sendiri. Ada yang hidup dan ada juga yang tidak.

Bagi yang tidak berjaya tanam asyik mati je, bolehlah cuba perkongsian dari saudara Abdul Sapawi Abdullah

Tip Mudah Tanam Daun Sup Supaya Pokok Cepat Besar & Tak Mudah Mati. Lelaki Ni Kongsikan Caranya

<<<MUDAHNYA MENANAM DAUN SUP>>>
Di sini saya kongsikan dengan tuan/puan bagaimana menanam daun sup. 2 minggu yang lalu saya cuba menanam 2 keratan/umbi isi beserta sedikit daun dari pokok daun sup dengan menggunakan baja AB lebihan hidroponik.

IKLAN

Tip Mudah Tanam Daun Sup Supaya Pokok Cepat Besar &#038; Tak Mudah Mati. Lelaki Ni Kongsikan Caranya

Baja yang telah digunapakai dalam sistem tanaman tidak di buang tetapi kita boleh guna semula/recyle untuk tanaman lain. Saya juga gunakannya untuk pokok rose jepun gantung (nanti saya kongsikan kemudian ye)

Pertama mula pastikan pokok daun sup yang dibeli daunnya segar dan berakar. Potong sedikit akar yang tua dan tinggalkan hanya 1 tunas besar sahaja bersama tunas kecil dan beberapa daun.

IKLAN

Tip Mudah Tanam Daun Sup Supaya Pokok Cepat Besar &#038; Tak Mudah Mati. Lelaki Ni Kongsikan Caranya

Semai dalam cocopeat(sabut kelapa), pastikan basahkan (1000 ppm baja ab) dulu sabut kelapa sebelum semai dan semai tanam jangan sampai terkena batang pokok. Ini adalah kerana batang daun sup sensitif air akan membusuk bila terendam air.

IKLAN

Tip Mudah Tanam Daun Sup Supaya Pokok Cepat Besar &#038; Tak Mudah Mati. Lelaki Ni Kongsikan Caranya

Letak ditempat redup dan terkena cahaya pagi hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 sahaja. Pokok daun sup tidak memerlukan cahaya terlalu banyak kerana ianya boleh menyebabkan media tanaman kering dan seterusnya pokok akan mati.

Tip Mudah Tanam Daun Sup Supaya Pokok Cepat Besar &#038; Tak Mudah Mati. Lelaki Ni Kongsikan Caranya

1 dari semaian diatas gagal untuk hidup sebab masalah diatas dan alhamdulillah 1 lagi masih kekal bertahan hingga ke hari ini. Mudah-mudahan ianya membesar dengan baik dan boleh dibiakan lagi selepas ini… In sha Allah.
Semoga ianya bermanfaat dan selamat mencuba ye.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI