Tip masak telur mata yang ‘sempurna’ masak sendiri lebih terjamin kebersihan. Telur mata menjadi kegemaran semua peringkat usia sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Telur mata, lauk paling cepat dimasak dan boleh dipadankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas.
Walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui.
Tipnya adalah seperti berikut:-
Guna Kuali Leper Dan Tidak Melekat
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat atau menggunakan kuali khas hanya untuk menggoreng sahaja.
Gunakan Minyak Zaitun
Menggunakan minyak zaitun untuk menggoreng telur ia membantu telur yang digoreng lebih sihat dan bersih. Namun anda boleh sahaja gunakan mentega atau minyak biasa untuk rasa yang lebih ranggup di bahagian tepi dan kuning yang seperuh masak.
Cara Goreng
Bila menggunakan minyak zaitun, anda perlu masukkan dua sudu minyak zaitun, kemudian pecahkan telur di dalamnya dan hidupkan api dan gunakan api sederhana sahaja. Jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi dalam minyak zaitun dan telur akan hilang.
Tutup Kuali
Setelah hidupkan api, tutup telur. Biarkan beberapa minit, ia bertujuan supaya kuining telur boleh masak tanpa perlu dibalikan untuk mengelakkan bahagian kuning telur pecah.
Angkat Telur
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terserah pada cita rasa.
Jika menggunakan Minyak Dan Kuali Biasa
Jika anda menggunakan kuali dan minyak biasa. Anda perlu lebihkan sedikit minyak masak dalam kuali. Kemudian panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur, sebaliknya terus angkat dan hidangkan.
INFO TENTANG TELUR:
Telur ayam, terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan di hidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
Sumber: Majalah Rasa & Public Health Malaysia
Kredit foto (top image): Freepik
Baca artikel lain juga: Remaja 17 Tahun Meninggal Dunia Makan Bihun Telur Mata, Bapa Tunggu Laporan Bedah Siasat
Makan Telur Goreng Tak Jejas Kesihatan
Masak Lemak Telur, Ini Petua Supaya Telur Cantik, Elok, Tak Pecah
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my