Kalau bab memasak cepat dan mudah, semua ibu-ibu nak tahu kaedahnya kan.Jom cuba tip yang dikongsikan oleh Syahirah Omar. Cukup mudah & praktikal.

Tip Masak & Simpan Pes Kari Frozen. Buat Stok Bulan Puasa. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Praktikal!


Kali ni aku share macamana nak buat pes kari frozen dulu . Kau boleh guna untuk kari ayam, daging ataupun telur.

Resepi ni dapat 3 bekas penuh taufufah. Sukatan sebekas ni boleh masak untuk sefamily.

Sama saja macam korang masak kari. Tapi ni aku bagi sukatan supaya tak terlalu cair.

Ads

Arahan ada pada setiap gambar ok.
Letak bahagian bawah peti dulu lepas dah betul-betul sejuk. Kemudian nak bekukan pun boleh dah.

Bila nak pakai, defrost ( keluarkan la sebelum korang nak pergi kerja.simpan bahagian bawah peti ais).

Tip Masak & Simpan Pes Kari Frozen. Buat Stok Bulan Puasa. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Praktikal!
Untuk masak pes kari ni kau kena ada bahan macam dalam gambar ni. Bahan untuk menumis tu 2 sudu membukit bawang tumbuk 1 sudu membukit bawang putih tumbuk 1 1/2 sudu halia Kulit kayu manis, bunga lawang. buah pelaga aku je nampak dalam gambar ni korang tak nampak. Rempah kari daging, kau beli la cap apa kau nak. Aku beli size 250gram ni di kedai eco.RM2.10 macam tu. Cili kisar.
Tip Masak & Simpan Pes Kari Frozen. Buat Stok Bulan Puasa. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Praktikal!
Minyak masak tu lebihkan sikit. Lepas kau dah tumis sampai naik bau, kau masukkan cili kisar 1 sudu besar. Nak pedas lagi kau letak la banyak.kalau nak pedas sangat lagi baik kau makan sambal tumis je tak payah masak kari.

 

Ads
Tip Masak & Simpan Pes Kari Frozen. Buat Stok Bulan Puasa. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Praktikal!
Ok bila dia dah terbit minyak, kau masukkan rempah kari sebungkus 125grm ni dengan air sebanyak sukatan ( 2 bungkus plastik rempah ni balik).
Tip Masak & Simpan Pes Kari Frozen. Buat Stok Bulan Puasa. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Praktikal!
Ni rupa lepas masuk air 2 plastik rempah tu sukatan.giler pemalas nak sukat pakai cawan? masak api sederhana ok.jangan la halus sangat api.
Tip Masak & Simpan Pes Kari Frozen. Buat Stok Bulan Puasa. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Praktikal!
Kau masak dalam 20 -25 minit api perlahan. Kau tambah air lagi 1 mug. Kalau 25 minit rupa dia dah macam ni.Kalau tak pecah minyak jugak kau tambah sikit minyak.Mesti sebab kau tak letak minyak lebih masak menumis. Kalau taknak minyak kau makan asam pedas rebus sudah.
Tip Masak & Simpan Pes Kari Frozen. Buat Stok Bulan Puasa. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Praktikal!
Ok ni rupa 40 minutes.dia dah pecah minyak cantik. Ni dah siap. Nak pekatkan sikit lagi pun boleh.Kau sejukkan kejap atas dapur.
Tip Masak & Simpan Pes Kari Frozen. Buat Stok Bulan Puasa. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Praktikal!
Ke cedok dalam bekas taufufah ni. Sebenarnya dapat dalam 3 bekas ni penuh setiap bekas. Kemudian kau tabur daun kari begini.
Tip Masak & Simpan Pes Kari Frozen. Buat Stok Bulan Puasa. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Praktikal!
Pastikan dah sejuk betul baru kat labelkan. Tulis kari, tarikh kau masak. 3 bulan tahan tempat beku. Letak bahagian bawah beberapa hari ok jer.aku tak pernah letak lama sebab semedang habis.

Kemudian masukkan, kentang, ayam, garam. Adjust la ikut mcmana kau nak. Santan kalau nak letak, jangan banyak.

Aku kalau nak letak pun 1 sudu je kalau santan pekat. Serupa tak payah letak? Kemudian tambahkan air.Tunggu sampai kentang empuk dan ayam pun dah masak betul. Siappppp!

Terus boleh cicah roti ke, makan dengan nasi ke..yang pasti sangat cepat kerja korang! Kalau mak mertua datang mengejut buat gempaq pun kau boleh senyum sambil kilat kuku sebab tak payah nak terkocoh-kocoh kat dapur dah.

Ads

Benda boleh buat dapur semak sekali buat apa nak semak berkali kali kan??

Kalau rasa bermanfaat boleh tekan butang share post ni, aku izinkan.

Untuk pes masak kicap klik link ni ok
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2379207018970704&id=100006442866465

#syerahomarmasak
#pesfrozen

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI