
Hari raya semakin hampir. Tak lama lagi masing-masing akan bercuti dan akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga atau ibu bapa.
Bagi mereka yang tidak dapat cuti, tentu sedih bukan? Namun mood raya kena teruskan juga. Teringin nak makan lemang tapi nak beli mahal dan adakala rasanya tidak seperti yang kita ingini. Jadi apa salah cuba buatnya sendiri.p
Jom kita cuba cara buat lemang yang cukup mudah, dengan menggunakan cawan. Kaedah ini dikongsikan oleh Zulena Ismail.
Hari raya dah dekat kan..
Kalau setakat beberapa orang je yang teringin nak makan lemang, bole cuba buat ni.. senang je..
Saya Bila2 teringin nak makan lemang, tapi yang makan saya sorang je so saya buat macam ni..
Ilmu dunia bole je diubah suai ikut mana yang memudahkan.. asalkan ada rupa lemang untuk yang teringin sangat nak makan.
Tapi susah nak cari boleh jer buat macam ni.. Tak dosa pun kan..
Pulut tu basuh dan tos sahaja.
Santan tu Kalau nak sedap biar pekat sikit dan lebihkan sedikit.
Maksud saya, Isi Beras pulut JANGAN penuh dan JANGAN ketuk cawan untuk bagi mampat ye…Tapi santan biar atas sedikit dari paras pulut.. kukus selama 2jam..
Silalah buat.. mudah jer..
Kredit Resepi : zulena ismail
50 Keluarga Meriahkan Aktiviti E-Keluargagader Bonding Day #Dirumahaje Secara Maya!

Jika sebelum ini E-Keluarga Gader mengadakan program belajar memasak bento untuk anak, roti, kelas kobis serta tanaman cili, kali ini Majalah Keluarga membuat kelainan sikit.
Selalunya kita bergader-gader bersama keluarga di event kan? Buat pertama kalinya, pihak Majalah Keluarga mengadakan aktiviti e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara maya!
Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi program ini memberi peluang ahli keluarga melakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Seramai 50 famili menyertai program ini.
Antara aktiviti yang diadakan adalah meneroka ke Ripleys Believe It Or Not, Adventureland Genting Highlands. secara maya. Istimewanya, selain dapat melihat tempat-tempat menarik di sini, para peserta juga mendapat dua tiket percuma untuk merasai sendiri keseronokan di sana.
Bagi memeriahkan lagi program, pihak E-Keluarga Gader turut menjemput keluarga penyanyi pop terkenal, Ezad Lazim bersama keluarga menerusi Meet & Greet. Para peserta berpeluang mendengar sendiri secara live nyanyian Ezad yang sememangnya cukup merdu.
Sepeerti kebiasaan, pihak penganjur turut mengadakan sesi kuiz dengan pelbagai hadiah menarik. Mengakhiri program, pastinya saat dinantikan peserta iaitu cabutan bertuah.
Antara hadiah yang ditawarkan berupa Mandian Carrie Jounior berserta lunch box, Bekas hidangan Tupperware dan. 4 tiket masuk ke Zoo Melaka
“Kami Syak Kematian Bukan Sebab Kemalangan…”-Keluarga Arwah Faziani Mahu Siasat Semula!

Mungkin ada yang masih ingat lagi tragedi yang menimpa keluarga pengasas produk kosmetik Dnars Skincare iaitu arwah Faziani Rohban Ahmad. Arwah terlibat di dalam kemalangan dan pemergiannya cukup dirasai bukan sahaja ahli keluarganya malah semua antara kita.
Namun apa yang mengejutkan kini, baru-baru ini ahli keluarga arwah mahu siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019. Ini sebagaimana yang dilaporkan di Harian Metro.
Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019, membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham.
Laporan polis itu dibuat jam 1 tengah hari tadi di Balai Polis Tumpat selepas tiga tahun kematian pengasas produk berkenaan.
Ahli keluarga Allahyarham ketika dihubungi mengesahkan membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut terhadap kematian Allahyarham yang disyaki ada unsur lain.
“Selepas kematian Allahyarham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kematian Allahyarham diragui.
“Kami mengesyaki kematian Allahyarham bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis.
“Susulan laporan dibuat, saya juga sudah memberi keterangan kepada pihak polis hari ini dan kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga Allahyarham.
Katanya, pihaknya akan merujuk laporan berkenaan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu memandangkan kes berkenaan berlaku di Thailand.
Media sebelum ini melaporkan, Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.
Faziani Rohban maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, cedera.
Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.
Allahyarham dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Anak Asyik Gosok Mata Dan Baca Buku Dekat Antara 9 Tanda Anak Kena Jumpa Optometris. Take Note Ibu Ayah!

Ramai ibu bapa cakna dengan kesihatan anak, namun tidak semua peka dengan deria penglihatan anak.
Hal ini nampak biasa saja tapi sebenarnya ia memberi kesan kepada aktiviti dan perkembangan anak itu.
Apabila penglihatan anak terjejas, ia secara tidak langsung fokus kepada pembelajaran anak.
Hakikatnya ini yang perlu ibu ayah tahu, sebagaimana yang dinyatakan oleh puan Maryam Jamadi yang merupakan terapi Paediatric Occupational Therapist yang aktif di media sosial berkongsi ilmu bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai keperluan dan kelainan yang berbeza. Bagi yang merasakan anak mempunyai kelainan terhadap perkembangan, ibubapa boleh rujuk ke Occupational Therapy.
Bacaan lanjut: Harga Emas Turun Hari Ni, Ramai Serbu Nak Beli, Lelaki Ini Jelaskan Sebab Berlaku Macam Ni.
Masalah visual boleh menjadi penyebab kelewatan perkembangan anak.
“Boleh tolong check mata anak saya, dia suka menjeling bila nak fokus sesuatu”
Sebenarnya sudah hampir setahun saya perasan kadang-kadang Eva lihat sesuatu guna ekor mata kiri, lagi-lagi semasa menonton TV ataupun aktiviti di atas meja yang memerlukan fokus.
Lama tangguh nak bawa Eva check mata sampailah masa akhir bulan Mei hari itu, cermin mata saya bengkok disebabkan anak kedua saya.
Mujurlah kedai cermin mata dibuka semasa PKP, alang-alang bawa Eva sekali check mata. Untuk pengetahuan, seawal anak umur 2 tahun mak ayah dah boleh buat pemeriksaan mata.
Bila visual anak ada masalah, ia boleh jadi punca terbesar kelewatan perkembangan anak terutamanya skil motor halus dan seterusnya masalah pembelajaran. Kerana,
80% pembelajaran anak bergantung kepada perkembangan visual.
Banyak juga kes masalah perkembangan yang melibatkan anak normal atau anak Autisme, ADHD dan lain-lain yang saya minta mak ayah rujuk pegawai optometris untuk periksa tahap visual anak.
Sekiranya ada masalah visual, perlu lakukan terapi penglihatan dahulu baru akan nampak peningkatan dalam perkembangan anak.
Ada juga kes yang bila anak pakai cermin mata, baru skil menulis dan pembelajaran anak di sekolah meningkat.
Bawa jumpa Optometris jika anak ada ciri-ciri ini.

Mak ayah sekalian,
Jika perasan anak ada ciri-ciri ini disarankan bawa anak periksa mata dengan optometris bertauliah:
1. Terlalu sensitif dengan cahaya (dalam atau luar rumah)
2. Mengelak atau tidak suka aktiviti mewarna, puzzle atau yang memerlukan fokus mendalam (cari perbezaan 2 gambar, cari barang, maze dll)
3. Mata anak tidak selari kanan dan kiri.
4. Membaca buku terlalu dekat.
5. Buat mata sepet bila melihat sesuatu.
6. Kerap menggosokkan mata.
7. Gerakkan biji mata ke dalam dan keluar.
8. Memusingkan kepala bila cuba fokus sesuatu.
9. Nampak resah bila cuba fokus.
Saya memakai cermin mata sejak umur 11 tahun, selama pakai cermin mata banyak juga pengalaman pakai cermin mata yang tidak serasi dengan mata saya. Ada yang power tinggi sangatlah, terang sangatlah sampai buat saya pening kepala.
Tapi sejak saya belajar di UiTM, Fakulti Sains Kesihatan, baru saya tahu kewujudan bidang optometri. Rupa-rupanya berbelas tahun saya pakai cermin mata, tidak pernah lakukan pemeriksaan mata menyeluruh dan buat cermin mata pun di kedai asal boleh. Saya syak, bukan diperiksa oleh Pegawai Optometris bertauliah.
Pernah juga beberapa tahun pakai contact lens, main pakai sahaja tanpa periksa kondisi mata. Bila saya buat pemeriksaan mata di Klinik Optometri UiTM, dapat tahu kondisi mata saya tidak berapa baik dan perlu cuti pakai contact lens beberapa bulan.
Sudahnya, sehingga sekarang saya jarang pakai contact lens. Tapi alhamdulillah kondisi mata saya dah baik dan dah boleh pakai contact lens semula (jika mahu ).
Yang menariknya, sejak saya periksa mata dan pakai cermin mata dari Klinik Optometri UiTM Puncak Alam 9 tahun lepas, sehingga kini power mata saya tidak naik. Saya fikir mungkin kalau saya buat cermin mata dengan optometris bertauliah dari umur 11 tahun, power mata saya tak adalah tinggi seperti sekarang. 🥲
Dalam kes Eva, alhamdulillah tiada masalah yang serius. Eva lulus semua ujian mata, mungkin ia lebih kepada habit Eva fokus guna 1 mata, masih boleh diperbaiki lagi sebab Eva masih kecil. Optometris juga ada ajar saya dan Eva terapi latihan mata yang perlu dilakukan seminggu sekali.
Syukur sangat.
Di musim pandemik ini, saya pasti anak-anak kita banyak terdedah dengan skrin. Anak yang belajar di pra-sekolah pun belajar PdPR guna skrin. Pendedahan yang berlebihan boleh menyebabkan risiko masalah visual seterusnya mengganggu proses pembelajaran anak.
Sekiranya perasan anak ada simptom di atas, nasihat saya bawalah anak jumpa Optometris segera.
Semoga bermanfaat bagi yang membaca.
Lokasi: ESSEN Optometry , Johor Bahru
Sumber: Maryam Jamadi
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club