Kari nampak mudah hendak dimasak tetapi nak masak sedap dan meletup rasanya pun ada cara dan tekniknya. Jika salah caranya, santan dan minyaknya boleh jadi ‘karam’. Malah santan jadi tidak elok teksturnya.
Apa langkah dan petua terbaik untuk jadikan rasa kari sama seperti yang dimasak oleh ibu-ibu kita. Lima cara ini anda kena cuba!
1.Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
2. Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang
perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
Ads
3. Tumis Rempah
Ada sesetengah tukang masak handal, akan terus memasukkan serbuk rempah ke dalam bawang tumisan. Biarkan garing sekejap dan kemudian barulah dimasukkan
air. Cara ini buat rempah masak lebih cepat dan garing. Rasanya pun lebih umphh.
4. Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan. Halba campur adalah bahan
terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
5. Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Ads
6. Asam Jawa & Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.
7. Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.
Ads
8. Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.
9. Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada
rasa kuah kari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalunya bila datang rasa teringin nak makan ayam percik kita akan membeli di kedai. Tengok mak kita buat macam susah je nak buat.
Bagaimanapun resipi ini menggunakan bahan yang simple je. Step nak buat memang mudah. Jom kita ikuti resipi ini dan cara penyediannya.
RESEPI AYAM PERCIK PALING MUDAH
Ini first resepi untuk tahun 2020. Sebenarnya masak je tapi terus ngap haha, tak sempat nak ambil gambar step by step. Awal tahun biasa la sibuk sikit menyusun gerak kerja. Ini ayam percik resepi yang agak simple tapi sedap. Ada beberapa lagi versi lain, nanti saya update ye.
.
Okay jom tengok resepi di bawah.
BAHAN-BAHAN A
• 1/2 ekor ayam
• 2 kotak santan yang saiz kecil
• 1 sudu teh pes asam jawa (bancuh dengan air)
• 1 sudu teh halba
• Air secukupnya
• Gula dan garam secukup rasa
. BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)
• 15 tangkai cili kering (saya guna 5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar)
• 5 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 2 batang serai
• 1 inci halia
. CARA MEMASAK
1. Bersihkan ayam, kelar dan toskan. Gaulkan ayam dengan sedikit garam.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, asam jawa, halba, gula, dan garam.
3. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak. Pastikan kuah tadi sebati dengan ayam.
4. Letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar hingga masak sepenuhnya dan sedikit garing. Sambil tu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan supaya ia melekat cantik.
5. Siap dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Sumber: Miss Nick Kitchen via Nur AqyLa
Jika mahu turunkan berat badan, jangan pening kepala lagi. Boleh cuba makanan diet cepat kurus seperti yang dikongsikan oleh pemilik akauan fb May VoDyakonov di page MAHN. Menurut perkongsiannya, apabila suaminya amalkan makan sup yang disediakan olehnya selama 3 hari sudah dapat lihat kesan yang positif apabila berat badan suaminya turun 1 kg.
Selain itu ujarnya, suaminya juga tidak makan nasi atau mi sepanjang tempuh tersebut dan hanya makan sup tersebut sahaja dalam diet hariannya.
Ini sekali gus, menyebabkan ramai yang teruja untuk mencuba resipi sup yang dikongsikan olehnya memandangkan menu yang disediakan terbukti berkesan untuk cepat kurus dan tidak dinafikan juga nampak menyelerakan dan berkhasiat.
Jadi buat anda yang tengah berusaha untuk turunkan berat badan, apa kata cuba teknik amalkan makan sup ini. Mana tahu serasi dan dapatlah anda memiliki bentuk tubuh badan yang diidamkan selama ini.
Selamat mencuba dan ini resipinya.
Bahan-bahan :
Ayam
Halia
Labu separuh
Kentang
cumin powder
Garam
Serbuk cukup rasa.
Lada hitam
Chinese Goji berries
Bahan tumis:
Bawang merah
Bawang putih
Daun bawang
Kayu manis dan kawan-kawanya seperti di dalam gambar
Cara Masak :
1. Rebus ayam dengan halia. Saya guna halia kering yang saya keringkan sendiri sebab takut rosak.
2. Dalam masa yang sama boleh tumis bawang merah, bawang putih, daun bawang, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga di dalam kuali. Ketepikan.
3. Kemudian masukkan kentang dan labu dan bahan-bahan lain ke dalam rebusan ayam tadi. Biarkan sehingga empuk.
4. Setelah masak tutup api dan kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
5. Sedia untuk dinikmati.
Cara menanak nasi pastinya semua maklum. Namun cara untuk mendapatkan nasi yang peroi dan cantik mungkin ramai yang belum tahu. Lebih-lebih lagi untuk menyediakan menu istimewa dengan menggunakan beras basmathi.
Sebenarnya ada petua nak masak nasi ini. Jadi jom tambah ilmu. Harap lepas ni nasi yang anda masak nampak lebih cantik dan sempurna macam chef.
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan garfu
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan garfu atau sudip berbentuk garfu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...