Berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama anak-anak sememangnya pengalaman yang paling dinantikan oleh semua mak ayah.
Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Banyak persiapan dan kesabaran yang perlu ada sepanjang berada di sana.
Bagi mak ayah yang bercadang untuk membawa anak untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat ini, tip dan perkongsian seorang bapa, Muaz Aziz menerusi Facebooknya ini boleh anda jadikan panduan.
Nota persediaan sebelum tunai umrah dengan anak anak.
1. Pastikan anak-anak tahu bila hari terbang ke Haramain. Buat countdown supaya anak-anak bersedia.
2. Sebelum tarikh umrah biasakan anak-anak dengan masjid, biasakan anak-anak dengan aktiviti sebelum dan selepas solat.
3. Bawa mainan kegemaran anak-anak sekali pergi umrah (saiz kecil), jangan biarkan dia mengamuk di masjid. Mengganggu jemaah lain.
Ads
4. Susun aktiviti sepanjang di Haramain, bukan hanya aktiviti dalam masjid. Susun aktiviti berkelah di luar, masuk pasar raya, beli buah tangan untuk anak-anak.
5. Bawa beg sekadarnya, jumlah beg yang kita boleh urus. Jika banyak sangat beg bimbang tak terurus tambahan bawa anak-anak.
Setiap anak berikan satu beg sandang untuk dia bawa barang kesukaannya. Abdul Bari memang ke mana sahaja di dalam beg sandang dia ada satu ketul kereta kesukaan dia. Cukuplah buat dia gembira.
6. Tukar duit Riyal secukupnya dan sediakan satu kad kecemasan untuk kegunaan di sana. Kegunaan untuk makan, basuh baju, teksi, jajan anak-anak.
7. Tetapkan mindset untuk jaga mulut dan jaga adab sebaiknya. Apa yang berlaku beritahu anak-anak semua tu asbab kita nak dapat pahala.
Ads
8. Beritahu anak-anak keistimewaan zamzam, biar sepanjang umrah anak-anak dengan air zamzam sahaja. Air zamzam banyak di Mekah dan Madinah, pastikan di dalam tong zamzam. Water dispenser itu air drinking water.
9. Datang ke masjid seawal satu jam sebelum azan, untuk sembahyang di dalam bangunan masjid. Dataran luar masjid jadikan pilihan ketiga dan keempat.
10. Sediakan small goodies (gula-gula) letak dalam beg anak-anak. Suruh dia berikan pada kanak-kanak lain di sana untuk anak-anak merasai sendiri keseronokan berkongsi dan sedekah.
11. Beritahu pada anak-anak, jangan merungut rasa makanan di sana. Cukup dengan senyap jika tidak kena dengan tekak. Nanti ayah carikan yang lain. Kalau duit tak cukup Ummi payung.
12. Ajak anak-anak solat jenazah setiap kali habis waktu solat. Ceritakan kelebihannya. Di Malaysia sangat jarang anak-anak kita nak dapat peluang solat jenazah.
Ads
13. Ambil peluang duduk niat iktikaf di masjid dengan anak-anak. Buat aktiviti di dalam masjid sama ada baca Al-Quran bersama-sama, bawa buku lukisan anak-anak atau ajak berbual tentang kebesaran Allah dan sirah rasul supaya dia tidak bosan.
Boleh juga minta anak-anak tulis (tulisan tangan) atas buku senarai doa yang dia nak doa pada Allah, ajar doa yang khusus (specific). Minta dia ulang-ulang. Macam Najihah dia minta Allah Islamkan labubu.
14. Dalam gembira kena tegas dengan anak-anak supaya tidak mengganggu jemaah yang lain.
15. Setiap kali sebelum tidur, ajak anak-anak berdoa bersama-sama supaya Allah mudahkan terjaga satu jam sebelum Subuh dan dapat solat berjemaah di masjid.
16. Puji tingkah laku anak-anak di sana, supaya dia lebih seronok ikut aktiviti dengan ibu ayah.
17. Libatkan anak-anak dalam program sambil sedekah dan lain-lain.
18. Tambah keterujaan anak-anak dengan ganjaran aiskrim dan manisan sesudah selesai Isyak setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak lalui anak kecil seakan bermain dengan seseorang atau tunjuk ke arah sesuatu yang kita tidak mampu lihat dengan mata kasar? Kalau ikutkan kata orang, mungkin yang dilihat mereka itu makhluk ghaib kerana pandangan mata anak kecil itu sensitif.
Itulah yang terjadi kepada ibu ini bertukar menjadi cuak apabila anak lelakinya ingin menyuap makanan kepada ‘kawan’ di sebelahnya.
Dalam video berdurasi 17 saat itu jelas tiada orang di sebelahnya dan tulis ibunya sudah 3 kali melihat anaknya itu suap di sebelah siap tadah tangan lagi!
Lain pula jadinya di ruangan komen apabila ada seorang pengikutnya komen anaknya turut nampak kelibat perempuan di dalam video tersebut. Komen itu di balas oleh ibunya dengan video baru di mana anaknya berkata ‘kawannya’ itu adalah budak perempuan dan tinggal di taman.
Video yang dimuat naik mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih 600k tontonan di Tiktok. Rata-rata turut merasa seram dengan kewujudan entiti tersebut.
Ramai ibu bapa mahukan anak-anak yang minat dan pandai membaca. Kebolehan membaca sangat diperlukan oleh anak-anak kerana ia merupakan pintu utama untuk mereka memperoleh maklumat baharu, berkomunikasi dan mengembangkan daya imaginasi mereka. Jadi, bagaimana ingin memikat anak supaya minat membaca? Berikut saya kongsikan sembilan tip mudah yang ibu bapa boleh praktikkan untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-anak, tanpa perlu memaksa mereka. Tip ini telah saya amalkan sendiri pada anak-anak saya yang kini berumur antara 10 bulan hingga 10 tahun.
Tip 1- Ibu bapa sebagai model
Tip ini merupakan tip yang paling penting. Sekiranya kita mahukan anak yang suka membaca, maka kita mestilah lebih dahulu suka membaca. Tunjukkan contoh kepada anak betapa seronoknya membaca, dan perlahan-lahan ajak anak ikut membaca bersama kita atau bacakan cerita untuk mereka. Anak akan meniru tabiat membaca ibu bapa. Jika anak lihat ibu bapa leka bermain telefon bimbit sahaja, bagaimanakah mereka mahu mencontohi kita?
Tip 2- Bermula awal
Biasakan anak dengan buku sejak kecil, hatta ketika anak masih di dalam kandungan lagi. Deria pendengaran merupakan antara deria terawal yang terbentuk pada bayi dan bayi boleh mendengar suara ibu. Ibu digalakkan untuk mengaji, membaca buku dan berbual-bual dengan anak di dalam kandungan. Jadikan buku sebagai objek yang tidak asing dalam hidup anak-anak. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Tip 3- Buku yang sesuai
Gunakan buku yang sesuai mengikut peringkat umur anak. Contohnya, untuk bayi dan anak yang berumur di bawah 2 tahun, bacakan buku yang mempunyai gambar yang menarik, warna yang terang dan bahasa yang ringkas.
Tip 4- Luangkan masa
Sesibuk mana pun kita dengan aktiviti harian, luangkan sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk sesi membaca bersama anak. Jadikan sesi membaca ini sebagai rutin harian keluarga. Pilihlah waktu yang sesuai misalnya apabila kita dan anak berada dalam mood yang tenang, contohnya sebelum tidur.
Tip 5- Nada suara yang menarik
Pelbagaikan nada suara semasa membaca buku bersama anak. Bacaan yang mendatar dengan satu nada sahaja akan membuatkan anak-anak cepat bosan. Anak-anak akan bersemangat untuk mendengar cerita sehingga tamat sekiranya ibu bapa menggunakan nada yang menarik dan membuat bunyi-bunyi yang berkaitan seperti bunyi singa, bunyi katak atau apa sahaja bunyi yang dapat menambahkan pemahaman dan menarik perhatian mereka.
Kejadian blackout atau bekalan elektrik terputus terutamanya pada waktu malam tentunya akan menyebabkan satu rumah akan bergelap. Bila ini terjadi, boleh mengundang rasa takut pada anak-anak dek kerana terlalu lama bergelap.
Namun alangkah bagusnya andai kita bersiap sedia sekiranya berlaku perkara tersebut. Tidaklah menggelabah kita mencari lilin, lampu suluh atau pemetik api bila bekalan elektrik terputus.
Cara yang ingin dikongsikan oleh Wan Emilia Elisyhah ini tidak kurang hebatnya. Bukan sahaja menyenangkan malah bajetnya juga cukup rendah, hanya RM 2.10 sahaja. Menariknya juga, ini bukan sahaja memudahkan kita untuk mendapatkan sumber cahaya ketika dalam kegelapan, malah yang penting anak-anak tidak lagi berasa takut hingga menagis dan menjerit bila tiada bekalan elektrik.
Nak tahu apakah perlu kita buat, jom semak perkongsian menarik ini.
Okay korang wajib beli lampu LED kat kedai ECO ni untuk waktu kecemasan time tak ada elektrik . Korang takyah dah pasang lilin , cari lighter ke psang torchlight hp ke dah lepas ni.
Korang just beli lampu LED kecik ni pastu beli batery 3A yang kecik tu .Then terus pasang dan tampal je kat dinding. Nak kukuh letak lagi double tape kat belakangnya.
Ni idea myfather myhero Wan Zool dia yang buat dulu kat rumah.
Nak tengok sejauh mana terang lampu ni, korang tengok video kat bawah.
okay korang tengok sendiri terang ke tak terang??? tu baru 1 lampu geng. belum dua tiga kalau bergabung . 😂
Beli tu banyak sikit, boleh pasangkan kat rumah orang tua kita, senang orang tua kita click je lampu tu kalau tak ada eletrik dan boleh juga buat meja makeup, letak kat sekeliling cermin fuhhh memang terbaik!