Makan

Tip Lembutkan Laksa, Rebus Tak Sampai 10 Minit

Share

Ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa tanpa perlu rebus lama. Hanya rebus

10 minit sahaja. Orang utara mungkin sudah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang belum tahu.

Tip Lembutkan Laksa

Makan laksa memang sedap tapi ramai tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa yang mengambil masa lama. Jadi selepas ini tiada lagi alasan malas untuk masak laksa. Suzana Saad ada petua bagaimana nak lembutkan laksa dengan cara yang cepat.

Tip dari peniaga laksa, rendam dulu:

Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, bila-bila terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.

Rebus Tak Sampai 10 Minit

Ini caranya:

1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun sudah cukup.

2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api dan tutup periuk.

3. Biarkan dalam air panas selama satu jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.

Sumber: Suzana Saad

Artikel berkaitan: Laksa Mee Pangkor Original, Ini Resipi Macam Mana Nak Masak

Taukey Laksa Bagi Petua Hanya 10 Minit Jer Rebus Laksa Jadi Lembut, Tak Perlu Masak Lama Ini Caranya.

Rupanya Ini Rahsia Nak Kuah Laksa Jadi Pekat Melikat, Kisar Tulang Ikan Jadi Halus! Chef Ini Kongsi Rahsia, Memang Gerenti Sedap.