Kipas siling di rumah akan menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun. Walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum, tetapi kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut membuatkan ia menjadi sedemikian.
Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.
Malah, kaedah ini cukup menjimatkan, anda hanya keluarkan modal dalam RM 5.00 sahaja. Mudah kan, tak perlu beli kipas baru, tukar barang ni jer!
Cara lajukan kipas
1. Mula-mula buka bawah ni ikut arah lawan jam.. sebab board dan kapasitor dok dalam ni
2. Bila buka dia terburai macam ni la.. ada klip tu, tekan klip tu supaya kita boleh bawa turun belas ni
Ads
3.Bila dah bawa turun letak atas lantai.. cari kapasitor kipas, kapasitor kipas ni dah terbakar.. yang ada wayar kelabu dan merah tu.. cabut kapasitor tu dan p kedai beli.. yang dulu 2.0 ja saya beli 2.5 laju sikit
4. Ini adalah kapasitor yang lama.. yang baru saya lupa nak snap sebab kalut dengan anak.. saya bawa p kedai cari jenis ni tak ada, jadi saya beli yang lain.. wayar dia saya sambung.. tgk dalam pic seterusnya
Ads
5. Ok..nampak tak kapasitor baru yang saya pasang.. disebabkan wayar tu takdak jadi saya sambungkan saja wayar kapasitor baru dgn wayar lama.. balut dengan selotep hitam.. dan pasang balik..
6. Lepastu, tutup bekas tu dan pasang balik 3 skru tu balik.. dan pasang macam mula-mula bukak tadi.. dan siappp
Ads
7. Ni hasilnya, alhamdulillah laju betoi kipas ni pusing.. terima kasih semua..
Ada pelbagai jenis kulit sama ada jenis berminyak, kulit kering dan ada yang kulit jenis kombinasi. Oleh itu, jangan ingat setiap kulit ini sama cara nak jaga. Begitu juga dengan pemilihan produk penjagaan diri.
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Doktor Aris di Twitternya. Kali ini adalah mengenai penjagaan untuk kulit jenis berminyak.
Face serum juga penting untuk semua jenis kulit. Tapi bagi kulit berminyak jika boleh elakkan oily based untuk serum.
Selain itu, semak tip ini untuk penjagaan kulit wajah:
1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.
5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.
6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.
7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.
8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.
9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.
10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.
Dalam petanian, terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk bercucuk tanam. Ia dapat dipraktikkan sama ada untuk kegunaan pasaran komersial ataupun sendiri.
Dahulunya, ramai yang menanam serai dengan mengambil dua atau tiga batang serai satu rumpun dibahagi kepada 3 atau 4 bahagian kemudian ditanam, rugi kalau macam tu, sayang serai itu kerana kita boleh pakai untuk masak. Sebenarnya ada cara lagi mudah dan jimat untuk kita tanam pokok serai dengan betul dan tidak membazir. Cara ini dapat membantu bagi sesiapa saja yang baru berjinak-jinak untuk menanam tanaman sendiri di halaman rumah.
Mengikut perkongsian dalam Group Berkebun Dirumah, bahawa ibunya menurunkan petua untuk memotong bahagian bawah(dalam gambar), kemudian rendam dalam sedikit air, cukup basah dibahagian tumbuhnya akar, tunggu sehari dua. Lama kelamaan pucuk akan terus tumbuh dan boleh la ditanam.
Cara lain pula, boleh saja ditanam dalam tanah tanpa direndam terlebih dahulu. Ia terpulang kepada kaedah yang mana kita nak gunakan, ada yang lebih suka tunggu sehingga tumbuh akar baru ditanam. Mudah kan?
Kalau anda nak cuba, bolehlah cuba selepas ini ya. Lagipun pokok serai mudah untuk dijaga, senang kalau nak masak boleh terus cantas saja.
selamat mencuba !
sumber : Berkebun Dirumah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati mana yang tak terharu dan gembira bila mana ada yang mengambil berat di saat diri dilanda musibah. demikian juga dengan pelakon dan hos terkenal, Alif Satar yang kini sedang menerima rawatan akibat positif Covid-19.
Alif dalam laman instagramnya berkongsi rasa teruja apabila dihubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu memuat naik tangkapan skrin ‘video call’ mereka serta turut menerima sepucuk surat dan buku yang ditulis sendiri oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.
“ALHAMDULILLAH.. Alif terima semangat baru harini, terima kasih yang tak terhingga kepada YB @drzulkifli.albakri sudi bertanya khabar melalui facetime tadi,dan sempat kirimkan surat dan buku untuk alif baca sepanjang kuarantin.
“Masa video call tadi alif sangat terharu apabila DS Zul turut mendoakan kesihatan bukan saja untuk alif, tapi buat semua yang terjebak dengan Covid19. Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak semoga Allah swt merahmati dan membalas jasa baik Ustaz Zul sekeluarga.. insyaAllah.” tulis Alif dikapsyennya.
Rata-rata yang membaca perkongsian mengucapkan syukur dan memuji keprihatinan Datuk Dr Zulkifli. Tak kurang yang mengatakan Alif bertuah disayangi ramai.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...