
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, Menyimpan duit walaupun sedikit tetapi jika berterusan lama-lama akan membuahkan hasil juga. Ini lah yang dikongsikan oleh Shaira Mudzafar menerusi facebooknya. Dengan hanya menyimpan RM1 untuk pemulaan, dalam masa sebulan mendapat RM496.
Tips simpan RM496 sebulan bermula dengan RM1.
Boleh buat dengan pasangan, adik-beradik atau member korang.
1. Amek balang kosong untuk simpan duit dan kalendar.
**media[106068,106069]**
2. Pilih samada nak nombor genap atau ganjil. Korang boleh guna cara alternatif nak osom ker undi lambung duit kerr.
3. Okay! Katakan korang buat dengan suami. Kalau suami korang pilih nombor ganjil jadi korang dapat nombor genap lah. Masukkan duit dalam balang ikut nombor dalam kalendar.
Pada 1hb setiap bulan suami korang masukkan RM1 dalam balang lepastu tanda pada tarikh tersebut.
Untuk 2hb pulak korang kena masukkan RM2 dalam balang lepastu tanda pada tarikh 2hb.
.
Kalau 7hb masukkan RM7, 17hb masukkan RM17, kalau 31hb masukkan RM31. Macam tulah seterusnya sampai habiss bulan.
1 BULAN dapat simpan RM496.
1 TAHUN dapat simpan RM5952.
.
Senang jer kan? Jangan lupa pasangan a.k.a partner korang
#gengbop #tipssimpanduit
Sumber Shaira Mudzafar
“Nak Malu Apa, Aku Bukan Mengemis Mintak Duit Orang…”Tukar Duit Syiling Ke Kedai Untuk Tampung Belanja. Suami Ni Kongsi Pengalaman!

Realiti hidup ada pasang surutnya, sekejap kita berada di zon selesa terkadang diuji dengan pelbagai masalah, begitu juga dalam kehidupan rumah tangga. Tentunya setiap kita ada jalan ceritanya yang tersendiri.
Umpamanya perkongian daripada Firdaus Shakirin ini, ada sahaja usahanya untuk memastikan perbelanjaan keluarga dapat dilunaskan dengan caranya yang tersendiri. Bahkan dia menyatakan, “Nak malu apa, kita bukan mengemis mintak duit orang…”
Ikuti perkongsiannya di sini.
Saya penah ke satu kedai makan ni, saya tanya kedai tu, nak tukar duit syiling tak…dia tanya balik, ada banyak ke…saya kata dalam 100 mungkin, tapi saya tak kira lagi…dia kata boleh, bawak mai…
Saya balik, saya kira…dapat dalam 75 ringgit, terus bawak pergi kedai tu…dia bagi duit kertas 75 ringgit…saya balik, saya letak dalam beg isteri 50, dompet saya 25…
Gaji seminggu lagi…
Masa kira duit syiling, wife tanya, duit tak cukup ka…nak dia ambik duit simpanan tak…
“Tak apa, jap lagi abang tukar duit syiling ni, ada la duit belanja…”
Dari anak sorang sampai anak 3 penah buat macam tu…benda tiba-tiba yang tak dijangka macam susu habis, pampers habis, bila tengah bulan kita pergi beli, terus bajet jadi lari…saya cakap kat diri sendiri,
“Nak malu apa, aku bukan mengemis mintak duit orang, pinjam sana sini, gadai barang kemas bini…”
Tanya kedai nak duit syiling ke tak ja pun…tu pun ada ketika time tanya, orang tengok lain macam…kadang-kadang ada jugak kedai yang tak nak, terpaksa pergi kedai lain…untuk bagi anak bini makan, tak dan langsung nak pikir tentang malu…
Kalau bergantung harap sepenuhnya pada duit bini, bleh la nak malu…ini duit syiling sendiri, hasil tabungan sendiri…
Sampai sekarang saya simpan duit syiling…nampak banyak ja, kira dan letak tepi…pastu menabung lagi…nanit time sesak, time perlu untuk tukar, baru saya tukar…
Susah dalam alam perkahwinan ni, lain orang, lain kesusahannya…ada yang smpai kena gadai barang kemas, ada yang smpai pinjam duit kawan, ada yang sampai ikat perut tak makan…tapi, kita laki bini atak adanya nak bagi tahu semua orang kita ni tengah sesak, tengah susah…Kita berdua ja yang tahu…
Takat mana yang kita ada, kita cuba ikhtiar guna untuk dapat duit belanja…ada sorang kawan ni, dia cagar telefon kat member, kalau dia tak dapat bayar, ambik la telefon dia tu.
Janji ada duit nak bagi anak bini makan…sampai tera tu…tak pernah rasa? Untunglah…kalau penah rasa, maka itu cuma sebahagian daripada perjalanan alam rumahtangga kita sebagai suami dan isteri…ke depan ni, macam-macam cabaran lagi…
Semoga kita tabah menghadapi…InsyaAllah…
Meninjau di ruangan komen, ramai berkongsi pengalaman hidup dan menjadikan amalan menanbung duit syiling sebagai kelaziman.
Sumber : Firdaus Shakirin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Gara-Gara Salah Beli Rumah, Hutang Mencanak, Ini Nasihat Perunding Kewangan Yang Kena Alert!

Apabila berbicara mengenai kewangan sudah tentu ia melibatkan simpanan yang dimiliki oleh seseorang itu.
Siapa yang tak nak kaya. Semua punya impian begitu bebas masalah hutang dan hidup selesa dengan simpanan yang mencukupi.
Namun kadang kala, percaturan dalam kewangang menjejaskan kehidupan. Hasrat hati membeli aset untuk membeli pulangan yang menguntungkan namun sebaliknya.
Sebagaimana perkongsian perunding kewangan yang dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad menerusi facebooknya yang menyatakan bahawa kesilapan membeli rumah boleh memberi beban kewangan kepada sesiapa sahaja.
Ikuti nasihat beliau mengenai hal ini.
BILA SALAH BELI RUMAH?
1. Jika rumah yang kita ada, bebankan hidup kita. Jual sahaja. Makin lama dengan kita, makin banyak telan simpanan kita.
2. Rumah pertama saya selalu pesan, beli bawah RM300k sahaja. Jika luar bandar banyak lagi kediaman bawah RM200k jika bijak mencari.
3. Rumah yang sihat, tak telan lebih dari 35% gaji kita. Jika gaji RM5000 x 35%=RM1750 ansuran yang sihat buat rumah kita.
Rumah yang sesuai kita ada pada harga RM350k sahaja.
4. Jika kita nak ada kediaman RM540k, pendapatan minimum kita sebulan sekitar RM8000 sebulan barulah selesa.
5. “Tapi saya memang layak untuk beli kediaman RM540k bang, bank luluskan” .
“Layak bukan bermakna kita mampu untuk ada dik. Ramai orang rasa layak kawin 3, tapi hakikatnya tak mampu”
“Zaman ekonomi perlahan ini, jika kita layak ada kediaman RM500k, belajar beli yang bawah RM350k sahaja”.
Jika kita layak ada kediaman RM700k, cari yang RM500k sahaja ya.
6. Jangan teruja bila bank luluskan pembiayaan kita. Takut nanti kita seksa membayarnya.
7. Lebih malang jika kita layak RM500k dan kita balun beli sampai 3 rumah jadi hutang RM1.5 juta . Sebab tak nak lepaskan peluang buat harta.
Jika ‘berjaya ada penyewa sepanjang masa’ ok. Rezeki kita, jika sebaliknya kita boleh muflis jadinya.
Lebih baik, layak ada kediaman RM500k kau beli dua yang RM250k sahaja.
“Itu ambil hak orang lain bang”.
“Habis yang kau ambil hak orang kaya sampai 3 boleh tipu documents boleh pulak?”
“Orang kaya jahat bang”
Kawan kawan,
Kita akan banyak jumpa nasihat yang salah dalam hidup ini.
Nasihat yang rosakkan kita tapi untungkan mereka akhirnya.
Jangan salah pilih rumah.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Baca Al-Fatihah Nak Hilangkan Rasa Gementar, Gelagat Anak Lisa Surihani Dipuji Ramai!

Telatah anak kedua sememangnya menghiburkan dan bermacam ragam. Gelagat anak kedua pelakon, Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusri Abd Halim mengundang perhatian ramai.
Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan Lisa di Instagram, anak kecil itu, Yusof Leonne yang mesra dengan nama Yeop oleh ibu dan ayahnya memperdengarkan bacaan surah Al-Fatihah ketika menerima rawatan telinga di sebuah klinik bagi mengurangkan ketakutan dalam diri.
Tambah Lisa lagi, Yusri menyarankan bacaan Al-Fatihah itu jika terlalu takut dan gementar.
“SubhanAllah, bagus jugak idea Daddy Yeop ni. Kalau tak, he was too nervous.
“Sebelum tu, Yeop cuak dok tanya Dr nak buat apa kat dia. Rasa tak selesa dengar bunyi mesin tu lagi.
“Daddy advise lagi kat Yeop, “if you feel anything, just recite louder” tu yang dengan mimik-mimik dia tu,” katanya berkongsi.
Tidak hanya gelagat Yeop yang dipuji ramai malah didikan kedua ibu dan bapanya, Lisa dan Yusri turut dipuji wargamaya. Hebat!
“But at least it helped that he focused more on Al-Fatihah in which our Prophet SAW told us in a hadith that it is a syifa’.
“Alhamdulillah follow up day turned out okay. May Allah swt grant my son recovery and syifa,” tulisnya lagi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya memuji idea hebat Yusri dan Lisa malah memuji cara didikan sempurna dari keduanya.
Terdahulu, Yusri dan Lisa Surihani dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, dan Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai. Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club