Tip Jimat Untuk Sabun Pencuci Pinggan. Dari Sebotol Terus Jadi 3 Botol

Share

Bagi suri rumah, anda mesti pening bila setiap kali harus membeli sabun pencuci pinggan.

Nak pula bila ada anak kecil di rumah, habis dibuat main sabun itu hanya untuk melihat buihnya keluar.

Ada juga yang kata, pakai sabun pencuci pinggan yang jenis cecair ini rugi kerana cepat habis padahal pinggang mangkuk yang dicuci hanya sedikit sahaja. Selebihnya ianya banyak menyerap ke dalam span dan juga menjadi perahan bersama air.

Kalau anda nak tahu, ada cara untuk berjimat sabun pencuci pinggan ini. Malah bila anda sudah mencubanya, pasti anda menyesal kerana tidak melakukannya dari dulu lagi.

Mesti Baca :

Tip ini dikongsikan oleh salah seorang pengguna akaun Facebook bernama Rufina dan telah mendapat hampir 10 ribu perkongsian.

Orang dok viral. Maka akak pun cuba le buat. Beli sebotol sunlight. Ada 2 botol kosong untuk 2 tempat cuci pinggan.

1. Tuang 1/4 Sunlight dalam botol kosong.
2. Bancuh 3 sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3. Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan Tuang air garam tu dalam botol tadi hingga 3/4 botol.
4. Kocak kocak.. Siap.

Serius syok basuh pinggan. Letak sikit aje. Buihnya banyak.

Pinggan pun bersinar. Jimat kome..

Selalu 1 botol sunlight ori tu seminggu aje.. Cuba la..

Artikel Berkaitan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club