Lepas masak dan makan, tibalah pula aktivioti mencuci pinggan mangkuk dan segala peralatan yang diguna pakai. Sedar tak sedar, sabun makin berkurang dan kena top up semula.
Bagi ibu-ibu yang nak menjimatkan belanja membeli sabun, boleh cuba tip mudah ini. Hanya menggunakan campuran garam, bukan sahaja dapat menggandakan sabun tersebut, bahkan buih pun banyak. Nak cuba? Jom baca tip ini. Ni bukan pasal resepi masak tau.. Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian.. 🙂 Jimatlah juga belanja dapur kan… 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun… Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan… ok tak? Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.. Mudah je.. Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan).. Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…! Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu).. Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.. Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’ Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak..
Selamat mencuba untuk lebih jimat.. Sangat membantu jimat belanja..
Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol..
Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je… Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan.. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan… AlhamduliLlah.. Suka³……
Peguam Ini Jelaskan Harta Pusaka Dan Bukan, Rupanya Ramai Yang Keliru.
Harta pusaka adalah melibatkan segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.
Jadi, harta yang bagaimana yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan akan tertakluk kepada hukum faraid?
Nak tahu lanjut ikuti penjelasan daripada peguam Roslina Sabiyah mengenai hal ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
FAHAM DULU HARTA PUSAKA
Apa itu harta pusaka? Harta Pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk HARTA ALIH (kereta, wang tunai, akaun bank, kwsp, asb, barang kemas, saham dsb) ataupun HARTA TAK ALIH (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb). Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal akan diwarisi oleh waris2 yang berhak mengikut undang2.
HARTA PUSAKA TERMASUK:
-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.
-Kutipan sewa dari harta si mati.
-Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.
-Premium insurans.
-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.
-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.
BUKAN HARTA PUSAKA:
-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.
-Harta yang telah dijual oleh si mati.
-Harta yang telah diwakafkan.
-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.
-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.
-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.
-Imbuhan dan saguhati.
-Pampasan insurans dan manfaat takaful.
-Khairat kematian.
Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci dan ‘case to case basis‘ melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.
Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya dan dapat membantu ke arah penyelesaian isu pusaka. Biar tahu jangan keliru.
HFMD yang masih belum menampakkan tanda-tanda untuk surut semakin membimbangkan ibu ayah. Nak bawa anak keluar berjalan atau hanya
sekadar membeli barang keperluan rumah juga buat ibu ayah makin risau.
Sikap berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan perkara yang membolehkan kuman dan virus ini dijangkiti seperti penggunaan troli di mall dan indoor playground sebaiknya dielakkan. Ini penting!
Selain itu ibu ayah juga perlu bersihkan tangan anak-anak sebaik bermain. Mahu lebih yakin lagi, ibu bolehlah mencontohi doktor manis ini demi memastikan anaknya bebas virus ini.
Anaknya yang sudah tiga kali terkena jangkitan HFMD ini dalam masa 5 bulan buat dia semakin takut. Fobia dengan situasi ini, Hani Mynis sediakan beg lengkap khusus untuk elakkan HFMD setiap kali keluar. Wajib contohi!
Beg jalan Aqil (& pencegahan HFMD)
Sekarang ni musim HFMD tengah sakan merebak kan? Selepas insiden Aqil kena HFMD kali ketiga (dia dah pernah kena HFMD tiga kali berturut-turut dalam tempoh lima bulan 2016) dulu-dulu, Hani jadi sedikit paranoid dengan kebersihan sekeliling Aqil kalau kitorang bawa dia berjalan terutamanya ke pasaraya atau taman permainan dalam kompleks membeli belah (kesian anak ibu, paranoid punya pasal
setahun lebih ibu ayah “haramkan” dia dari jejak “indoor playground” ?).
Oleh itu, kitorang pastikan beg jalan Aqil lengkap dengan barang yang kitorang perlukan untuk pastikan sejarah tak berulang.
Tapi kalau setakat berjalan dekat-dekat ke pasaraya, atau ke taman permainan, “beg jalan Aqil” lah penyelamat. Beg jalan Aqil ni memang ditinggalkan je sangkut dalam kereta jarang bawa masuk rumah kecuali nak ‘restock’ barang dalam beg. Sebab tak nak ada risiko beg tertinggal dan keluar berjalan tanpa beg ni ?
Memandangkan ada yang tanya apa yang wajibkan bawa dalam beg jalan Aqil ni, hani buatkan post panjang lebar ni.
List Barang Wajib Ada:
Penting:
1. Antibacterial wipes
Ni kiranya barang paling penting yang wajib ada dalam beg jalan Aqil ?. Hani gunakan untuk lap troli, ‘baby chair’ kat restoran atau kedai makan, atas meja makan kat restoran/kedai makan pun hani lap kadang2 terutamanya kat kawasan Aqil akan pegang.
Dalam beg ni juga ada tisu basah.
2. Hand sanitizer
Benda kedua penting. Hani lebih suka Hand sanitizer jenis spray macam ni. Senang nak guna. Hani sembur kat tangan dia sejurus dia masuk kereta dari mana-mana tempat yang kitorang pergi (dari pasaraya/taman permainan/indoor playground) sebab dia dalam kereta suka makan biskut.
3. Gel aloe vera
Untuk pelbagai kegunaan macam hani pernah share dalam post “medical kit Aqil” sebelum ni. Punyalah berkesan, untuk medical kit Aqil pun ada untuk beg jalan Aqil pun ada benda alah ni. Terutamanya untuk merendahkan suhu badan dia kalau badan dia dedor dalam kereta atau demam dalam perjalanan ke klinik.
4. Sapu tangan / napkin
5. Plastik sampah (bonus kalau wangi ?)
Untuk masukkan pampers anak yang dipakai, atau masukkan baju kotor
Lagi-lagi sekarang musim HFMD tengah merebak, kalau terpaksa masukkan Aqil dalam troli, sebelum itu kitorang lap dulu di bahagian pemegang dan tempat yang boleh dia capai dengan ‘antibacterial wipes’.
Hani sembur juga ‘hand sanitizer’ pada tangan Aqil sebelum dia duduk dalam troli dan sejurus kitorang masuk ke dalam kereta lepas membeli belah ni.
Sekarang tengah musim ni, kalau boleh elakkan lah bawa anak ke ‘indoor playground’ terutamanya untuk anak kecil bawah 3 tahun. Huhu mereka paling mudah terjangkit sebab antibodi masih lagi belum berkembang sepenuhnya.
Lagi-lagi kalau anak sejenis yang masukkan semua barang dalam mulut, bola-bola dalam “ball pit” tu pun dia nak masukkan dalam mulut.
P/s: Walaupun tiga kali Aqil kena HFMD bukan lah semata-mata disebabkan indoor playground/troli pasaraya, this is the least that we
can do. Kita tak boleh kawal kebersihan semasa di taska/rumah pengasuh.
Apa yang penting selain kita ambil langkah berjaga-jaga untuk sedaya upaya elakkan anak terkena HFMD ialah kesedaran untuk kuarantin
anak kita kalau dia dah terkena HFMD untuk mengelakkan anak kita menjangkiti kanak-kanak lain.
Kredit: Hani Mynis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kentang memang sentiasa jadi pilihan kita setiap kali masak. Kalau kita perasan, macam-macam kegunaan kentang dalam menu harian. Tidak sebagai makanan tambahan dan aksesori, kentang ada masanya boleh bertukar menjadi menu utama. Tak gitu? Begitu juga rangkaian snek ringan berasaskan kentang yang semakin popular.
Selalunya setiap kali beli kentang, kita jarang beli dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya takut kentang tidak tahan lama dan akan jadi busuk kalau lambat digunakan dalam masakan.
Sebenarnya ada banyak petua yang boleh diamalkan bagi memastikan kentang mampu bertahan lama dan tidak cepat busuk. Apa yang anda kena buat?
Suhu Bilik
Simpan pada suhu bilik dan jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan lembap seperti di dalam peti sejuk, tunas kentang akan lebih cepat tumbuh dan kentang bertunas sebenarnya sudah tak berapa elok lagi untuk di makan.
Buang Kentang Busuk
Asing dan buangkan kentang yang mula busuk. Biasanya kentang dibeli dalam guni atau plastik besar, pasti ada kentang yang tidak elok. Asingkan dan terus buang untuk mengelakkan kentang tersebut memindahkan bakteria kepada kentang lain yang masih baik keadaannya. Jadi kentang yang tinggal boleh ditingkatkan jangka hayatnya.
Jangan Simpan Dengan Bawang
Kadang-kadang kita simpan kentang sekali dalam bekas bawang bukan? Sebolehnya diasingkan kerana kedua-dua tumbuhan ini bila diletakkan bersama akan menghasilkan sejenis gas yang boleh saling merosakkan antara satu sama lain. Rugi. Jadi simpan kedua-duanya dalam bekas yang berlainan untuk tahan lebih lama.
Jangan Basuh
Kalau kentang yang dah basuh pula, nak elakkan jadi lebam dan tahan lama sebaiknya jangan basuh. Cukup hanya dibuang kulit dan terus sahaja disimpan dalam peti ais. Bila kentang dibasuh, kentang tersebut akan menjadi lembap dan berair, dan ini memudahkan pembiakan bakteria. Akibatnya kentang akan cepat busuk.
Kenapa Kena Pilih Kentang Segar
Kalau makanan apa pun terutama sayur dan buah-buahan, kenalah pilih yang segar. Makanan yang segar ternyata lebih banyak khasiat berbanding yang tak segar. Jadi buat apa makan benda tak segar kan?
Yang anda perlu tahu, di dalam kentang terkandung nilai khasiat yang cukup hebat. Nutrien yang terkandung dalam kentang pula adalah vitamin B6, kalium, kuprum, vitamin C, mangan, fosforus, fiber, vitamin B3 dan asid pantotenik.
Walaupun banyak khasiat tapi kentang tak kurang juga nilai kalorinya. Satu cawan kentang bersamaan nilai kalori 161 dan mempunyai nilai GI dalam kategori tinggi, iaitu sekitar 70-80.Jadi kenalah berpada-pada jika ambil kentang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.