Berbelanja ada hadnya, tidak boleh terlalu boros terutama bagi yang memiliki ahli keluarga yang ramai. Tetapi, dalam utamakan keperluan anak-anak, kena juga berjimat cermat dalam pembelian dan membeli mengikut kemampuan kita.
Perkongsian Fieya Badar di facebooknya miliknya ini mendapat perhatian netizen. Menariknya ibu ini siap kongsi tips supaya ikan dan kesemua barang basah berada dalam keadaan baik dan segar. Boleh tahan sampai 3 minggu.
Jom ikut cara yang diajarkan Fieya seperti di bawah ini. Moga bermanfaat untuk anda.
“Sementara menunggu giliran ni ha. Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap-tiap bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.
Untuk barang basah kami peruntukkan RM150-RM200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.
Eh segar ke ikan tu? Eh tahan lama ke? Eh manis lagi ke bahan tu bila masak? Eh masih sedap ke?
Meh nak ajar ye. Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.
Daging
Ads
1. Kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasar besar baru sekitar RM24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu, balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis, 1 bekas aku hiris cube. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha..sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.
2. Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.
3. Nak masak, keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatal pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih-bersih. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jagung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.
Ikan
1. Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.
Ads
2. Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol, ikan nyok-nyok, ikan pari dan ikan patin, kalau aku beli terus siang dan basuh. Then simpan tanpa bubuh air.
3. Ikan temenung, ikan sardin, ikan sebelah, siang bersihkan dan letak air tenggelamkan ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.
Udang/Sotong
1. Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan.
2. Nak masak sama gak macam aku cakap kat atas tu hokeh.
Ads
Ayam/Itik
Tak payah letak air. Kau basuh bersih-bersih. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.
Sekian. Boleh la korang berjimat seperti kami. Kikikiki. Nanti up belah sayur lak.
* Bagi yang bekerja, malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.
* Kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3 jam lebih kalau sorang basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.
Kami shopping kat pasar BM. Setelah duk Penang la. Dulu kat KL kami pegi pasar malam Kampung Pandan/pasar tani pun belambak yang murah-murah. Kat perak kami pegi pasar Kemunting. Ha ikutlah.
Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki. Tiga minggu makan ni 5-6 orang satu rumah. Bajet 150-200.
Menyediakan hidangan untuk keluarga tentunya memerlukan masa yang agak lama untuk kita berada di dapur. Apatah lagi jika menyediakan menu yang istimewa. Macam-macam ramuan perlu disediakan, semua itu cukup melecehkan.
Pun begitu, sebenarnya ada sahaja resipi mudah dan ringkas boleh dijadikan pilihan untuk dihidang kepada keluarga.
Salah satunya seperti menu yang dikongsikan oleh Saudari Nur Diyana ini, dikatakan menu ini begitu mudah disediakan dan masa memasak juga tidak memerlukan masa yang lama.
Jom cuba resipi ini.
Ibu mertua saya berbangsa Cina dan tinggal di Selangor, jarang kami ada kesempatan untuk pulang ke rumah mertua.
Sekali sekala saya akan cari pelbagai resepi ala ala “chinese style” dan masakkan untuk suami walaupun saya pasti takkan sama dengan air tangan mak mertua saya.
Harini saya masak Ayam Halia Blackpepper dengan minyak bijan, ini antara favourite kami.
Rasanya sangat sedap dan tempoh memasak cuma sekitar 10 minit.
Saya kongsikan cara-caranya :
-Cuci bersih bahagian dada ayam. Ketepikan
-Panaskan minyak, tumiskan hirisan selabu bawang holand, tiga ke empat ulas bawang putih, halia dan cili kering yang dikoyakkan
-Bila dah naik wangi , masukkan ayam
-Bila ayam dah separuh masak, masukkan secawan dua air, didihkan
-Perasakan dengan serbuk lada hitam kasar, serbuk pati ayam (sy tak bubuh garam dah), gula sikit dan kicap pekat untuk warna (optional).
-Bila semua rasa dah balance, titiskan minyak bijan ikut rasa yang digemari
-Masukkan hirisan sayur yang bersesuaian, saya gunakan lada benggala dan tomato
-Pekatkan kuah dengan sesudu tepung jagung yang telah dibancuh, taburkan hirisan daun bawang (saya tak ada jadi guna daun sup sahaja).
Siap ! Boleh dimakan dengan nasi panas
PS : Untuk pilihan masakan yang lebih sihat, resepi ini boleh dimasak menggunakan kaedah kukus/steam. Rasanya sama walaupun tidak menggunakan minyak untuk menumis.
Pengacara, Maria Tunku Sabri memaklumkan dirinya kini sedang menerima rawatan di P Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.
Terdahulu, pengacara popular, Maria Tunku Sabri kuarantin di rumah. Namun, terpaksa dikejarkan ke PKRC setelah bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19.
Terbaru menerusi facebook miliknya beliau mengakui tidak berkongsi sebarang kisah mengenainya sejak di bawa ke Maeps akibat kesihatannya.
Menerusi videonya yang terbaru beliau, memberitahu dirinya memerlukan rehat yang secukupnya.
Sebelum mengakhiri rakaman video, Maria dilihat mengalirkan air mata mengenai kesihatannya.
Dia turut meminta pengikutnya dalam Instagram supaya mendoakan kesejahteraan dirinya agar sembuh daripada Covid-19.
Assalamualaikum Keluarga dan Sahabat yang saya kasihi
Maafkan saya tiada posting khabar berita dari saya didalam MAEPS sebab saya nak rehat dan pulihkan sakit yang kita tak nampak sebab dalamam luaran badan nampak susut apa nak buat sakitkan.
Kuman dalam darah semakin mengganas
Bacaan oxygen dan darah tinggi normal cumanya kuman dalam darah semakin mengganas.
Saya Maria Tunku Sabri mohon maaf jika saya ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja halalkan makan minum saya selama ini ya baiklah saya berehat ya sejujurnya saya dah letih dan penat.
Semoga Maria Tunku Sabri terus diberikan kesihatan dan kesembuhan sedia kala.
Melihat limpahan cecair keju atas makanan membuatkan penggemar keju terliur dan tak sabar untuk menikmatinya. Tidak hairanlah sekarang ini banyak tempat makan yang viral dek resipi yang menggunakan cecair keju di atasnya.
Gambar sekadar hiasan
Namun, tahukah anda kesan pengambilan cecair keju ini pada tubuh seseorang?
Page Public Health Malaysia baru-baru ini memuat naik satu perkongsian mengenai kesan dari pengambilan cecair keju ini terhadap tubuh seseorang.
Gambar sekadar hiasan
Kegilaan rakyat Malaysia kepada cecair keju ini bermula dari menu KFC cheesy wedges yang telah di perkenal sekian lama.
Setelah ramuan cecair keju ini ditemui, ia bagaikan satu bahan tambahan wajib untuk pengusaha makanan meningkatkan “value” produk makanan mereka.
Sebagai contoh, Roti nan sepatutnya merupakan antara makanan yang sihat..
Gambar sekadar hiasan.
Oleh kerana mengikut trend semasa, segala makanan akan di siram dengan cecair keju yang tinggi lemak, garam dan gula ini! Persoalannya adakah cecair keju ini benar benar mengandungi keju?
Senarai kandungan bahan bahan yang di gunakan untuk menghasilkan cecair keju ini terbukti ia sebenarnya merupakan bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa, garam, gula dan MALTODEXTRIN.
Mungkin anda telah tahu apa kesan makanan tinggi gula dan garam kepada kesihatan. Kami kongsikan sedikit info mengenai maltodextrin ini.
Bahan tambahan yang banyak di gunakan ini merupakan bahan makanan proses yang berfungsi sebagai “pemekat” dan menambah jumlah makanan proses.
Apa yang membimbangkan, bahan ini mengandungi glycemic index yang cukup tinggi. Maknanya, selepas anda makan bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.
Gambar sekadar hiasan
Makanan seperti ini ternyata TIDAK sesuai untuk pesakit kencing manis. Bagi individu yang sihat, pengambilan makanan ini meningkatkan risiko kencing manis di masa hadapan.
Lihatlah anak anak kita yang begitu menggemar cecair keju ini, badannya gemuk dan obese. Anak anak obese ini tidak cergas, cepat lesu dan tidak aktif. Perkembangan minda mereka juga turut terganggangu.
Gambar sekadar hiasan
Ibu bapa dan pengusahan produk makanan sekalian,
Elakkan mengguna produk cecair keju ini secara keterlaluan. Lihatlah gambar gambar menu keju banjir ini.
Adakah anda merasakan ia satu menu yang sihat untuk dimakan?
Pilihan di tangan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.