
Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Tukang Rumah Ini Kongsi Caranya
Selepas rumah siap dibina atau proses renovasi dilakukan, masalah yang sering dihadapi ialah kesan simen yang melekat pada lantai dan juga jubin. Keadaan ini tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa apatahlagi lantai akan sentiasa rasa kesat bila dipijak.
Sudah berbagai-bagai cara dipraktikkan untuk menghilangkan kesan-kesan simen yang melekat pada lantai namun kesan simen itu tidak juga hilang.
Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan kesan sisa simen tersebut. Berikut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Zulacu (Abang Zul). Semoga bermanfaat.
Ini kesan simen yang melekat pada lantai.
Untuk menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada lantai, anda boleh menggunakan cecair ‘Mosaic Cleaner.’ Cecair ini boleh dibeli di kedai-kedai ‘hardware.’
Semburkan air pada pintu bagi mengelakkan wap daripada cecair ‘mosaic cleaner’ mengubah warna pintu tandas.
Bersihkan lantai yang terkena kesan simen dengan cara mencelupkan mop dengan cecair mosaic cleaner. Mopkan ke semua bahagian lantai yang terlibat.
Inilah hasilnya. Bagaimanapun kesan-kesan cat yang melekat pada lantai/jubin tidak boleh dihilangkan dengan cecair ini. Kesan sisa cat hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan cecair pelarut (thinner) yang juga boleh dibeli di kedai-kedai harware.
Berikut video penuh seperti yang dikongsikan TikTok Zulacu (Abang Zul)
Kredit: TikTok Zulacu (Abang Zul)
Artikel ini diolah dari artikel asal IMPIANA
Kematian Itu Pasti, Mungkin Ini Hari Terakhir Isteri Gosok Baju Suami. Deep Perkongsian Wanita Ni!

Satu perkongsian diulang siar oleh puan Ashikin Hashim menerusi laman facebooknya cukup menyentuh hati. Perkongsian itu dimuat naik satu ketika dahulu selepas terkesan dengan berita kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan jalan raya.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Menurut Puan Ashikin, hebatnya ayat Allah ini yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Sebaliknya ia adalah tanda peringatan oleh Allah SWT terhadap kita yang masih hidup ini.
KEMATIAN ITU PASTI: BAJU SUAMI YANG TERAKHIR AKU GOSOK
—————————————————————————————————
Edisi Repost
Mak-mak…
Allah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 156
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Inilah ucapan istirja yang paling banyak saya dengar dan baca hari ini kerana perginya menghadap Allah, 2 orang insan yang dipanggil ibu dan ayah oleh anaknya yang bernama Hana Safiyyah iaitu pelajar Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam.
Peristiwa ini berlaku seolah-oleh ulangan kejadian yang menimpa sahabat kepada anakanda saya iaitu Daris yang juga kehilangan ibu dan ayah (termasuk adik bongsunya) di dalam satu kemalangan jalan raya sama seperti ibu ayah Hana Safiyyah.
Ucapan ini diucapkan apabila kita mendengar khabar dukacita (bukan hanya tentang kematian).
Hebatnya ayat Allah ini. Ayat yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Kita yang hidup ini yang sebenarnya diperingatkan oleh Allah SWT 😭
Mak-mak…
Ucapan ini adalah ucapan untuk kita juga sebenarnya.
Kita kepunyaan Allah.
Suami kepunyaan Allah.
Anak-anak kepunyaan Allah.
Ibu ayah kepunyaan Allah.
Tiada pun milik kita. Allahu akbar 😭
Tiada yang milik kita. Allahu akbar 😭
Semua yang kita ada hatta suami yang paling kita cinta dan damba setiap waktu pun kita tak mampu nak pegang hati dia. Walau kita tembok dia sekukuh tembok besar China sekalipun takkan dapat kita menahan dan memegang hatinya.
Semua yang kita ada hatta anak-anak yang kita sayang dan jaga bagai menatang minyak yang penuh. Tak bagi walau seekor nyamuk gigit anak kita pun tak mampu kita ikat dan paksa dia dengar cakap kita.
Hati mereka Allah yang pegang.
Kita hanya mampu merayu, sembah sujud dan mohon kepada Allah untuk minta kepada Allah.
Maka apa yang kita bangga sekarang: suami romantik, anak bijak, rumah besar, kereta mewah, pekerjaan hebat.. Itu semua ihsan Allah. Itu semua hibah dari Allah.
Satu hari nanti kita bakal menghuni barzakh. Lebih lama dari kita huni dunia mungkin.
Allahu akbar 😭
Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa kita.
Tapi kita selalu alpa.
Kita leka dengan dunia.
Bangun tidur ingat dunia.
Solat kita susahnya nak khusyuk
Doa tak sungguh-sungguh.
Kita tak jadikan akhirat dan jumpa Allah itu matlamat kita
Ini semua saya 😭 Saya cakap pada diri saya sendiri.
Mak-mak…
Ramai yang risau kalau aku mati siapa nak jaga anak-anak aku.
Kalau aku dengan suami aku mati serentak macamana rumah, kereta, duit, anak-anak.
Kalau aku yang pergi dulu, suami aku kahwin lagi ke.
Allahu akbar… Itulah fikiran kita. Betul tak mak-mak.
Saya pujuk diri.
Janganlah risau… Allah ada.
Allah sebaik-baik PERENCANA.
Allah sebaik-baik PERANCANG.
Dari kita mati sampai ke siapa yang menjaga apa yang kita tinggalkan semua Allah dah susun atur cantik.
Jom lah mak kita teruskan hidup ini.
Semoga Allah bagi senafas lagi buat kita untuk terus berbakti kepada keluarga.
Mungkin hari ini hari terakhir kita gosok baju suami kita.
Selamat malam.
Sumber: Ashikin Hashim
Tak Sangka Pengorbanan Di Balas Dengan Tohmahan, Anggota Bomba Beri Penjelasan, Luah Rasa Sedih.

Siapa sangka, hujan yang tidak berhenti turun pada Jumaat dan Sabtu minggu lalu telah menyebabkan kejadian banjir di kawasan Lembah Klang. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta benda musnah. Lebih menyedihkan lagi ada yang terkorban.
Namun siapa kita untuk tidak menidakan bencana alam ini. Lebih mengejutkan bencana banjir kali ini telah ‘menyerang’ negeri Selangor. Bahkan sekelip mata air naik mendadak sehingga beberapa kawasan dinaiki air dengan cepat.
Dalam kekalutan itu, pastinya pasukan penyelamat seperti bomba, tentera, polis dan pertahanan awam dalam bertungkus lumus membantu mangsa di lokasi banjir.
Bagaimanapun, di sosial media ada yang tohaman yang tidak sedap didengar mengenai pasukan penyelamat ini yang dikatakan lambat tiba di lokasi banjir.
Rentetan daripada itu, seorang anggota bomba,Mohamad Akmal Mohamad Khairi meluahkan situasi sebenar yang orang ramai agar tidak wujud salah faham sebagaimana yang diperkatakan di media sosial.
Bila berlakunya bencana, panggilan kecemasan yang masuk kebiasaannya akan bertalu-talu dan tanpa henti.

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Keadaannya Tak Seperti Dulu…” Pun Begitu, Ayah Ni Ucap Syukur & Tarik Perhatian Warganet Untuk Turut Sama Berdoa!

Apabila anak jatuh sakit hatta demam ringan sekali pun, kita sebagai ibu dan ayahlah orang yang paling bimbang. Pasti segera akan dirawat agar anak-anak kembali sembuh seperti sedia kala. Ini apatah pula bila berdepan dengan situasi anak alami kemalangan serius.
Benar, cukup hebat dugaan ini dan pastinya tidak tergambar betapa besarnya ujian yang ditanggung oleh keluarga Mohd Bukhari Zainal Anuar apabila berdepan dengan situasi cemas saat anak mereka dihempap peti sejuk. Dan kisahnya mendapat simpati daripada seluruh warganet. Segunung harapan, usaha dan doa dititipkan, agar keluarga dan anak kecil itu terus tabah.
Melihat posting terkini daripada ayahnya, sedikit sebanyak melegakan hati ramai pihak yang mengikuti perkembangan adik Fawwaz.
Syukur Alhamdulillah..Setelah hampir 3 minggu Muhammad Fawwaz Adli mendapat rawatan di Hospital, harini Fawwaz dah bule discaj..Terima Kasih Kepada ahli keluarga,sahabat-sahabat,jiran tertangga serta seluruh rakyat malaysia yg tak putus-putus berdoa dan memberi sumbangan kepada anak kami..Semoga Allah merahmati hidup kalian smua..Aminn.
Terdahulu kami ada berkongsi kisah tentang adik Muhammad Fawwaz Adli yang parah dihempap peti sejuk di rumah keluarganya yang terletak di Taman Cempaka, Nilai.
Perkembangan terbaharu adik Fawwaz yang dimuat naik di dalam perkongsian fb milik ayahnya, Mohd Bukhari Zainal Annuar. Ada dimaklumkan bahawa anaknya telah dibenarkan keluar wad setelah tiga minggu di rawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Menurutnya, biarpun Muhammad Fawwaz dibenarkan keluar wad, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur. Ini adalah kesan kecederaan dialami di bahagian kepala dan keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.
“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro.
Mohd Bukhari berkata, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.
“Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu,” katanya yang reda dan tabah menghadapi ujian berkenaan.
sumber : fb Mohd Bukhari Zainal Anuar & Harian Metro