
Bagi yang mempunyai anak kecil, mungkin kesabaran sedikit teruji terutama sekali bila anak-anak menjadikan dinding sebagai ‘kanvas’ seni mereka. Jangan marah-marah dulu ye wahai ibu bapa. Itu adalah satu cara si kecil anda merangsang kreativiti mereka.
Jom admin kongsikan cara mudah untuk ibu-ibu nak hilangkan bekas-bekas contengan di dinding dengan bahan yang simple je.
Dah tak payah nak cat semula rumah Jom cuba tip yang dikongsikan olen nawal huda bagaimana cara untuk bersihkan contengan pada dinding rumah.
Tip ini dikongsikan oleh Nawal Huda menerusi laman twitternya.
Cara hilangkan contengan2 di dinding ✨
Ambil cream cif, letak kat sponge hijau tu, tonyoh dinding.
Then dah habis tonyoh, bilas sponge dengan air bersih and lap bersih.
Tadaaaaa you have a clean wall! pic.twitter.com/G9ZuVJHevt
— Nawal jual Cuckoo 🌿👑 (@nawalhudaa) May 20, 2020
Credit: sharifah hanim syed aslom on Fb 😊
— Nawal jual Cuckoo 🌿👑 (@nawalhudaa) May 20, 2020
Anda hanya memerlukan span, Cream Cif dan air sahaja untuk membersihkannya.
Apa yang perlu anda lakukan adalah, tonyoh dinding menggunakan span dengan Cream Cif sehingga kesan ‘lukisan’ tanggal.
Kemudian, lap sisa dakwat dan kotoran menggunakan air sehingga bersih.
Sumber: nawalhudaa
Hidup Kena Biasa-Biasa Aje. Barulah Tak Banyak Hutang. Lelaki Ini Kongsi Tanda Alami Masalah Kewangan

Menguruskan kewangan keluarga kena perancangan teliti agar perbelanjaan mengikut kemampuan. Jika salah perancangan boleh menyebabkan kita hidup berhutang hingga ke usia tua. Perkongsian Hafizul Hakimi ini amat bermanfaat untuk perancangan kewangan bagi masa depan.
Tanda Alami Masalah Kewangan
Kad Kredit
– Korang jenis bayar baki minimum sahaja setiap bulan.
– Baki tertunggak meningkat setiap bulan.
– Dah guna kad sampai had maksimum.
– Kerap ‘withdraw’ wang tunai guna kad kredit.
– Selalu lewat membuat bayaran bulanan.
– Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank. Haa jaga surat dari pihak guaman datang.
Pinjaman
– Kerap guna overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa.
– Terima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang.
– Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit CTOS/CCRIS tidak cantik. Kerap sangat bayar lebih dari tempoh sepatutnya.
– Sering pinjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang. Gali lubang, tutup lubang.
– Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang.
Perbelanjaan
– Hidup bergantung semata-mata pada pendapatan bulanan.
– Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.
– Kerap kali bertengkar dengan suami atau isteri mengenai wang.
– Selalu beli benda yang tak diperlukan.
Simpanan
– Sering ‘terguna’ wang simpanan pada kadar yang membimbangkan.
– Tidak punya langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan.
– Kerap bocor sehingga sendiri tak tahu mana perginya wang simpanan. Hilang tanpa jejak.
Kawan-kawan,
Ekonomi sekarang dalam tahap membimbangkan. Sekarang kalau tak dipulihkan segera, takut-takut kita di dalam masalah yang besar.
Cara untuk keluarkan diri dari masalah di atas:
1. Tulis jadual perbelanjaan. DI sebelah kiri pendapatan dan kanan perbelanjaan.
2. Di sebelah kanan, cuma contoh sahaja. Disitu dapat ‘trim’ mana perbelanjaan sepatutnya dapat dihentikan.
3. Belajar teknik snowball untuk bayar hutang dari terkecil hingga terbesar.
4. Cari pendapatan kedua untuk pulihkan segera keadaan kewangan semasa.
5. Rendahkan gaya hidup dari luar kemampuan kepada biasa-biasa.
Semoga berjaya!
Hafizul Hakim
Silakan share tanpa perlu minta izin.
Ini Rahsia Yang Isteri Kena Tahu Bila Berdepan Dengan Suami Yang Tinggi Egonya

Rumahtangga yang bahagia adalah kunci sebuah kebahagiaan. Sikap tolak ansur amat penting, namun ego seorang suami ada kala sering menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.
Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.
Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.
Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.
Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:
1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.
2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!
3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.
4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!
5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.
6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.
Sumber:semuanyajdt.com
Stok Cili Kisar Lagi Cantik Bentuk & Warnanya Malah Tahan Lama Bila Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Step Nak Hasilkannya!

Sambal yang sedap bukan sahaja terletak pada resipi dan cara memasaknya sahaja bahkan proses penyediaan sambal juga memberi kesan pada tekstur serta warna sambal itu dapat dihasilkan. Malah jika betul cara pembuatannya, sambal tersebut dboleh bertahan dalam tempoh masa yang lama tanpa rasa masam atau berkulat.
Umpamanya, lihat sahaja sambal udang yang dimasak oleh Puan Aisha Shukor Mohd Fairuz ini dengan menggunakan stok sambal yang disediakan sendiri olehnya. Apa yang pasti, warna sambalnya cukup menyelerakan!
“Ok jom Cik Ecah share cara buat “STOK CILI BLEND SERBAGUNA TAHAN LAMA” Ni tangkal wajib ada dlm fridge..Nak buat asam pedas,kari,sambal tumis,sambal bali dan segala mak nenek masakan pun boleh..dok dapur xyah lama2 asalkan hari2 blk keje smp rumah kol7,kol7.30 dh blh mkn,kol8 dh settle hall ehwal perut ahahhahah”
Langkah demi langkah
Step 1 : Ambil Cili kering yang berharga sepeket RM5 dicuci bersih,selawat dan rendam dengan air panas dalam 10minit.
kalau rebus,kita akan dapat cili kisar yang berketul, tapi tahan lama juga. Jika direndam, cili tak tepu dan cantik sahajasama macam baru lepas kisar.
Step 2 : Gunting dan ramas bagi biji-bijinya keluar mana yang boleh. Kemudian masukkan ke dalam pengisar. Tuang minyak masak dalam setengah cawan.
Step 3 : Masuk air panas dalam setengah bekas.
Step 4 : Mula kisar hingga halus.
Haaa ni cik ecah guna heavy duty blender Butterfly..kalau guna blender yg kecil sikif, jangan isi penuh-penuh ok..buat separuh-separuh dulu.
Step 6 : Siap-siapkan bawang besar sebanyak 5 biji dan dibelah kecil. Bawang putih kalau besar dalam 6 ulas, kalau kecil agak-agaklahla ye dan belacan sebesar ibu jari.
Step 7 : Kisar on n off..jangan tambah air lagi sebab kalau terlalu halus dan banyak air tu yang masa menumis tu mengalahkan org berperang..merecik habis satu dapor hihi..haaa cantik tak?
Step 8 : Ok sediakan tupperware,tipuware atau bekas-bekas kecil..bilas dengan air panas dan toskan kering..tuang stok kita
Step 9 : Amil sesudu garam dan tabur dipermukaan stok
Step 10 : Letak asam keping dua tiga keping tak perlu cuci..tujuan garam dan asam ni untuk pastikan stok kita tak mudah rosak atau cepat masam.
Step 11 : Sejukkan dalam 5minit. Boleh la tutup dan masuk fridge..bahagian atas ni stok boleh tahan 2 minggu..dan klau di frozen kan kat tempat beku boleh tahan lebih sebulan..Selamat mencuba
sumber : Main Masak2 Aisha Shukor