Tip Hilangkan Kesan Calar Pada Kereta, Kos Hanya RM2.10 Jer. Cuba Cara Ni Sebelum Pergi Bengkel

Share

Geramnya apabila lihat kereta kesayangan ada kesan calar-calar. Lebih bengang bukan sendiri bikin. Tak berbaloi jika dibawa ke bengkel untuk hilangkan kesan tersebut, tapi kalau dibiar sakit pula mata kita memandangkan.

Jom admin kongsikan tip mudah untuk hilangkan bekas atau kesan calar-calar pada kereta dengan menggunakan bahan yang kosnya hanya RM2.10. Nama benda tersebut Magic Sponge yang boleh dibeli di kedai Eco. Nak tahu caranya jom baca perkongsian dari Afifah Salleh.

Katanya selain membantu menghilangkan kesan calar pada kenderaan, magic sponge ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan degil lain.


Sumpah berbaloi gila guna Magic Sponge yang bermodalkan RM2.10 je. Kesan calar ni dah lamaa sental siap hantar polish kereta lagi tapi still tak boleh hilang. Guna sponge ni letak air sikit, gosok2 terus hilangggggggggg calarnyaaaaa 😱

😱😱. Perghhh nak meloncat happy tau.

Sebelum
Selepas

Magic Sponge ni ad 4 ketul. Beli kat Eco je weyh 😂. Bukan calar je boleh hilang, kotoran degil yang lain pon boleh hilang juga. Tak percaya? Cuba dulu yaa 😆

Sebelum
Selepas

P/S: Menurut Afifah, sponge ini digunakan pada kenderaannya berwarna putih. Bagi yang warna lain kena cuba dahulu di tempat lain, bimbang terkeluar warna pula kan.