Tip elak rumput tumbuh celah batu bata, lantai simen atau paver block di laman rumah. Laman rumah yang kemas dan teratur adalah impian setiap pemilik rumah. Namun, salah satu cabaran utama yang sering dihadapi ialah rumput liar yang tumbuh tanpa kawalan.

Tip Elak Rumput Tumbuh Celah Batu Bata

Keadaan ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi juga boleh menjadi tempat pembiakan serangga seperti nyamuk. Untuk mengatasi masalah ini, terdapat beberapa kaedah yang popular, seperti menyimen lantai, meletakkan bata, atau memasang paver block.

Bagaimana pun selepas lantai disimen, diletak batu bata atau dipasang paver block tetap timbul masalah yang sama. Rumput tumbuh dicelah batu bata dan simen. 

Tip Elak Rumput Tumbuh Celah Batu Bata, Lantai Simen Atau Paver Block Di Laman Rumah

Bagi mengelakkan masalah ini terjadi ada beberapa cara yang dikongsi sendiri oleh netizen dalam satu hantaran di laman Tukang Apa Hari Ini. Perkongsian ini dibuat selepas seorang ahli bertanya cara untuk menangani masalah ini.

Lantai Simen Atau Paver Block Di Laman Rumah

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah yang dikongsi buat yang berdepan masalah sama.

1. Alas dengan plastik – buka semula paver block kemudian alas dengan plastik khas untuk elak rumput tumbuh. Selepas itu baru pasang semula paver block.

2. Buat bancuhan air + garam kasar + cuka + sabun basuh pinggan. Tiada nisbah tepat. Jika nak hasil lebih cepat letak cuka lebih dari air. Sembur hari ini, esok rumput akan kering dan senang cabut. Pastikan cabut rumput selepas disembur. Selepas cabut sembur seminggu sekali. Insya-Allah rumput tak tumbuh. Selamat untuk haiwan kerana tak beracun dan batu pun kurang berlumut.

3. Siram air simen – racun dulu rumput, selepas rumput mati cabut dan bersihkan. Selepas bersih, siram air simen di celah-celah batu.

Ads

4. Tuang minyak terpakai – guna minyak hitam kereta terpakai, tuang celah-celah bata. Minyak masak terpakai pun boleh juga digunakan.

5. Tabur garam kasar – beli garam kasar kemudian tabur pada celah batu bata atau simen. Buat pada hari yang panas. Rumput akan kering dan boleh cabut. Kemudian ulang lagi tabur garam untuk elak rumput baru tumbuh.

Sumber: Tukang Apa Hari Ini

Baca artikel lain juga: Guna Sarang Telur, Sekali Buat Bertahun Tak Perlu Lagi Merumput Di Laman Rumah. Begini Tekniknya!

Ads

Ini Cara Elak Rumput Tumbuh Dengan Cepat, Guna Dua Bahan Ni Aje!

Guna Kotak & Kertas Terpakai Bantu Hapuskan Rumput & Lalang Di Kebun. Lelaki Ni Kongsi Caranya, Jimat Duit, Tenaga & Masa!

 

Ads

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI