Tip elak ketupat nasi cepat berair dan basi, barulah tak risau bila masak banyak. Ketupat nasi menjadi menu istimewa yang dinanti-nantikan untuk dinikmati di pagi raya. Ketupat nasi biasanya dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk-pauk seperti rendang, serunding, dan kuah kacang.
Selalunya ketupat nasi dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu tetamu. Ketupat boleh tahan lama tetapi kalau tidak kena caranya ia akan cepat rosak dan berlakulah pembaziran.
Mari kita cuba cara yang betul untuk dapat ketupat tahan lama dan tidak cepat basi.
1. PILIH BERAS TERBAIK
Untuk mendapat ketupat yang sedap dan tahan lama, pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik (bukan beras lama dan hapak). Beras harus dicuci bersih supaya dapat hasil ketupat yang bertekstur lembut. Selepas dicuci bersih rendamkan beras selama 30 minit.
2. DAUN KELAPA YANG MUDA & SEGAR
Pilih daun ketupat yang masih segar dan bersih. Ia mesti dianyam kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar dan comot. Jika ketupat yang dianyam tidak rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria yang menyebabkan ia cepat basi.
3. KANDUNGAN BERAS
Isi ketupat dengan beras yang sudah dicuci bersih. Untuk mendapat ketupat yang lembut, isi beras dengan kadar 1/3 atau 2/3. Jika beras diisi terlalu banyak, ketupat akan keras dan tidak masak. Begitu juga sebaliknya beras yang sedikit akan membuat ketupat lembik dan mudah basi.
4. REBUS 4-5 JAM
Sebenarnya masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat harus masak sempurna untuk mengurangkan risiko untuk basi. Jika ketupat masak sempurna, ketupat tidak akan lembik dan berair. Ketika merebus, harus pastikan seluruh ketupat terendam dalam air.
5. TOS DAN GANTUNG
Selesai direbus celupkan ketupat dengan air mendidih yang lain dan siram ketupat dengan air biasa yang sudah dimasak. Kemudia ketuapat di tos supaya air rebusan yang berlebihan akan keluar. Selepas itu ketupat akan digantung di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Ia di gantung untuk mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.
6. SIMPAN SEJUK BEKU
Jika ada ketupat lebih boleh simpan di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat harus dibungkus kemas di dalam plastik, ini mengelakkan daun ketupat tidak kering. Jika hendak dimakan bolehlah dikeluarkan tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Selain ketupat, lemang dan ketupat palas juga boleh dibekukan.
Sekarang tidak perlu lagi risau ketupat akan basi terutama bila masak dalam jumlah yang banyak. Pembaziran pun boleh dikurangkan.
Sumber: RASA
Baca artikel lain juga: Resepi Baru Untuk Menu Raya, Jom Cuba Ketupat Sotong Ala Kelantan
Begini Caranya Anyam Ketupat Sate. Barulah Semangat Nak Sambut Raya
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my