Keibubapaan

Tip Didik Anak, Jangan Terpaling Mak-Mak. Biar Betul Caranya!

Share

Mak mana yang mahu melihat anaknya terabai akhlaknya tanpa panduan dan didikan yang baik. Namun ketika menjadi ibu yang terbaik, jangan pula kita ‘terlampau’ menjadi ibu sehinggakan mendisiplinkan anak pada perkara tidak perlu.

Menurut perkongsian Pn Maryam Jamadi, seorang ibu perlu mempunyai cara dan peraturannya sendiri dengan cara yang betul. Jangan salah langkah. Ikuti perkongsiannya.


Terpaling mak.

Anak nak makan jajan? Ok!
Anak nak tengok gadget 24 jam? Ok!
Anak nak makan “fast food” sentiasa? Ok!
Anak nak “stay up” sampai lewat makam? Ok!
Anak nak pakai baju tak senonoh? Ok!
Anak tak mahu mandi seharian? Ok!
Anak mencarut? Ok!

Kalau semuanya kita ok-kan, bukan anak kecil sahaja seronok. Orang dewasa pun seronok. Dunia tanpa sempadan, tiada peraturan. Tapi adakah itu tanda kita sayang anak?

Adakah anak gembira sebab di-ok-kan apa sahaja, tanda kita terpaling mak? Hmm, kalau nak terpaling mak bukan dengan cara meng-ok-kan semua benda pada anak. ❌️

Tapi level mak yang terpaling mak:

1. Belajar tentang perkembangan anak sejak dari mengandung lagi. ✅️

2. Sentiasa “keep up to date” dengan perkembangan anak selari atau tidak. ✅️

3. Fikirkan kesihatan jangka masa panjang. ✅️

4. Tegur anak bila anak buat silap. ✅️

5. Disiplin anak untuk membesar jadi manusia yang berguna. ✅️

6. Ajar anak skil yang berguna untuk masa depan anak. ✅️

Ini barulah terpaling mak. Saya sebenarnya dah jumpa banyak kes yang ibu nak disiplinkan anak tapi dapat tentangan dari suami & keluarga. (Ada juga yang terbalik).

Bila si ibu tegur atau garang sikit dengan anak dengan tujuan mendidik, habislah ramai penyelamat dunia. Sudahnya anak ada masalah tingkahlaku.

Umur 3 tahun dah berani nak sepak nenek.
Umur 5 tahun dah berani mencarut.
Di sekolah buli kawan-kawan sampai hampir dibuang sekolah.

 

Inilah kesannya kalau dunia tanpa sempadan, akhirnya duduklah dunia khayalan sorang-sorang. Kebanyakan kes bila dah masuk sekolah rendah, agak sukar kami terapis nak “reverse” masalah. Kasihan pada anak jadi mangsa.

Bila anak jadi macam ini, disalahkan lagi si ibu “tak pandai jaga anak”. Saya memang “kennot brain”. 🤦‍♀️

Anak dah bermasalah, campak balik pada ibu. Ada kes yang sampai si ibu datang jumpa terapis senyap-senyap sebab dah buntu cara. Sampai macam itu sekali.

Percayalah naluri ibu, kalau kita tahu dan yakin apa yang kita buat itu betul dan dijalan yang benar kita kena perjuangkan. Lagi kalau anak dah menunjukkan kelewatan perkembangan atau masalah tingkahlaku. Waktu terbaik adalah sebelum 7 tahun.

Lantaklah orang kata kita terpaling mak, yang penting apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan anak. Setuju?