Jangan tak tahu, bahan di dalam rumah juga banyak kegunaannya. Kalau ibu-ibu pandai dan kreatif segalanya pasti jadi. Salah satu bahannya adalah beras pulut yang sememangnya diakui bukan sahaja bermanfaat untuk masakan, malah juga untuk kecantikan.
Jom cuba petua Skrub Beras Pulut dari Ika Mat Bakhir ini untuk menghilangkan bekas jerawat, jeragat, serta mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.
PUTIH DALAM SEJAM!!!! tiada wang jaminan dikembalikan sebab tak guna wang pon..hahaha..today akak nak share petua gojes puteh dan hilangkan parut kat kulit ni haaa..al maklum lah yek sejak2 bawakan budak ni segalanya menjadi kurang berseri dek budak duk seduttt semuaaa seri mak..haaaaa..
so dah puas cuba produk macam2 hok telan hok sapu hok oles hok tepek hok gonyoh hok tenyeh tapi kesan kena tunggu kadang berminggu..nak makan suplemen sejak ngandung ni malaihhh pon ada..ni petua akak nak share..masyalahh sejam jee dh cerah skit kulit,x kusam dan paling penting kulit makin lembut kalah chezeee kek uols! Ni haaa step dan buktinye okayy..selamat mncuba.
Bahan-bahan:
Beras pulut
Garam sesudu
Gula sesudu
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan tadi dalam kuali dan goreng tanpa minyak dalam agak-agak 5 minit biar gula garam sebati dengan beras. Apabila beras kuning2 sikit terus masuk dalam pengisar, campur air panas sikit. Jangan banyak kang cair tak best sangat nak tepek dan skrub kat kulit. Guna air panas sebab nak bagi jadi macam paste ala2 paste tomyam lembik2 gitu.
2. Inilah hasil nya
3
3.Mula-mula ambil secolet kemudian skrub satu muka. Tunggu biar sejuk sikit paste tadi baru sapu/skrub/buat mask kat muka tau.
Tip:
- Ambil lagi paste and tempek kat muka macam mask..sapu rata-rata kat satu muka macam mask.
- Biarkan sehingga kering betul-kering sampai sejam tau. Jangan terus cuci. Dah kering skrub perlahan-lahan n peel off semua yang kering-kering kat muka tu.
- Dah peel off dan skrub semua paste yang kering tu barulah basuh sisa-sisa tertinggal guna air yang bersih dan lap hingga kering.
- Kalau muka anda berjerawat bermasalah akan rasa sedikit pedih-pedih manja je tak sakit pun macam akak kulit kering sikit so rasa gak la pedih manja tapi tak membahayakan.
Cuba juga kat tangan dan celahan lain, semua aku bahan skrub dan tepek sebab aku memang gila nak cantik.
Sejam je..lepas puas2 skrub puas2 sental dan mask tepek kat tangan,tengok lahhhh uolssssss..nampak tak urat2 tuuu?? Haaaaaaa..sumpah tak tipuu..akak pon macam omaigosghhhhh hmmmmmm sangat takjubbbb..so korang boleh laaaa try yekk..
Tak cuba tak rugi pon selamat barang dapur umah anda..hahahaha..dari duk telan2 pil nak putih bagai cuba laaa jugak elemen semula jadi a.k.a elemen masakan niii. kalau tertelan pon konpom tak termeninggal okayyyy..nak puteh nak lagi puteh kau tamak nak puteh gila buat lah hari2 sampai dpt hasil yang diingini.jangan malasssssss..selamat mencubaaaa.
Sumber: FB Ika Mat Bakhir