Jika ada kunyit berlebihan, bolehlah buat stok kunyit kisar. Daripada terbiar begitu sahaja, lama-lama kunyit akan menjadi buruk dan busuk. Lebih baik jika dikisar dan disimpan di dalam peti sejuk. Bila hendak guna boleh terus cedok sahaja.
Tip Buat Stok Kunyit Kisar Supaya Tahan Lama
Mudah sahaja hendak membuat stok kunyit kisar. Cara yang dikongsi oleh Linda Mokhtar lebih ringkas dan praktikal.
Warna Cantik, Bau Wangi, Ceduk Saja Bila Nak Masak
Bagi memastikan kunyit ini tahan lama ia cuma perlu dikisar halus. Kunyit kisar boleh tahan lebih daripada tiga bulan.
Ia boleh digunakan dalam pelbagai masakan yang menggunakan kunyit. Warna kunyit lebih cantik dan kalau digunakan untuk menggoreng ayam, ikan dan sebagai ia lebih wangi dan sedap.
Tapi untuk kisar kunyit ini ada caranya, boleh ikut cara yang dikongsi oleh beliau.
1. Basuh kunyit hidup dan kikis kulitnya. Kemudian potong kecil-kecil.
2. Masukkan dalam pengisar dan tuang sedikit air dan kisar hingga lumat.
3. Masukkan kunyit kisar dalam balang dan letak sekali beberapa keping asam keping bersama sedikit garam di dalamnya. Bahan inilah yang akan memastikan kunyit kisar tahan lama.
4. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk ruang biasa, bukan bahagian frozen ya. Kunyit ini boleh bertahan lebih 3 bulan dalam peti sejuk.
5. Bila nak guna untuk masakan cuma ceduk saja. Walau pun dah dikisar warna dan baunya kekal asli. Kalau guna untuk masakan goreng memang lebih sedap dan wangi.
Sumber: Linda Mokhtar