Makan

Tip Buat Kerisik Supaya Tahan Lama, Bahan ‘Rahsia’ Kena Letak Waktu Kisar

Share

Tip buat kerisik supaya tahan lama, bahan ‘rahsia’ kena letak waktu kisar. Kerisik adalah antara bahan penting dalam masakan tradisional Melayu, terutama dalam hidangan berasaskan santan dan rempah. Ia diperbuat daripada kelapa parut yang disangai sehingga keperangan dan kemudian ditumbuk halus sehingga menghasilkan tekstur berminyak.

Tip Buat Kerisik Supaya Tahan Lama, Bahan ‘Rahsia’ Kena Letak Waktu Kisar

Kerisik bukan sahaja menambah aroma yang harum, tetapi juga memperkayakan rasa makanan dengan unsur lemak semula jadi daripada kelapa. Kerisik memang boleh saja dibeli tapi ada juga terkena kerisik berbau tengik, memang spoil rendang dibuatnya.

Supaya puas hati dan menyenangkan kerja memasak di hari raya nanti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh supaya kerja menyediakan kerisik lebih mudah dan tahan lama.

1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur dahulu kelapa parut.

2. Bila kelapa dah garing, sejukkan sekejap.

3. Kemudian masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah dan masukkan sekali minyak masak.

4. Kisar kelapa parut sehingga halus.

5. Simpan dalam botol, Insya-Allah tahan lama kerana kerisik sudah berminyak elok.

Kerisik adalah bahan tradisional yang sering menjadi rahsia keenakan dalam masakan Melayu. Walaupun proses penyediaannya memerlukan sedikit usaha, hasilnya sangat berbaloi kerana ia memberikan aroma yang memikat dan rasa yang kaya.

Oleh itu, kerisik wajar digunakan sebagai bahan asas dalam masakan untuk mengekalkan keaslian dan keunikan cita rasa tradisional.

Sumber: Yayar B. Awang Noh

Baca artikel lain juga: Tip Masak Rendang Supaya Tahan Lama, Lambat Basi

Asam Pedas Ayam Kuah Nak Lagi Kaw, Rupanya Kena Ada Kerisik. Resipinya Wanita Ni Kongsikan!

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my