Tip buat kerisik supaya tahan lama, bahan ‘rahsia’ kena letak waktu kisar. Kerisik adalah antara bahan penting dalam masakan tradisional Melayu, terutama dalam hidangan berasaskan santan dan rempah. Ia diperbuat daripada kelapa parut yang disangai sehingga keperangan dan kemudian ditumbuk halus sehingga menghasilkan tekstur berminyak.
Tip Buat Kerisik Supaya Tahan Lama, Bahan ‘Rahsia’ Kena Letak Waktu Kisar
Kerisik bukan sahaja menambah aroma yang harum, tetapi juga memperkayakan rasa makanan dengan unsur lemak semula jadi daripada kelapa. Kerisik memang boleh saja dibeli tapi ada juga terkena kerisik berbau tengik, memang spoil rendang dibuatnya.
Supaya puas hati dan menyenangkan kerja memasak di hari raya nanti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh supaya kerja menyediakan kerisik lebih mudah dan tahan lama.
1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur dahulu kelapa parut.
2. Bila kelapa dah garing, sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah dan masukkan sekali minyak masak.
Ads
4. Kisar kelapa parut sehingga halus.
5. Simpan dalam botol, Insya-Allah tahan lama kerana kerisik sudah berminyak elok.
Kerisik adalah bahan tradisional yang sering menjadi rahsia keenakan dalam masakan Melayu. Walaupun proses penyediaannya memerlukan sedikit usaha, hasilnya sangat berbaloi kerana ia memberikan aroma yang memikat dan rasa yang kaya.
Ads
Oleh itu, kerisik wajar digunakan sebagai bahan asas dalam masakan untuk mengekalkan keaslian dan keunikan cita rasa tradisional.
Susah sebenarnya nak memikirkan menu untuk masak hari-hari. Sedangkan kalau di pejabat nak makan kat luar pun berfikir nak makan apa, apatah lagi bila di rumah, nak masak apa tu memang persoalan utama mak-mak.
Yang mana masih memikirkan menu nak masak hari ini, boleh cuba menu mudah dan semestinya sedap iaitu singgang daging. Alang-alang daging banyak kat rumah tu, boleh la buat menu ni kan.. Kalau tak ada daging, boleh je nak gantikan dengan ikan.
RESIPI SINGGANG DAGING
Bahan-bahan:
Daging
Bawang putih
Bawang merah
Lengkuas
Belacan
Cili api
Serai yang dititik
Asam keping
Daging
Cara-cara:
1. Ketuk semua bahan-bahan terlebih dahulu. Hiris nipis daging.
2. Masukkan air sehingga menddih. Kemudian baru masukkan semua bahan kecuali asam keping.
3. Bila bahan tadi dah masak atau air dah mendidih, baru masukkan daging.
singgang daging
4. Tunggu daging separuh masak, masukkan pula asam keping.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula (atau guna gula melaka).
6. Renehkan daging sehingga empuk. Siap untuk dimakan.
Sotong Goreng Tepung antara menu feveret yang menjadi kegemaran anak-anak. Rasanya yang rangup, enak dan isinya yang lembut membuatkan anak-anak makan tak cukup tangan.
Tetapi, setiap kali nak menggoreng, pasti ibu-ibu menghadapi masalah minyak akan meletup dan sadur tepung akan lerai dari sotong.
Selain daripada menggunakan cuka epal untuk mengelakkan sotong dari ‘meletup’ dalam kuali, ini cara yang cukup mudah untuk kekalkan saduran tepung pada sotong ketika menggoreng.
Jom cuba kaedah ini:
Bahan tepung sadur:
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
*Gaul sebati semua bahan di atas.
*Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
Cara:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
Sumber: rasa.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Spaghetti adalah antara menu yang menjadi pilihan keluarga terutama anak-anak. Memang menjadi pembuka selera buat anak-anak. Oleh itu, ia menjadi hidangan popular di kalanga seisi keluarga.
Malah tidak mustahil, ada yang sanggup membeli pes untuk membuatnya di rumah. Namun, kadang kala, sebagai ibu bapa yang mementingkan kesihatan keluarga, kadang kala, terdedah dengan bahan pengawet tidak digalakan.
Bagi yang mementingkan kualiti penyediaan makanan secara sihat tanpa pengawet, boleh cuba membuat sos spaghetti di rumah.
Walaupun banyak step yang kena buat, tetapi berbaloi, kena sosnya boleh tahan sehingga 6 bulan jika di simpan di peti beku. Jom ikuti perkongsian ini oleh puan Dahlia Kamaruza di halaman Masak Apa Hari Ini.
Homemade pasta sauce. Gigih hakak kau pulun demi anak-anak si peminat tegar pasta. Seminggu mesti 2-3 kali makan pasta. Asik nak beli je sosnya. Bengkok mummy. Zaman2 ni kena pandai jimat2. Tambah anak berderet kan.
Jadik lah. Dari 10kg tomato. Dapatlah 3 bekas besar 1 bekas kecik. Boleh lah makan pasta hari2 gini.
RUPANYA INI CARANYA.
BAHAN-BAHAN
Tomato 10kg Bawang holand 4 biji (dadu) Bawang putih 2 labu (tumbuk)
Capsicum merah 4 biji
Cendawan shitake dalam 1/2 bekas (dadu)
Sweet basil 2-3 batang (ambil daun je)
Bay leaf 2-3 helai
Blackpepper sedikit
Mixed herbs sedikit
Cili powder 2 tbs (optional)
Cbs/cfs/serbuk ayam homemade (optional)
Minyak olive/masak dalam 1-2 cup
CARA PENYEDIAAN
Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar dia silang. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap.
Kemudian angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir. Nak bagi dia cool down.
Kopek kulit dan asingkan dengan isi. Belah 2 dan picit biji keluar.Blend biji dan kulit. Ambil air je.
Masak semua dalam periuk hingga air berkurangan. Biar sejuk. Blend separuh.
Jadi lah macam ni. Masuk dalam kuali. Hidupkan api. Tak payah letak air. Sebab nanti air dari tomato tu keluar.
Biji dengan kulit tu jangan buang pulak. Blender dan tapis ambil jusnya. Jus pada biji tu yang sedap. Sebab dia manis.Tak payah tambah air pun masa blend. Sebab akan keluar air.Ini lah hampas hasil dari blend kulit dan biji tu….kenapa buang. Sebab nak sos yang halus…. Kalau tak buang biji dan kulit tu tak hancur bila masak… Tak sedap lah sosnya
Kemudian, capsicum tu bakar je atas dapur sampai kulit dia hangus… Lepas tu lalukan bawah air paip.. Buang kulit dan biji dia. Blend. Campurkan dengan sos tomato.
Tomato yang dah didihkan atas dapur tu bila dia dah kecut sikit air dah kurang boleh cedok sikit keluarkan. Yang lain blend halus. Hakak pakai hand blender je. Senang. Blend sekali jalan je.
Tumis bawang holand, putih dan cendawan sampai layu. Kemudian blend. Taknak blend pun takpe. Boleh add on terus dalam sos.
Tapi anak2 mummy nanti tak makan. Dia pilih2. So mummy blend halus je terus. Transfer dalam kuali dan masak hingga kering.
Yang ni hasil selepas di masak hingga kering betul. Nak tahu kering betul ke tak.Masak sampai sos dia lompat2. Kalau melompat ke dinding. Lantai tu. Kering dah la. Lepas blend semua tu campur balik semua dalam kuali.Buka api then masak je sampai kering. Boleh add on herbs masa ni. Sweet basil tu local punya. Tanam sendiri.Sedap. Wangi. Tapi dia taklah kuat sangat baunya. Bila campur dalam sos tu memang sedap sangat.Rasa dah sama macam sos dalam botol tu tau. Lagi sedap dan pekat.
Add on serbuk cili, serbuk blackpepper, mixed herbs, sweet basil dan bay leaf. Dah kering matikan api. Dan biar cool down baru masuk bekas dan simpan.
Sos tomato ini tahan selama 2 hingga 3 hari di dalam peti sejuk bahagian Chiller. Bahagian peti beku pula sehingga 6 bulan. Sos ni pekat tau. Tak macam dalam tin tu. Ni macam paste. Boleh buat sos untuk pizza, lasagna, bake macaroni. Macam2 lah.. Simpan freezer… Tahan lama tau. Kena simpan freezer sebab tak ada bahan pengawet.
Menariknya perkongsiannya ni. Boleh cuba resipi ni. Yang paling penting tiada bahan pengawet!
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.