Makan char kuey teow jika tak ada cili jeruk
memang tak lengkap. Pendek kata cili jeruk merupakan ‘aksesori’ wajib ada sebagai pelengkap menu. Cili jeruk paling sedap ialah bila dimakan rangup dikunyah.Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri cili jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah berhari-hari, bolehlah cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham
ini. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.RESIPI CILI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau
2 sudu makan gula
Cuka makan
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).
4. Hari ke tiga, baru kita masukkan cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh dimakan.
Sumber kredit: Farid Sham
Baca artikel berkaitan: Cili Padi Jadikan Jeruk, Memang Sedap. Begini Cara Untuk Kekal Rangup Walau Tersimpan Lama!
Nak Tambah Lagi Kerangupan Cili Jeruk, Begini Cara Buatnya. Confirm Jadi!
Mudahnya Buat Cili Jeruk. Tak Perlu Tunggu Lama, Beberapa Jam Hasilnya Dah Rangup & Sedap!