Mencuci kuali memang memenatkan, lagi-lagi bila terpaksa menyental kerak pada belakang kuali yang tebal dan sukar ditanggalkan.

Bagi anda yang buntu untuk membersihkannya, apa kata cuba petua dengan menggunakan asam keping ini pula seperti di perkongsian Nor Hayati Abd Rahman.

Tip Buang Kerak Tebal Pada Kuali Guna Asam Keping, Bukan Main Berkilat!

Hari ini saya nak berkongsi sedikit petua untuk menanggalkan kerak kuali yang tebal. Ini pun terbaca beberapa hari lepas pasal nak mengilatkan kuali.

Jadi, hari ini rasa ‘free’ sikit dan nak cuba mana tahu menjadi sebab ada juga petua bila buat tak jadi. Tapi yang ini memang menjadi sungguh.

1. Mula-mula panaskan air dengan asam keping sebanyak 8 keping di dalam periuk atau kuali besar.

Ads

2. Masukkan kuali yang nak dibuang segala kerak yang tebal itu ke dalam kuali besar tadi.

3. Biarkan sampai air mendidih.

4. Setelah itu, biarkan ia sejuk dan bolehlah mula buat kerja menyental.

Ads

Disebabkan kuali akak ini keraknya tebal, akak kikis dengan pisau. Jadi, memang senang lekang keraknya itu dari kuali.

Tip Buang Kerak Tebal Pada Kuali Guna Asam Keping, Bukan Main Berkilat!

Kemudian, gosok kuali tersebut dengan berus dawai kasar dan sabun mandi atau sabun kuning Labour (tak kisah yang mana).

Ads

Dekat telinga kuali ada lagi hitam, jadi akak telangkupkan di dalam air panas yang ada asam keping tadi. Biar kan sekejap, keluarkan dan gosok lagi sekali.

Taraaa! Sekarang kuali akak dah berkilat. Selamat mencuba.

Sumber: Nor Hayati Abd Rahman

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI