
Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Semburkan Plant Booster Homemade Ni Jika Mahu Tanaman Berbunga Lebat. Mudah Je, Ibu-ibu Boleh Buat Sendiri!

Tentu ada antara kita pernah merasai betapa kecewanya bila menanam pokok namun setelah bertahun-tahun ditunggu, pokok yang ditanam masih tidak mengeluarkan hasil, bahkan terlihat tidak subur pula.
Begitu juga bagi yang mengimpikan laman yang menghijau. Lalu menanam pelbagai jenis tanaman untuk menyerikan laman rumah, tapi pokok bunga begitu ‘liat’ berbunga. Nampak togel sahaja dan semua ini boleh mematikan minat seseorang untuk terus bercucuk tanam.
Untuk itu, tahukah anda sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:

Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.

Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.

Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
sumber : Suhaili Baharudin
Jika Mahu Pokok Bunga Kertas Cantik, Subur & Berbunga Lebat, Ini 8 Tip Yang Patut Anda Tahu. Baru Meriah Merimbun!

Setiap kali memandang rimbunan pokoknya yang lebat berbunga dengan warna yang cukup menarik membuatkan hati cukup teruja dan tak jemu mata memandang.
Warna kuning cair, merah jambu, ungu, merah manggis dan putih serta beberapa jenis pokok bunga kertas lain sentiasa buat kita rasa segar mata memandang. Cantik kan! Bunga kertas atau sering juga disebut bunga bougenville sebenarnya dapat tumbuh subur di mana saja.
Jika anda sendiri teringin memiliki rimbunan bunga kertas yang lebat dan cantik, kena tahu bagaimana caranya.
Ini ada 8 tip yang patut anda tahu jika mahu pastikan bunga kertas kita subur dan mengeluarkan bunga yang banyak.
- Pokok bunga kertas akan tumbuh lebih subur jika ditanam di atas tanah berbanding di dalam pasu. Ini kerana keupayaan akar mencari nutrien untuk pertumbuhan pokok lebih baik.
- Sebolehnya pindahkan pada kawasan tanah jenis sedikit berpasir. Jenis tanah ini mempunyai pori-pori kecil yang berfungsi untuk melancarkan aliran udara. Selain itu, pasir juga mampu menstabilkan kelembapan.
- Tapi harus diingat, pokok bunga kertas tidak gemarkan tanah yang terlalu lembap dan air bertakung. Jika jaga dua perkara ini, pokok bunga kertas kita lebih panjang jangka hayatnya disertakan dengan bunga yang lebat.
- Untuk hasil yang terbaik dedahkan ia sentiasa pada sinaran matahari terik secara langsung sepanjang hari.
- Jangan letakkan baja organik kerana ia akan menarik perhatian semut membina sarang, sebaliknya gunakan baja kimia.
- Jangan lupa untuk melakukan pemangkasan untuk percambahan lebih lebat, cepat dan kekal segar. Bunga pun banyak.
- Siram dua hari sekali. Sebelum menyiramnya, pastikan permukaan tanah, baik di atas tanah atau di dalam pasu itu kering. Kalau musim hujan, tak payahlah disiram lagi.
- Akhir sekali, cantas ranting-ranting sepanjang kira-kira 50 cm ke 60 cm dari batang pokok. Ini akan menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang juga akan menghasilkan bunga yang lebat.
Sumber: One Utara Enterprise
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Redakan Sakit Kepala Dengan Minuman Tolak Angin, 5 Jenis Minuman Ni Isteri Wajib Praktikan Buat Redakan Sakit Suami!

Sakit kepala yang datang menyerang secara tiba-tiba buat kita makin stress. Tak mampu nak lakukan sebarang kerja. Kalau berada di dalam kereta atau di pejabat pasti gelabah juga dibuatnya. Maklumlah ubat tidak ada, sakit pula makin berdenyut-denyut.
Jika suami tiba-tiba diserang sakit kepala, isteri boleh sediakan minuman ini sebagai altenatif sebelum mendapatkan bekalan ubat. Tak salah mencuba!
Kenali 5 jenis minuman ini.
Kopi Panas
Kopi berupaya untuk meringankan sakit kepala yang berlebihan. Kafein yang terkandung di dalam kopi inilah yang bertindak sebagai bahan utama untuk meredakan sakit kepala. Sekiranya anda diserang sakit kepala pada siang hari, cubalah minum secawan kopi untuk meredakan sakit kepala serta menghangatkan tubuh.
Air Halia
Air halia atau teh halia mungkin membantu anda meredakan sakit. Halia bertindak membuang angin sekaligus meredakan masalah angin yang menyerang kepala. Jika anda muntah, sakit pasti kembali reda.
Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang merangsang sistem saraf dan mengaktifkan otak untuk mengurangkan stress, penyebab kepada masalah sakit kepala ini. Minumlah secawan teh hijau panas. Sangat membantu!
Teh Hitam
Kandungan kafein yang tinggi dalam teh hitam ini mampu meredakan sakit. Tambahkan kepekatannya dan minumlah tanpa ragu-ragu. Angin juga akan dapat dikeluarkan dengan mudah.
Susu Halia
Secawan susu halia yang panas sangat membantu untuk meredakan sakit malah membuang angin dengan pantas. Sifat susu yang mengenyangkan juga buat sakit makin tenang dan terkawal. Jika terasa hendak muntah, itulah langkah sebaiknya untuk meredakan sakit kepala.
Selamat mencuba!