Tip Berkesan Cuci Cermin, Bersih Berkilat Dengan Cara Yang Simple.

Share

Tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Selain sibukkan diri dengan amalan ibadah seperti solat terawih, biasanya minggu-minggu terakhir bulan Ramadan akan digunakan untuk mengemas dan membersihkan kawasan rumah terutamanya di bahagian ruang tamu dan ruang makan.

Salah satu ruang yang penting adalah tingkap dan cemin kaca untuk mewujudkan ruang pengudaraan dan pencahayaan rumah yang baik. Namun wujud masalah apabila pintu dan tingkap kaca kotor akibat daripada kesan titisan hujan dan debu halus yang melekat. Secara tidak langsung anda pasti akan melakukan pembersihan cermin dan pintu kaca secara rutin untuk memastikan ia sentiasa berkilat dan bersih.

Sudah tentu kita mahu cermin kembali berkilat dan bersih. Ikuti tip berikut.

Surat khabar lama

Ambil surat khabar lama. Celupkan dalam air. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit. Kemuaian lapkan pada cermin tingkap. Selepas itu laplah dengan kain kering.

 

Tepung Jagung


Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebut ke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.

Cuka

Cuka adalah merupakan bahan pelbagai guna yang sangat berguna. Sangat berguna sebagai bahan dalam resepi masakan dan begitu juga buat cermin yang kita nak basuh. Hanya dengan campuran separuh air dan separuh cuka sudah cukup untuk digunakan pada cermin. Cuma ianya disarankan untuk kegunaan cermin luar kerana selepas cucian ianya akan meninggalkan sedikit bau.

Ubat gigi

Siapa sangka ubat gigi juga boleh mengilatkan cermin dengan cara meratakan sedikit ubat gigi pad apermukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian bila kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.

 

Sumber:  Rosie Zam & abahbz.blogspot.com