
Tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Selain sibukkan diri dengan amalan ibadah seperti solat terawih, biasanya minggu-minggu terakhir bulan Ramadan akan digunakan untuk mengemas dan membersihkan kawasan rumah terutamanya di bahagian ruang tamu dan ruang makan.
Salah satu ruang yang penting adalah tingkap dan cemin kaca untuk mewujudkan ruang pengudaraan dan pencahayaan rumah yang baik. Namun wujud masalah apabila pintu dan tingkap kaca kotor akibat daripada kesan titisan hujan dan debu halus yang melekat. Secara tidak langsung anda pasti akan melakukan pembersihan cermin dan pintu kaca secara rutin untuk memastikan ia sentiasa berkilat dan bersih.
Sudah tentu kita mahu cermin kembali berkilat dan bersih. Ikuti tip berikut.
Surat khabar lama
Ambil surat khabar lama. Celupkan dalam air. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit. Kemuaian lapkan pada cermin tingkap. Selepas itu laplah dengan kain kering.
Tepung Jagung
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebut ke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
Cuka
Cuka adalah merupakan bahan pelbagai guna yang sangat berguna. Sangat berguna sebagai bahan dalam resepi masakan dan begitu juga buat cermin yang kita nak basuh. Hanya dengan campuran separuh air dan separuh cuka sudah cukup untuk digunakan pada cermin. Cuma ianya disarankan untuk kegunaan cermin luar kerana selepas cucian ianya akan meninggalkan sedikit bau.
Ubat gigi
Siapa sangka ubat gigi juga boleh mengilatkan cermin dengan cara meratakan sedikit ubat gigi pad apermukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian bila kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.
Sumber: Rosie Zam & abahbz.blogspot.com
Kemanisan Beribadat Ikuti Jemaah Tabligh. Coretan Bekas Pelakon Azuan Mazlan Raih Perhatian.

Memang fitrah manusia,imannya turun dan naik.Tidak sentiasa meningkat,dan tidak juga selalu menurun. Dan kerana itulah,manusia itu sentiasa berubah-ubah kelakuannya dan sentiasa ingin berubah.
Perubahan itu merupakan satu penghijrahan. Dan penghijrahan itu memerlukan pengorbanan.
Dan pengorbanan itu merupakan salah satu ujian dari Tuhan. Sungguh,yang namanya perubahan,yang namanya penghijrahan dan satu pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah.
Menerusi muat naik facebook milik bekas Pelakon Azuan Mazlan apabila berkongsi kisah bagaimana ia melakukan perubahan dalam hidupnya.
Dia berkongsia coretan bagaimana merasai kemanisan dalam beribadah apabila mengikuti jemaah tabligh.
Namun ia bukan bermakna orang Islam yang tidak mengikuti Jemaah tabligh tidak boleh merasai kemanisan beribadat, namun ia adalah salah satu cara yang digalakkan. Apa yang pasti, setiap kita ada cara tersendiri untuk merasai kemanisan iberibadat kepada Allah.
KEMANISAN IKUTI JEMAAH TABLIGH
Fesyen tabligh ni kolot!! Tabligh ni pengotor!! Tabligh ni ajaran sesat!!
Assalamualaikum wbt.. Korang tengoklah gambar2 aku tu macam mana aku boleh tersesat masuk jemaah tabligh? Meh aku nak cerita..
Dari kecil aku tak belajar pondok atau madrasah. Aku dibesarkan di bandar dan penuh dengan keadaan kehidupan moden & up to date.
Dari kecil Allah swt anugerahkan pada aku pelbagai bakat dari segi sukan, hiburan, seni mempertahankan diri sampailah ke fashion.
Hobi aku dulu main bola sepak & futsal sehingga kerjaya aku sedikit sebanyak pun ada sikit dalam bidang ni pada awalnya tapi sekejap jer. Cinta aku pd bola sepak tetap penuh membara.
Selepas itu ditakdirkan aku jadi pelakon, banyak jugaklah aku diberi peluang utk watak2 besar sehingga watak utama. Sehinggakan satu hari tu buka setiap channel tv ada je muka aku melalui iklan tv dan drama dimainkan.
Muka aku pun banyak juga menghiasi majalah2 & surat khabar. Tapi atas izin Allah ianya hanya bertahan 8 tahun saja utk aku serius dalam bidang lakonan ini dan aku sedar, aku ni pun hanya Artis suam2 kuku jer walaupun aku minat giler dalam bidang ni.
8 TAHUN JADI ARTIS HIDUP TAK TENANG
Tapi.. sepanjang menjadi Artis sendu selama 8 tahun, sebenarnya hidup aku tak tenang & jiwa aku kosong walaupun nikmat kehidupan yg aku kecapi dlm bidang glamour ini penuh dgn keseronokkan & sosiality.
Selepas itu musibah demi musibah berlaku dalam hidup aku sehingga aku rasa kehidupan aku, bukan kehidupan orang islam. Jangan cerita pasal solat mmg selalu period jer (), paham2 je la. Dalam sekelip mata aku hilang kesemuanya disebabkan dosa dan kejahilan aku dalam agama.
Waktu itu aku cuba2 solat sendiri kat rumah.. biasa la bila ada musibah baru nk cari Allah. Korang pun sama kan? Orang kata kalau solat semua masalah boleh selesai. Tapi aku solat makin byk masalah aku adalah.. Dan aku tak dapat rasa langsung apa itu erti nikmat ibadah? Bengong jugak aku jadinya..
Orang kata kita kena Cintakan Allah swt & Rasulullah saw.. tapi, aku dapat lakukan hanya sekadar kata2 sajalah. Nak feel lebih2 ni mana boleh sebab benda ghaib bai.. kalau cinta pada ibu atau isteri, tu lainlah cerita sbb aku nampak depan mata dan dapat peluk & pegang.
KERAP KE MASJID
Dua bulan lepas tu aku cuba belajar2 solat hari2 kat masjid, aku tgk YouTube sbb ustaz kata lelaki kena solat berjemaah di masjid kalau solat kat rumah dia bukan soleh tapi solehah.. adehh.. terkena aku .
Tapi aku masih belum dapat FEEL utk letakkan cinta Allah & Rasulullah di dalam diri aku walaupun dah sebulan aku solat kat masjid. Aku cuba utk feelkan solat itu seolah2 Allah tengah melihat aku solat. Tapi nothing laaa. I can’t feel it. Impossible bro.
PENGALAMAN MASUK TABLIGH
Sehinggalah Allah takdirkan aku belajar2 join tabligh keluar 3 hari, 1day aku keluar 3 Hari aku dah rasa feelnya lain mcm sehingga aku mengeluarkan air mata sepanjang aku keluar 3 hari dan air mata ini keluar atas sebab diri aku & agama.
Aku jaga nisab aku sbb ustaz2 tabligh ni ckp, aku kena jaga nisab 3 hari setiap bulan utk renew iman aku seperti mana kereta pun nk kena servis setiap bulan.. 5 bulan jugak aku jaga nisab aku.
Tapi serius wehh, selepas itu baru aku dapat rasa kerohaniat dalam solat sikit demi sedikit. Jiwa Islam tu dah masuk, masa itu fesyen aku dah mula berubah sikit demi sedikit ke arah islamic.
Masuk bulan ke-6 aku belajar keluar 40 hari di jalan Allah swt utk aku belajar2 korban. Nak tahu jgk betul ke ustaz2 tabligh ni kata kat situ ada bantuan Allah swt? Aku try tambah korban Masa aku utk Allah, tapi mmg betul pun sbb waktu tu aku takde duit nak keluar ke sarawak selama 40 hari.
Karkun2 ni cakap jaga Amal insyaaAllah bantuan Allah akan sampai. Benda yg kita tak pernah buat mana kita nak yakin dan percaya, tp aku cuba2 jela.. Sumpah demi Allah weh!! Aku jaga Amal ada saja bantuan Allah swt pd aku sebelum ke sarawak. Waktu itu keyakinan aku pd pertolongan Allah Makin bertambah, mmg betullah Alim Ulama cakap, lagi banyak Kita korban Masa, diri, harta kita di jalan Allah lagi banyak bantuan Allah & nusrah Allah yg kita dapat. Byk giler ilmu agama yg aku dapat dan barulah aku rasa diri aku ini Islam yg belajar2 hidupkan Sunnah Rasulullah saw.
Selepas aku habis keluar 40 Hari di sarawak, kehidupan aku mula berubah sedikit demi sedikit sehingga pakaian aku pun dah berubah mirip2 seperti Rasulullah saw.. Malah rezeki aku pun makin bertambah seperti air sungai yg mengalir.
Allah campakkan dlm diri aku, aku jadi sayang pada jubah, serban, kayu sugi, kain reda, makan dalam talam, solat berjemaah, aku mula sayangkan masjid/surau dan paling utama baru aku dapat rasa cintakan Rasulullah dan terasa betul2 takut pd Allah swt. semuanya totally change bro in my life..
Dulu aku sukakan fashion2 urban bro, aku suka pakai seluar pendek yg nampak aurat kaki aku ni & semua fashion2 aku dulu up to date.. Skrg ni aku jaga giler2 aurat aku dan semua amalan aku, sehingga aku takut nak buat satu dosa. Kalau korg nak tahu, doa kita Allah akan makbulkan dgn segera & cepat, jangan kita langgar satu pun perintah Allah,
Cuba tahan nafsu!!, kerana nafsu kita ini selalu di kawal oleh syaitan… Pastikan juga doa kita tu utk kebaikan akhirat kita atau ummat islam. Kalau doa kita lebih kpd kepentingan nafsu maka Allah swt tak makbulkan. Giler laaa aku pun tak percaya Allah boleh ubah aku jd mcm sekarang ni, totally change.
End up, aku nekad nak belajar2 tiru cara nabi saw & aku taknak tinggal satu pun sunnah Nabi saw dlm kehidupan aku kerana aku sayangkan sunnah. Baru aku tahu betapa besar nikmat cintakan pada Allah swt & kekasihnya Rasulullah saw.
Selepas sebulan balik dr sarawak aku terus keluar 4 bulan ke India tanpa aku ragu2 tanpa aku ada sesen pun kat poket seluar dan akaun bank aku.
Di sebabkan aku dah belajar2 yakin dalam tempoh 40 hari dari masjid ke masjid, dari pintu ke pintu rumah aku ketuk maka tiada masalah bg aku tentang duit atau apa saja mengenai keperluan aku didunia sebab aku yakin Allah swt akan tunaikan janji-Nya seperti di dalam surah Al-Ankabut ayat : 69 (Orang2 yang bersungguh2 bantu agama Kami, maka Kami akan bagi bantuan & pertolongan kepadanya).
Kini, aku belajar2 sediakan hidup aku untuk agama Allah dan aku nk menjadi anak panah Allah utk dihantar ke semua pelusuk dunia seperti sahabat2 Nabi saw demi melihat agama ini di kemuncak..
Setelah byk belajar praktikal Iman Yakin (bergantung hanya pd yg Satu) pada Allah swt dan sewaktu keluar di jalan Allah swt dalam majlis taklim seperti halaqah Al-Quran & bacan hadis2 melalui Kitab taklim Fadhilat Amal, Muntakhab Hadis, Fadhilat sedekah & kitab Hayatus Sahabah yg dibacakan setiap hari selama 4 jam ianya menjadi asbab aku sayangkan agama ini melebihi diri aku sendiri.
Aku berani cakap, korang kena tahu Allah swt jadikan asbab jemaah tabligh ini sebagai pembawa rahmat utk mendekatkan manusia kpd Allah swt, jalan kerja yg mirip2 ikut tertib Rasulullah saw utk sebarkan Islam dan bantu agama Allah swt di waktu Kebanyakkan orang lalai & sibuk mencipta dunia mereka sendiri.
Disebabkan usaha tabligh inilah bala besar Allah swt belum diturunkan lagi.. kerana usaha ini mirip2 cara kerja dakwah Nabi saw yang telah lama ummat Islam tinggalkan.. Dan usaha ini telah banyak membawa manusia yg jahil & rosak menjadi dekat dan taat pada perintah Allah serta sayangkan Sunnah Rasulullah saw.
Kalau korang nak org2 lelaki korang dapat jaga solat & menjadi lelaki yg taat pd perintah Allah swt, inilah saja cara yg terbaik.
Kalau rezeki perlu di cari, hidayah kembali pd Allah swt lagilah kena dicari untuk selamatkan diri dari Neraka. Kerana hidayah itu perlu diusahakan dan Hidayah itu sangat Mahal disisi Allah swt.
Sumber: Azuan Mazlan
Petua Kemas Rumah Super Pantas, Bila Tetamu Nak Datang Mengejut!

Tentu ada antara kita yang pernah mengalami situasi ini, sedang kita bermalas-malas pada hujung minggu tiba-tiba dapat panggilan dari sedara mara nak datang ke rumah. Katanya saja singgah kerana kebetulan berada di kawasan berhampiran rumah kita.
Saat ini, memang kita akan jadi mengelabah! Tengok rumah taklah sekemas mana dan bimbang juga tetamu nanti tidak selesa.
Jadi ni petuanya nak kemas rumah super pantas. Tetamu sampai je, rumah sudah nampak kemas dan selesa jadinya.
Langkah pertama kemas Ruang Tamu
Maklumlah nilah tempat utama kita melayan tetamu. Jadi segera buat beberapa perkara ni :
1. Buka tingkap dan beri pencahayaan sepenuhnya pada ruang tamu
2. Semburkan aroma kesegaran atau pasangkan lilin wangi untuk membero mood istimewa pada tetamu.
3. Lepastu kalau ada barang atau mainan anak bersepah di sofa, atas karpet dan sebagainya, cepat-cepat ambil bakul. Kumpulkan semuanya di dalam bakul tersebut dan letakkan di dalam bilik utama anda yang tentunya tetamu tak akan masuk.
Kemudian alihkan tumpuan anda ke bilik air. Sebab apa bilik air ye?
Pernah dengar tak, kebersihan bilik air melambangkan peribadi seseorang. Jadi, tentu kita tak nak orang sangka kita pengotor.
Jadi ni cara terpantas perlu buat!
1. Kutip semua pakaian yang tersangkut atau terendam dalam baldi dan masukkan segera ke dalam mesin basuh.
2. Cuci ringkas toilet bowl dan kemudian lap kering sebelum ditutup mangkuk tandas tersebut.
3. Akhir sekali semburkan aroma wangi di dalam bilik air dan tandas. Barulah segar!
“Perasaan Excited Tu Lain Macam, Rasa Dunia Ana Yang Punya.” Usah Harapkan Isteri 100%, Lelaki Ini Kongsikan Persediaan Nak Sambut Anak Sulung

Bakal menimang cahaya mata, pastinya suami dan isteri teruja dan tak sabar menantikan kehadiran si kecil. Apatah lagi, ini merupakan bayi sulung yang pastinya menambahkan lagi kemanisan dan kasih sayang dalam rumah tangga.
Pelbagai persiapan dilakukan termasuklah menyediakan kelengkapan bayi. Menerusi Facebook Ariff Ismail, lelaki tersebut kongsi pengalaman dan persediannya ketika menimang cahaya mata sulung. Buat ibu bapa yang bakal timang anak pertama, jom baca perkongsian ni!
PERSEDIAAN SAMBUT ANAK SULONG
Diam tak diam Affan Dzikri dah nak masuk 2 tahun. Sekejap je rasa masa berlalu. Pejam celik pejam celik satu bulan lagi dah nak genap 2 tahun usia manja boy ayah.
Makin lama makin banyak kerenah dan perkataan yang keluar dari mulut anak ayah. Dari hanya pandai menangis dah pandai merajuk. Masa video call pon dah pandai main emosi.
Teringat masa first dapat tahu ex bini ngandung ( masa tu masih bini la ). Dulu tak percaya ada orang cakap bunting pelamin la, bini ngandung bapak boleh dapat alahan. Masa nikah bulan 11, bulan 12 bini dah ngandung. Kira masa 3rd reception kami, Affan Dzikri dah ada dalam perut umi.
Maklumlah terasa diri artis sampai ada 3 majlis resepsi. First umah bini, second rumah saya, dan third rumah family angkat saya di segamat. Memang meriah lah cerita dia.
Bila dikenang balik lawak pon ada, baru kahwin 2 minggu p beli pregnancy test. Apa punya excited la saya time tu. Reason sebab saya tak lalu makan dan tekak mual. Bukan bini tau, saya yang over duk makan asam.
So bermulah kisah pak pandir dan mak andir,
” Yang I rasa awak pregnant la, sebab tekak I mual rasa nak muntah tapi x muntah “
Masa tu memang bini gelak guling guling la citer dia, nak sedap kan hati laki, cik bini tetap la buat pregnancy test, apa ke gila, dua dua x reti guna, main bantai je. Nak tanya family, malu la pulak. Dah kenapa nak lebih excited.
Beli pregnancy test yang murah je, skali result negative, punya la down macam dah kawen 10 tahun, padahal baru 2 minggu. Saya tetap tak putus asa naluri kebapaan tu makin menebal. Selang seminggu tu, beli lagi sekali dan buat test lagi. Tetap negative, fikiran dah mula fikir ” ehh awal lagi, apa ke gila nak test pregnant ke tak baru kahwin 3 minggu”.
Walaupon tekak tetap mual, tapi ketepikan lah perasaan nak tahu. Masa tu kami pjj lagi, kira saya ni weekend baru jumpa bini lepas 2 minggu kawen. Nak jadi cerita, masa bini duduk umah kakak dia dan saya tengah sibuk prepare untuk majlis kali ketiga tu, bini pening tak larat nak bangun.
Perasaan tu kembali berkobar-kobar, minta tolong anak sedara bini pi beli pregnancy test, bini pon mula mula malas nak layan otak gila en laki. Selepas beberapa jam tiba tiba bini wasap gambar double line pregnancy test. Masa tu rasa macam ” dunia ana yang punya “.
Dia punya perasaan excited tu lain macam brother, macam achievement unlock bila main game. Happy tak terkata, nak jadi ayah la kata nya. Bermula lah episod baru dalam hidup. Nak dapat anak first memang perasaan yang samgat teruja. Otak mula dah berfungsi nak buat persiapan sambut orang baru.
Jom saya kongsikan apa yang perlu kita lakukan untuk menyambut kedatangan orang baru dalam kehidupan kita.
1. Buka Buku Merah Jambu
Jangan terlampau excited sampai nak p buka buku pink tapi bini baru pregnant tak sampai 1 bulan. Bercakap pasal pengalaman sendiri. Buku pink ni boleh buka kt Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak atau hospital swasta.
Selalunya kena buka buku pink ni sebelum kandungan masuk 12 minggu. Kes saya lawak sikit lah, sampai Doktor pon cakap excited sangat awak ni, nak buka buku pink bini baru ngandung 2 minggu.
Mula mula bila pregnancy test positive, bawak bini check dulu kat klinik untuk mengetahui usia kandungan. Doktor akan advise bila kena buka buku pink. Saya dulu buka buku pink masa temujanji kedua, masa kandungan bini masuk empat minggu.
2. Makanan Dan Baca Al Quran
Seelok eloknya pastikan bini makan makanan yang berkhasiat semasa mengandung. Amalkan makanan sunnah semasa tempoh kehamilan.
Boleh juga ambil makanan atau vitamin tambahan, ikut pada cadangan Doktor. Jangan memandai pulak, kang nak baby sihat lain yang jadi.
Guna pakai juga petua orang lama berkenaan makanan yang baik dimakan untuk memudahkan proses kelahiran. Yang mana baik kita ikut, jangan pulak petua yang melalut tu kita buat.
Amalkan bacaan surah surah yang bagus untuk ibu mengandung, antaranya Surah Yusof & Maryam. Jangan buka mp3 je, baca sekali dengan bini.
3. Persediaan Kewangan
Perkara paling penting bila nak sambut anak, tahap kewangan kita brother. Kita kena buat perancangan, nak bini beranak kat hospital kerajaan atau swasta.
Jika kita pilih swasta, kena stand by paling kurang 8-12 ribu, sebab jika bersalin normal ok lagi ikut kadar rata hospital swasta 3K-6K. Tapi jika memerlukan pembedahan ( ceaser ) selalu nya kos itu akan meningkat pada 7-12K ikut hospital dan Doktor yang anda pilih.
Selain tu, kena fikir gak nak beli barang keperluan bayi. Barang asas seperti, katil bayi, botol susu, lampin, mandian bayi, baju newborn dan macam macam lagi keperluan asas baby.
Kena sediakan juga duit tukang urut atau jika anda ingin ambil khidmat servis jagaan pantang. Kita kena fikir gak persiapan untuk akikah anak. Jika baby girl seekor kambing ( satu bahagian ), untuk baby boy 2 ekor kambing ( 2 bahagian ).
4. Persediaan Mental Dan fizikal
Siapa kata nak dapat anak mental tak kena kuat, kena belajar bro cara nak kawal emosi. Kita ni nanti nak kena bagi semangat kat bini masa nak beranak. Kena bagi semangat kat bini, jangan pengsan tengok darah sudah lah.
Ilmu persiapan sebagai mak bapak pon kena tahu, tu kena bersiap sedia mental dan fizikal. Jangan harap kat bini 100%, dia dah la bawak anak kita dalam perut tu sembilan bulan.
Kalau bukan kita bagi sokongan moral siapa lagi, bini ni bila ngandung emosi mereka senipis kulit bawang. Kita salah sikit depa boleh menangis brother. Kawalan emosi tu sangat lah penting.
Saya sendiri pon jatuh ego lelaki bila tengok bini dalam labour room. Siap menitik airmata jantan bila first time sambut anak atas tangan untuk di azankan.
5. Daftar Kelahiran
Kena ambil tahu cara cara nak daftar kelahiran anak, yang ni memang kita yang kena buat, bini dah dalam pantang tak kan nak suruh dia pulak yang pergi JPN.
Siapkan segala borang dan dokumen yang diperlukan. Jangan buat kerja 2-3 kali bila dah sampai kaunter. Kena daftar kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh anak dilahirkan. Kelewatan pendaftaran akan mengakibat kan kita kena penalti.
Bab tulis borang tu biarlah tulisan tu kemas, kejap lagi nak letak nama anak Rosmah di sebabkan tulisan buruk jadi rocemah pulak dah, tak ke haru. Dah viral nama anak kita nanti.
Ini antara persiapan yang perlu kita lakukan, ada banyak lagi untuk saya kongsi. Kalau nak tulis boleh penuh wall fb anda dengan karangan saya. Nanti saya share lagi tips tips berguna kepada anda.
Kepada bakal ibu dan bapa semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat persiapan menyambut kelahiran putera/puteri sulong anda.
– Ariff Ismail –
#ayahanak1
#resepikeluarga
#doublefbrothers