Ayam goreng salut tepung yang ranggup memang membuatkan kita asyik memakannya. Paling best kalau simpan sampai ke petang pun masih juga rangup bila dimakan. Tidak dapat dinafikan semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera.
Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung digigitan pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tip ini supaya apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
BERIKUT TIP UNTUK MENDAPATKAN AYAM YANG RANGUP
Gunakan Tepung Yang Betul
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Ads
Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau krispi.
Pastikan Tangan Kering
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
Ads
Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Ads
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
Tapis Minyak
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang gemar makan di kedai mamak tentu rindu salah satu menu popular di sini antaranya capati.
Biasanya ia dihidangkan dengan kuah dal atau kari. Walaupun telah mendapat kebenaran untuk makan di kedai, ada juga yang masih belum bersedia berbuat demikian.
Selain bungkus makanan di kedai, apa kata cuba buat sendiri capati di rumah. Dah siap boleh terus makan bersama keluarga.
Menerusi perkongsian oleh puan Sha Yaacob, menyediakan resipi capati turun temurun keluarga sejak 30 tahun. Katanya resipinya itu menjadikan roti kekal lembut walaupun sudah sejuk.
Seterusnya ikuti resipinya.
Capati resepi turun temurun tahun 30 tahun, sejuk tetap lembut. Siapa suka capati? Resepi saya agak-agak je. Sebab dah terbiasa buat 6 tahun campak-campak ja.. Maaf kalau ada yang terkurang. Saya halalkan untuk berkongsi.
Resepi capati.
1kg tepung atta.. (better beli yg timbang ya.. baru lembut elok & original capati) kalau yg pack tu nnt capati keras.. 1liter air (kurgkan sikit x pe, nnt keras buleh tmbah air masa uli) 2 sudu kecik garam 1 sudu tea gula…. 2 sudu gula majerin sayur.
Cara penyediaan:
1.Masukkan air dalam bekas, gula & garam. Sebatikan. 2.Masak majerin sampai cair. Masukkan dalam bekas air tadi. 3.Uli jangan terlalu lmbut, jangan terlalu keras. Siap rehatkan 30min. Boleh buat bebola. lagi elok doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut & sedap dimakan.
4. Canaikan dan boleh dibakar. Sekilo tepung dpt dlm 23 biji macam tu.
Kalau sudah namanya orang melayu, memang menu yang satu ini tak lengkap kalau tak ada. Dulu mungkin dimakan bersama ulam sahaja, tetapi sebenarnya sambal belacan ini banyak betul kegunaannya . Bermula sebagai sambal cicah untuk ulam-ulaman, pelengkap rasa kepada nasi goreng, ikan bakar dan sebagainya lagi.
Nampak macam mudah nak buatnya, tapi sebenarnya tak semua rasa sambal belacan menepati cita rasa. Ada terlebih masin, pedas dan sebagainya.
Hari ini admin kongsikan satu resipi sambal belacan untuk ibu-ibu cuba sendiri. Katanya, resipi ini mendapat permintaan ramai.
Tip untuk dapatkan sambal belacan yang enak katanya bawang merah, bawang putih serta belacan perlu dibakar terlebih dahulu.
Resepi ni tak dapat kat mana2, atas permintaan ramai saya cuba share jugak.
Bahan-bahan
-Senggegam cili api
-Sebiji tomato
-2 ulas cili merah
-2 biji bawang besar
-1/2 labu bawang putih
-1/4 genggam ikan bilis
-1 papan belacan
Cara membuat:
Semua bahan tu sangai sampai naik bau wangi.
Ok, tumbuk semua bahan tu campurkan AKAR KETUMBAR yg dah dibilas bersih dan limau kasturi 2 biji dibuang biji. Tumbuk semua bahan2 termasuk kulit limau.
-asam jawa di perah secukup rasa( pastikan bancuh sepekat mungkin supaya sambal tak cair)
-masukkan GULA MERAH 2 sudu besar. gaul hingga sebati. siap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya bila teringin makan tauhu telur kita akan membelinya di pasar. Tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah.
Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik seperti resipi yang dikongsi oleh chef Sue M Arukin. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!
TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
500 ml air soya segar (tanpa gula)
6 biji telur organik
5 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, satukan air soya bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
3. Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
4. Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.