Terdapat lambakan produk supplemen untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa di pasaran pada hari ini. Apa yang pasti, kebanyakkan produk tersebut hanya menawarkan testimoni dan dipromosikan oleh selebriti tanpa bukti jelas keberkesanan produk tersebut.
Namun ingin saya nyatakan di sini bahawa jika anda sudah mencapai usia dewasa, ketinggian TIDAK akan berlaku lagi. Apatah lagi pelbagai scammer mendakwa produk mereka boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15 cm.
Akan tetapi, sekiranya anda masih muda remaja atau mempunyai anak-anak yang sedang membesar, hah mari saya kongsikan beberapa tips untuk mempercepatkan proses menambah ketinggian anda atau anak anda.

Tinggi Secara Alami Ikuti Nasihat Doktor Ini. Selamat Tanpa Bahan Kimia
1. Ambil Diet Makanan Yang Seimbang
Makanan Seimbang Untuk Pembesaran Tulang
Diet pemakananan yang seimbang akan membuat anda menjadi lebih tinggi dan berasa lebih baik. Apakah diet yang sesuai untuk tumbesaran tulang?
Banyakkan pengambilan protein tanpa lemak. Protein seperti beans, kacang soya, dan kekacang dapat membantu meningkatkan pertumbuhan otot dan tulang yang sihat. Elakkan pengambilan berlebihan ‘simple’ karbohidrat seperti pizza, kek, gula-gula, dan soda kerana diet ini akan merencatkan pertumbuhan tulang anda.Makan banyak sumber kalsium yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam dan kale, dan dalam makanan yang diperkaya. Kalsium amat pentinng untuk membantu mempromosikan tumbesaran tulang yang sihat.Dapatkan diet zink yang mencukupi. Terdapat beberapa kajian walaupun masih tidak kukuh telah menunjukkan kemungkinan hubungan antara kekurangan zink dan masalah tumbesaran di kalangan kanak-kanak lelaki. Sumber zink yang baik termasuk gandum, labu dan squash seeds dan kacang dapat membantu meningkatkan proses pembesaran tulang.Dapatkan vitamin D yang mencukupi. Vitamin D menggalakkan pertumbuhan otot dan tulang pada kanak-kanak. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan terbantutnya tumbesaran kanak-kanak dan menyebabkan peningkatan berat badan di kalangan remaja perempuan. Vitamin D dapat ditemui dalam alfalfa dan cendawan, serta makanan diperkaya dengan Vitamin D seperti susu dan bijirin. Walau bagaimanapun, sebahagian besar sumber Vitamin D kita boleh didapati daripada pendedahan cahaya matahari yang mencukupi. Hanya 15 minit sehari di bawah matahari (secara purata) dapat memastikan kita mendapat bekalan Vitamin D yang diperlukan.
2. Banyakkan Bersenam semasa Remaja dan Fasa Tumbesaran

Tinggi Secara Alami Ikuti Nasihat Doktor Ini. Selamat Tanpa Bahan Kimia
Kerap bersenam dapat membantu anda atau anak anda menambah ketinggian mereka dengan cepat semasa usia remaja. Keluar dan lakukan senaman dan serta pergerakkan otot sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Sertai gym daripada sekarang. Menyertai gym akan membantu anda memberi banyak latihan kepada otot dan membuat anda bermotivasi untuk bersenam (anda akan berasa seperti orang yang bodoh jika anda berada di gym tetapi tidak bersenam).Bersukan. Orang yang bersukan akan menggunakan daya saing semulajadi mereka untuk membakar kalori tambahan dan ini amat baik untuk mendapatkan tubuh yang lebih tinggi. Jika tidak ada apa-apa yang mahu anda lakukan, maka anda boleh bangun dan mula berjalan kaki. Berjalan ke kedai runcit. Berjalan ke perpustakaan. Berjalan kaki ke sekolah. Berjalanlah ke mana-mana yang penting anda membakar kalori dan menggerakkan otot anda.
3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Tidur secukupnya untuk menambah ketinggian
Tidur adalah masa yang amat penting untuk tumbesaran semasa kanak-kanak sehingga remaja. Tidur yang mencukupi dapat memberi badan kita lebih banyak masa untuk proses pertumbuhan. Dapatkan antara 9 hingga 11 jam tidur setiap malam semasa usia remaja. Hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semula jadi di dalam badan kita terutamanya semasa fasa tidur deep sleep. Tidur yang baik dan sihat akan menggalakkan pengeluaran hormon tumbesaran, yang dicipta di dalam kelenjar pituitari dan merangsang proses pembesaran tulang dan otot secara semulajadi.
4. Cari Pasangan Yang Tinggi

Ads

Tinggi Secara Alami Ikuti Nasihat Doktor Ini. Selamat Tanpa Bahan Kimia

Para saintis menganggap bahawa 60% hingga 80% ketinggian anda ditentukan oleh genetik manusia. Oleh itu, sekiranya ibubapa anda mempunyai ketinggian yang baik, maka ianya boleh mempercepatkan proses menambah ketinggian dari awal zaman kanak-kanak. Jadi, jika anda mahu anak-anak yang tinggi, maka carilah pasangan yang mempunyai keluarga dengan genetik ketinggian tubuh badan.
5. Elakkan Minuman Berkafein
Elakkan pengambilan kaffein kepada Kanak-kanak
Kajian menunjukkan kafein tidak merencatkan tumbesaran kanak-kanak secara langsung. Akan tetapi pengambilan kafein boleh mengganggu tidur yang lena dan seterusnya merencatkan pengeluaran hormon tumbesaran sekaligus secara tidak langsung membantut proses menambah ketinggian anda atau anak anda.
6. Jauhi Merokok / Asap Rokok
Asap Rokok Boleh Mengganggu Tumbesaran Kanak-kanak
Pada hakikatnya, merokok dan kesan asap rokok kepada tumbesaran kanak-kanak dan remaja masih tidak dapat diputuskan. Kajian oleh Columbia University’s Internet Health Resource mendapati bahawa walaupun kaitan antara asap rokok dan terbantutnya tumbesaran adalah tidak kuat namun kanak-kanak yang kerap menghidu asap rokok basi adalah lebih pendek berbanding kanak-kanak yang tidak menghidu asap rokok basi.
Rokok juga mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh mengganggu kestabilan hormon tumbesaran dan memberi kesan jangka panjang dari sudut masalah kesihatan yang secara tidak langsung akan membantutkan tumbesaran seorang remaja atau kanak-kanak

Ads

7. Elakkan Pengambilan Steroids Tanpa Pemantauan Doktor
Pengambilan Steroids tanpa nasihat dan pemantauan doktor akan menghalang perkembangan tulang pada kanak-kanak dan remaja selain mengurangkan jumlah sperma, mengecilkan saiz payudara, meningkatkan tekanan darah dan meletakkan mereka risiko serangan jantung kepada mereka.

Oleh itu, sekirannya seorang remaja atau kanak-kanak terpaksa mengambil steroid seperti kes serangan Asthma atau lelah atau masalah kesihatan yang lain, pastikan pemberian steroid dibuat oleh doktor mengikut dos dan garis panduan yang dibenarkan sahaja. Elakkan membeli steroid yang dijual tanpa preskripsi atau pemantauan doktor.

Ads

Baiklah, itu sahaja tips perkongsian saya pada hari ini. Masih ada banyak lagi tips untuk membantu tumbesaran kanak-kanak di luar sana. Sekiranya anda ada cadangan mahupun terdapat kesalahan fakta, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah. Jangan lupa kongsikan artikel ini.

Sumber: drafiqrahim.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI