Kadang kala, apabila berpindah kerja, kita pastinya inginkan gaji yang lebih tinggi di tempat kerja baru.
Namun, jika cara salahnya, ia mungkin makan diri, apabila permohonan kerja tidak berjaya apabila gaji yang dimohon tinggi.
Ingin tahu cara trik yang betul, ikuti perkongsian lelaki ini.
________________________________________
TINGGI JUGAK EXPECTED SALARY YANG YOU MINTAK YE… KENAPA YOU MINTAK GAJI MACAM TU?
Al-kisah, dulu aku pernah hadir satu temuduga di Company MNC yang aku namakan Company A.
Aku namakan penemuduga yang interview aku tu Encik M. Encik M adalah HOD di Company A.
Macam biasa, Encik M tanya soalan² standard macam kat bawah ni semasa temuduga:
-Serba sedikit pasal diri sendiri.
-Kenapa aku nak kerja di Company A
-Peranan aku kat tempat kerja semasa dan
-Kebolehan yg aku boleh offer kepada Company A.
Ads
Then, tiba lah masa untuk discuss berkenaan expected salary yang mana soalan ini memang amat mencabar untuk di jawab semasa sesi temuduga.
Encik M: Saya tengok expectation salary you dalam borang temuduga ni, TINGGI JUGAK EXPECTED SALARY YANG YOU MINTAK YE. KENAPA YOU MINTAK GAJI MACAM TU?
Aku: Sebelum saya menjawab soalan Encik, Encik setuju kebolehan yang saya ada akan memberi ADDED VALUE kepada company Encik?
(Encik M mengangguk tanda setuju)
Baik, selain dari value yang saya ada. Saya juga telah mengambil kira benefit2 yang saya dapat dari company tempat saya bekerja sekarang. In my current company, saya entitled:
1) 18 days annual leave
2) 14 days annual medical leave
3) Monthly parking allowance
4) Petrol card
Ads
5) Reimbursable monthly mobile phone bill
6) Internet dongle limit to 20GB quota
7) Medical coverage for family including maternity delivery expenses maximum RM4,000 for normal RM6,000 for caesarean
8) Annual bonus average 1-2 bulan setahun.
(Encik M dilihat mencatat semua benefit yang aku nyatakan)
After total up all amount dan saya increase another 30%, itu lah value yang saya tulis di dalam borang temuduga yang ada di depan Encik sekarang.
(Aku menunggu dengan sabar dan selepas 15 minit, Encik M kembali ke bilik temuduga)
Ads
Baik, saya dah discuss dengan HR. Ada some benefit company you sekarang we cannot match. Can you consider contract position rather than permanent? Tanya Encik M kepada aku.
Aku: Boleh, dengan syarat the contract will be minimum 2 years and the expected salary will increase another 40%.
Encik M: Haish, itu terlalu tinggi to add another 40%. Why so high???!
Aku: Saya ada family dan long term commitment yang perlu ditanggung. With a risk my contract will only last 2 years and further I’m losing some of benefit yang saya dapat sekarang. I think it’s fair.
Encik M: Okey..Make sense! Baik lah Rahman. I will discuss internally. We will come back to you as soon as possible.
After a week, HR company A call aku.
Macam biasa HR nego gaji. Aku bagi diskaun 2% (hahaha.Trick nego gaji.Start with low rate dulu)
And after a week, aku pun dapat Offer Letter dengan gaji 38% more dari current salary aku masa tu..So,maknanya diskaun 2% aku tu diterima
Syukur…Rezeki..
So, kawan². When you are trying to put any expected salary value, please make sure you know what is the value you are talking about.
By the end of the day, ONLY YOU CAN DEFEND YOUR VALUE. Bukan orang lain.
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan yang cukup sempoi, senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Ezad Lazim dan Zeana Ramli, pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
“Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi aktif dalam dunia seni. Peluang dan rezeki tidak berbelah bahagia berkat kehadiran anak dan isteri. walaupun industri kini nampak ‘slow’ ditambah kehadiran anak muda memberi satu persaingan yang sihat ditambah dengan adanya medium media sosial merancakkan lagi industri.
“Ini juga satu bonus untuk mereka dan walaupun ia medium baru untuk artis lama seperti saya, namun tidak menjadi hal. Cara mungkin berbeza dengan dahulu tapi kita kena ikut peredaran zaman dan saya harus seiring. Pun begitu saya bersyukur kerana biar ada bakat baru namun saya masih diterima oleh peminat, ini pun dan cukup terbaik untuk orang lama seperti saya.
“Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya beruntung kerana isteri banyak menguruskan hal keran dia menjadi pengurus peribadi. Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh.
Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya saya.
Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
“Zeana juga jenis yang suka akan kesempurnaan. Kalau tukar tempat letak barang esoknya pasti dia akan menukar kembali. Dia suka ikut stail dia, kalau ada pembantu rumah pasti susah nak bekerjasama. Dia jenis yang mahu sempurna di matanya. Mungkin kerana Zeana sudah berdikari sejak kecil, jadi bila marah saya malas nak bantu takut salah lagi. Tapi kasihan pula kalau biar dia buat sendiri. Namun pada saya inilah asam garam dan warna-warni serta corak dalam rumah tangga kami.
“Dalam hal anak-anak dia yang banyak buat. Kebetulan anak sulung agak pelat jadi untuk bagi dia cepat cakap kami hantar ke sekolah Cina kerana di situ banyak bercakap bahasa Inggeris. Alhamdulillah, nampak perbezaan. Dia berani bercakap dan nampak macam-macam benda baru yang dia belajar.
“Kalau diikutkan saya tak setuju untuk hantar anak ke sekolah awal kerana baru umur 4 tahun. Saya tak suka ‘push’ anak kerana lama kelamaan mereka akan belajar juga cuma beza lambat dengan cepat. Tetapi Zeana yakinkan saya untuk memastikan anak boleh bercakap seperti rakan seusianya.
Keluarga bahagia Ezad dan Zeana
Mahu anak pilih kerjaya lain
Ditanya mengenai perancangan masa depan sama ada akan terus aktif dalam bidang nyanyian atau mencuba bidang lain, Zeana memberitahu mereka kini sedang mencuba bidang bisnes pakaian.
“Kalau diikutkan sebelum ini pelbagai bisnes kami buat dari tudung, kurta, baju melayu, parfum dan terbaru kami cuba pula baju sekolah. Walaupun sedar ramai artis yang terbabit dalam bisnes tetapi itu tidak menjadi hal. Sementelah adanya peminat itu memudahkan lagi bisnes.
“Baju sekolah jadi pilihan kerana tak ramai artis yang memilih bidang ini dan ini satu idea yang baik. Semua orang tahu baju sekolah satu keperluan cuma tinggal lagi cara bagaimana kita memasarkannya supaya ia diperluaskan dan mendapat tempat di hati peminat.
“Idea hasilkan baju sekolah datang secara spontan waktu memikirkan bagaimana nanti anak kami akan bersekolah. Kebetulan tidak ramai yang buat baju sekolah, kami cuba cari satu sumber pendapatan dan ia boleh jadi satu jenama yang boleh terkenal. Kami pilih jenama BIJAK dan kelebihan kami ada kilang sendiri yang dikongsi dengan keluarga. Dalam masa yang sama kami merancang untuk membuka syarikat dan mencari bakat baru atau artis untuk membuat persembahan.
“Soal kerjaya anak-anak, pada kami kalau boleh biarlah mereka memilih kerjaya lain. Suami juga impikan anak terbabit dalam bidang lain, tetapi kalau mereka nak ke arah bidang seni saya dan suami tak akan halang andai itu minat dan kecenderungan mereka. Yang penting pendidikan kami utamakan.
Anak-anak punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Mac 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika anda mempunyai hobi berkebun pastinya ia adalah aktiviti yang sungguh berbaloi.
Bukan sahaja terapi mata, terapi minda tetapi memberi mendatangkan pendapatan sampingan yang tidak disangka-sangka.
Ketika pandemik ini ramai yang cuba berjinak-jinak berkebun di laman rumah.
Namun yang menjadi masalahnya apabila ada serangan perosak. Akibatnya pokok mula tidak menjadi, mengecut, tidak subur dan rosak.
Ini yang buat ada yang patah semangat, baru je nak cuba berkebun tapi ada halangan pula!
Sebenarnya nak berkebun ni kena ada ilmu tentang penjagaan pokok, bukan hanya sirim setiap hari dan letak baja je. Ilmu bagaimana nak halang serangga perosak kena ada.
Selain mengunakan racun perosak, ramai yang lebih suka menggunakan cara alami.
Begitu juga dengan perkongsian puan Liyana Mohd Poad yang menunjukan cara membuat semburan hanya mengunakan kulit bawang! Cara ini mampu menghalau semut, ulat beluncas dan kutu thrip dan bena putih. Serangan serangga ni yang membuatkan daun pokok jadi rosak.
Ikuti perkongsian beliau.
Ni satu lagi petua nak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara saya bg kat bawah. Dah tiga hari guna, puas hati rasanya.Semut kecik dan semut hitam dah tak ada.
Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh.Kumpulkan semua kulit bawang dlm satu bekas.Ni bawang bawang yg tlh dikupas. Mereka sedia untuk mmbawang. Yg ni guna utk masakan shj.Kulit kulit bawang rendam sekejap aje dlm bbrp minit.Kemudian,isi air penuh dlm bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya.Simpan dua hari di bawah sinki dapur. Slps dua hari, tapis airnya dan masukkn dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yg besar sekali,cth botol jus oren twister.Tambah air paip bg penuh.Masukkn dlm botol spray 500ml separuh dan tambah air. Lps tu spray pd pokok yg brmasalah setiap pagi dan petang selang sehari.InshaAllah masalah tanaman akan berkurangan.
Pada 20 Januari lalu, sesi persekolah telah ditangguhkan ekoran kes positif covid-19 semakin meningkat.
Pelaksanaan pembelajaran PdPR di rumah menjadikan inisiatif agar anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
Sebagai ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak. Bagi yang berkemampuan akan membeli perkakasan gajet seperti telefon atau laptop bagi memudahkan PdPR di rumah.
Begitu yang dilakukan oleh ibu ini yang memberikan hadiah telefon buat anaknya. Namun bagi mengelak sebarang pengaruh sosial lain di media sosial beliau menggunakan applikasi “Family Link” untuk memantau penggunaan internet anaknya.
Cara yang harus ibu bapa praktikkan bagi memantau anak-anak.
Hadiah Untuk Kakak.
Sempena PKP dan Sekolah secara online dirumah akan bermula esok 20hb, Ibu dan Abah hadiahkan handphone pada Kakak.
Tetapi tetap ada terma syarat nya dan pantauan dari Ibu Abah. Salah satu cara nak pantau adalah menggunakan Apps “Family Link” seperti gambar dibawah.
Ibu Abah bagi handphone supaya Kakak yang darjah 5 tahun ni mudah nak belajar nanti.
.
Bagusnya apps ni setiap apa yang anak nak install apps perlu APPROVED dari Ibu Abah dulu.
Ibu Ayah yang lain boleh guna apps ni juga.
.
Semoga dengan gajet gajet ni menambahkan kebaikan lagi pada anak-anak Kita.
.
Cuma Ibu terpikir waktu PKP memerlukan belajar secara ONLINE ni, macamana lah keadaan Ibu Ayah yang ada anak ramai yang bersekolah? 4-5 orang jenuh nak kena ada handphone / laptop masing-masing?
CARA SETTING APLIKASI INI.
Sebelum install Apps Google Family Link ni di ke2 handphone Parent dan Child, perlu register email Google di Handphone Anak menggunakan email anak. Supaya Google boleh kesan yang guna Handphone tu adalah anak bawah umur.Bila nak setting di Handphone parent sila klik PARENT. Di Handphone Child sila klik Child. Lepas tu baru boleh setting dan control Handphone Anak dari Handphone kita.Boleh godek godek disini lagi.Boleh LIHAT setiap Apps yang anak guna sudah berapa lama. Namapun untuk KIDS so hanya You Tube Kids jela boleh.Boleh kesan LOCATION anak kita ada dimana.
Boleh LIMIT kan penggunaan anak pada setiap apps mengikut jam dan hari yang kita mahu.Setiap apps yang anak download perlu APPROVAL dari parent dulu baru apps tu auto download.Ini antara respond mereka yang sudah menggunakan Apps ni.
Inilah antara SEBAB kenapa Ibu Bapa perlu pantau anak-anak. Semoga anak-anak Kita Selamat di Dunia dan di Akhirat. #Aamiin
Semoga Allah permudahkan segala urusan Kita semua. Aamiin.
Sumber: Safurah Amdan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.