Tinggalkan Keluarga Dalam Keadaan Berharta. Sila Take Note!

Share

Hidup ini perlu sentiasa berwaspada dan beringat, memandangkan hari esok kita tidak tahu apa akan terjadi kepada diri dan ahli keluarga kita. Itu sebab jugalah, orang tua-tua selalu berpesan agar sediakan payung sebelum hujan.

Begitu jugalah halnya dalam mempersiapkan keluarga kita sekiranya diri kita yang pergi dahulu mengadap Ilahi.

Andai ditanya, apa persiapan kita lakukan agar anak-anak dan pasangan tetap dapat hidup selesa tidak melarat?

Jika masih kabur tentang hal ini, elok kiranya kita baca perkongsian ini.

SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?

1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.

2. Didik isteri urus kewangan dan belanja keluarga. Ceritakan bagaimana kita urus belanja bayar semua.

3. Maklumkan isteri semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.

4. Ceritakan pada isteri simpanan yang ada juga. Tabung ASB ada berapa dan hibahkan pada siapa? KWSP kita letak siapa penama. Begitu juga Tabung Haji ada berapa, saham apa kita ada.

5. Sediakan Dana Kecemasan 6 bulan gaji kita. Dan pastikan jika apa apa berlaku, isteri boleh guna dana kecemasan ini.

6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan. Saya bukan agen takaful tetapi saya galakkan semua suami kacak dan seksi ada perlindungan ini. Bayaran serendah RM50-RM150 sahaja sebulan.

7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan “Jika Saya Meninggal?”. Bagaimana urus dana pancen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya.

Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. “Saya tak tahu nak buat apa apa”.

8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ceritakan tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.

9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada.

10. Ajar Isteri sejak sekarang guna perbankan online untuk semua urusan. Jika semua urusan kewangan kita uruskan. Apa salahnya maklumkan pin bank, kata dah sayang.

11. Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita. Yang namanya duit ini berhantu, sanggup telan dan hina saudara demi duit sahaja.

Tinggalkan keluarga kita dalam keadaan berharta. Bila miskin dan ada hutang, keluarga pun sanggup buang.

Sumber : Azizul Azli Ahmad.