Tinggal Sorang Dua Di Rumah Elak Membazir Beras, Elok Dimasak Dengan Cara Ni. Pasti Tak Berlaku Nasi Basi!

Share

Memikirkan bila tinggal berdua sahaja di rumah, kadang-kala menyebabkan makan pun kurang berselera. Berbeza jika anak beranak dan cucu cicit berkumpul, memang meriah suasananya. Masak nasi banyak mana pun, biasanya habis dimakan. Apatah lagi bila orang bujang, hendak masak sikit pun jadi serba salah pula dibuatnya. Sudahnya, membazir nasi seperiuk.

Berkongsi cara terbaik untuk masak nasi dengan kuantiti yang sedikit, malah tidak berkerak dan dijamin tidak berlakunya pembaziran, saudara Muhammad Faris Abdullah berkongsi cara dan tipsnya.

Pagi ini saya ingin berkongsi tips masak nasi. Ya masak nasi pun kena ada tips.
Masalah:


1)Masakan bujang portion sikit tetapi rice cooker besar.
2) Nasi berkerak dan tekstur nasi tidak cantik.
3) Kerap membazir masak nasi terlampau banyak.

Penyelesaian:
Masak nasi dalam Mug cawan! Alaaa macam di kedai nasi kukus pakai bekas besi tu tetapi kita masak menggunakan Mug.

Cara-cara:
1) Sukat separuh cup beras dimasukkan ke dalam dua Mug besar. Jangan terlampau banyak nanti nasi melimpah ruah. Basuh beras bersih sebersihnya kemudian dimasukkan ke dalam Mug.


2)Ratio air adalah 1:2. Bermaksud satu cawan beras bersamaan dua cawan air. Dalam kes ini saya menggunakan satu cup air dibahagi kedalam dua Mug.


3) Kukus nasi didalam rice cooker. Air dibawah tidak perlu banyak sekadar cukup untuk kukus. Jangan risau air cukup sebab ianya akan berwap disekitar dalam rice cooker sahaja. Untuk lagi sedap boleh diletakkan daun pandan untuk lebih wangi.


4) Kukus nasi sehingga masak. Nasi Akan masak cantik, lembut dan sebutir sebutir dalam masa 30minit. Tekstur nasi memang cantik.


5) Selepas 30minit kukus keluarkan dan rehatkan nasi dalam 5-10 minit. Kemudian Nasi sedia untuk dihidang!


Kelebihan: Nasi cantik sebutir sebutir. Tiada kerak nasi. Sesuai untuk portion sedikit.
Kekurangan: Tempoh masak sedikit lama berbanding cara biasa. Tidak sesuai untuk masak dalam kuantiti banyak melainkan puan2 anda periuk steam yang besar seperti di kedai.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber : Muhammad Faris Abdullah

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500

nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di  https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club