Tinggal Di Zon Merah, Hadam Betul-betul Apa Makna Kontak Rapat. Ada Je Salah Satu, Segera Buat Saringan!

Share

Peningkatan jumlah pesakit covid-19 yang semakin menggerunkan angka kenaikannya kini, pasti membuatkan kita cemas dan bimbang dengan setuasi semasa.

Apatah lagi andai keluarga kita tinggal di zon kuning dan merah. Kebarangkalian berlakunya kontak rapat dengan pesakit mungkin terjadi.

Jadi adalah lebih baik memahami dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan kontak rapat itu sangat penting.

Kefahaman yang jelas dan tepat dapat setidak-tidaknya untuk kita berjaga-jaga dan tahu apa prosedur seterusnya harus segera dilakukan.

 

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari doktor ini.

Wabak Covid-19 semakin parah.

Walaupun tinggal di zon kuning dan merah, masih ada yang tak faham apa maksud Kontak Rapat dan apa prosedur yang perlu dilakukan pada setiap generasi jangkitan.

Kontak rapat itu maksudnya ialah:

1) Ahli keluarga serumah atau ahli dari kumpulan kecil yang sama dengan pesakit positif Covid-19. (tidur/makan bersama)

2) Bersemuka lebih 15 minit dalam jarak kurang 1 meter (dalam ruang tertutup) dengan pengidap Covid-19.

3) Tidak bersemuka tapi berada bersama dalam bilik berpenghawa dingin tertutup lebih dari 2 jam.

4) Menaiki kenderaan yang sama dalam jarak 2 kerusi lebih dari 2 jam dengan pengidap Covid-19.

5) Tinggal serumah dan berkongsi peralatan rumah dengan kes Covid-19.

6) Staff kesihatan yang terdedah pada pesakit Covid-19 tanpa memakai peralatan PPE.

7) Bekerja bersama dengan staf kesihatan yang dijangkiti Covid-19.

8 ) Melawat atau berada dalam bilik tertutup bersama pesakit covid-19.

Jika anda termasuk dalam kategori di atas ni, maknanya anda ialah kontak rapat.

Bersalam tangan dengan pesakit positif Covid-19 tak dikira kontak rapat. Tapi dikira sebagai “Casual contact”.

Kalian terus saja ke pusat saringan Covid-19 di negeri masing-masing sebab kontak rapat wajib disaring.

Perkara ni pun boleh kita kongsikan secara santai dengan anak-anak kita. Kita semua akan hidup lama bersama dengan virus ni.

Saya minta kawan-kawan tolong sebarkan info berguna ni pada orang lain. Biar lagi ramai orang yang tahu.

Sumber : Dr Redza Zainol