Tinggal Di Kawasan Perumahan Pun Keluarga Ni Boleh Berkebun Sayur. Hasil Tanaman, Memang Wow!

Share

Melihat gambar pokok sayur-sayuran yang dikongsikan di akaun fb Harun Arun, memang cukup istimewa dan membuatkan sesiapa pun boleh berasa teruja. Apa tidaknya, semua tanaman sayur-sayurannya segar bugar dan bersaiz besar!

Untuk itu, mencungkil rahsia untuk mendapatkan tanaman yang subur seperti ini apa kata kita bersama Encik Harun bin Che Man untuk mengetahui kisahnya dalam penanaman sayuran di laman rumah ini. Jom semak.

“Rasa-rasanya sudah 3 tahun kot mula menanam ni. Tanam hanya suka-suka/hobi saja di depan rumah. Saya tinggal di kawasan perumahan taman. Dalam keluarga, sebenarnya saya jer yang minat berkebun ni, isteri dan anak-anak suka makan jer,tapi diaorang kadang-kadang ada la juga tolong siram.”

“Seronok bila tanaman yang kita tanam subur walaupun hanya menggunakan organic fertilizers. Selain itu apa yang paling seronok bila dapat makan sendiri hasil tanaman dan dapat pula berkongsi dengan jiran-jiran.”

“Ia merupakan satu kepuasan yang hanya orang menanam saja yang tahu. Tapi sebenarnya time nak harvest ni ada juga rasa sedih,ya lah pokok yang kita duk belai hari-hari nak kena potong..sedih juga rasanya,”ujarnya lagi.

Namun apabila ditanya tentang pemilihan baja yang digunakan, siapa sangka ianya dihasilkan sendiri dan terbukti hasilnya memang luar biasa.

“Saya bukan pakar pon, saya suka mencuba jer, saya lebih berminat tanam cara organic dan hanya menggunakan bahan-bahan organic untuk tanaman saya,chemical free pesticide free..Pada mula penanaman saya banyak cari info dari google dan rakan-rakan group kebun.”

“Baja yang biasa saya gunakan tinja kambing,ayam sementara medium tanaman topsoil ,tanah hitam sawit & compost yang saya buat sendiri. Selain daripada tu saya juga menggunakan mol(micro organisma local) sebagai booster/pengalak tanaman,ianya terhasil dari peraman bahan-bahan tertentu (seperit sayuran terpakai,ikan,buah-buahan) dengan gula merah/molasses. Setiap bahan mempunyai khasiatnya yang tersendiri, mol yang baik bila digandingkan semasa pembajaan, lengkap unsur npknya,dalam kandungan mol juga terdapat beneficial microorganisms yang boleh suburkan soil,plants & menguatkan tanaman dari serangan penyakit dan pests.”

“Sebenarnya kalau nak cerita tentang mol ni panjang,secara ringkasnya macam tu la. Saya sendiri menggunakan beberapa jenis mol untuk tanaman saya antaranya mol kulit kerang,fish hydrolysate,pisang,seaweed,bonggol pisang dan  em(effective microorganisms) yang saya buat sendiri,” ceritanya panjang lebar.

Tip tanam kobis

1. Pastikan seeds yang dipilih dari jenis lowland (tahan panas) bukan highland,selalunya pada pack benih ada tulis.

2. Bagi menghasilkan head yang besar perlukan bekas/pasu yang besar.

3. Kobis perlukan cahaya penuh sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari.

4. Kobis jenis kuat makan, perlukan high in nitrogen(n) pada fasa tumbesarannya.

5.  Kobis juga jenis kuat minum, jangan lupa siram pagi dan petang.

“Saya tanam hanya untuk makan sendiri jer. Tanam lebih kepada kepuasan, dapat la jimat sikit-sikit belanja dapur di samping sayur yang dimakan selamat dan bebas dari kimia dan racun”

sumber : Harun Arun