Oleh kerana sinki tersumbat dan cuba memperbaikinya dengan menggunakan serbuk asid soda, 2 kanak-kanak telah melecur di bahagian badan kerana saluran paip sinki tersebut meletup.
Namun orang yang bertanggungjawab melakukan perkara ini adalah jiran kepada kanak-kanak tersebut yang membeli serbuk soda berkenaan secara online dengan harga RM50.
Kejadian ini berlaku di sebuah pangsapuri dan disedari oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut yang mendengar bunyi letupan di bahagian dapur rumahnya yang terletak di tingkat satu.
Kejadian itu telah mengakibatkan kecederaan terhadap anak lelakinya yang berumur 9 tahun dan anak perempuannya yang berumur 7 tahun di bahagian badan dan kepala.
Ads
Difahamkan kedua-dua kanak-kanak tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil namun masih mendapat rawatan di wad kecemasanICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur.
Oleh yang demikian, masyarakat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada apabila menggunakan serbuk asid dan membaca arahan yang dinyatakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Menurut Public Health Malaysia, bahan pencuci ini sebenarnya sangat toksik dan mempunyai sifat menghakis. Selepas ia dituang ke lubang singki, tindakbalas kimia akan berlaku membebaskan gas gas bertoksik.
Ads
JANGAN SESEKALI
1. Menjenguk muka ke lubang singki
2. Menjolok, mengepam atau cuba salirkan air sebaik sahaja bahan kimia digunakan
3. Gunakan semasa anda sedang mengantuk atau letih
Ads
4. Letakkan berhampiran kanak kanak.
Bahan kimia ini akan akibatkan kulit anda melecur teruk. Jika terkena mata, ada risiko hilang penglihatan.
Dalam pada bangga melihat anaknya berbakti kepada masyarakat, terselit rasa kebimbangan dalam diri wanita tua ini apabila anaknya yang bekerja sebagai Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sering berdepan dengan ancaman dari haiwan berbisa.
Pada Selasa lalu, maka terungkailah segala kebimbangan Noriah Awang apabila anaknya Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad telah meninggal dunia akibat dipatuk ular berbisa ketika sedang bertugas.
Lebih menyedihkan lagi, anaknya itu sepatutnya bakal mengikat tali pertunangan pada hari raya Aidiladha yang bakal menjelang pada bulan Jun ini.
Menurut Noriah Awang yang berusia 67, anak lelakinya itu adalah daripada lima beradik itu akan bertunang dengan gadis pilihan hatinya yang berasal dari Pasir Tumboh, Kota Bharu.
“Arwah minat dengan haiwan reptilia ini sejak kecil dan dia mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa itu.
“Dia pernah kehilangan jari tengah pada 2017 akibat dipatuk ular.
“Saya sentiasa menasihati arwah supaya berhati-hati ketika bertugas dan tidak menyangka perkara yang dibimbangkan selama ini terjadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kemasin.
Mohd Idris telah dipatuk ular pada jam 8 pagi Ahad ketika memindahkan ular dari guni ke sangkar ketika sedang bertugas.
Ujar Noriah, anak lelakinya itu dipatuk di tangan kanan, tempat sama Allahyarham pernah kena sebelum ini.
“Pada jam 3 pagi, anak saya sudah kritikal kerana bisa ular telah menyerang bahagian buang pinggangnya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab menberitahu, Mohd Idris sudah berkhidmat selama 14 tahun sebagai anggota APM di Kota Bharu.
Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang anggota yang komited dan terlatih dalam menangkap haiwan berbisa.
Jenazah lans koperal itu dikebumikan selepas solat Zohor diiringi keluarga, rakan serta anggota APM Kelantan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahman, 39, yang meninggal dunia di Kem Marakah, Lubnan sempat memohon maaf kepada ibu dan bapanya sebelum berangkat menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).
Ibunya, Salmah Hassan, 57, berkata, anak perempuannya pergi dalam keadaan sihat, sekali gus dia memang agak terkejut apabila dimaklumkan tentang pemergian Faridah mengadap Illahi.
“Mak cik reda dan terima dia pergi sebagai wira negara, malah ikhlas halalkan segala-segalanya dan apa yang dia buat.
“Sebelum dia pergi (misi), dia minta maaf dengan mak cik dan ayahnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Sungai Mati, mukim Tobiar, di sini, pada Rabu.
Menurutnya lagi, Faridah juga ada memberi sejumlah wang kepada adik-adik dan anak-anak saudaranya sebelum berangkat menyertai misi.
“Dekat mak cik, Faridah kata, gaji nanti ‘che’ masuk pula dekat mak. Memang tidak ada perubahan apa-apa dan dia cakap elok semua.
“(Ketika dia balik) Mak cik tanya, ‘hang’ nak makan apa, nak makan laksa ka (dan) mak cik buat, nak makan lemang pun buat,” katanya
Menurut Salmah, dia memenuhi segala keinginan anak perempuannya ketika anggota tentera itu pulang bercuti di kampung halamannya.
Menurutnya, Faridah amat meminati bidang terbabit dan komited dengan kerjanya dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Katanya, anak perempuannya ada memaklumkan dan meminta kebenaran sebelum menyertai misi di Lubnan itu.
Salmah berkata, dia menyokong impian anaknya menabur bakti untuk negara, sekali gus reda atas kehilangannya secara tiba-tiba.
Sementara itu, adik Allahyarham, Hafyzoh,21, berkata, dia tidak menyangka gurauan kakak sulungnya melalui mesej dihantar dalam aplikasi WhatsApp jadi petanda beliau akan pergi menghadap Illahi.
Menurutnya, kakaknya memaklumkan akan pulang bercuti ke kampung pada 18 April lepas ketika sedang transit di Dubai.
Hafyzoh berkata, dia bertanya kepada kakak mengapa tidak membuat kejutan tentang kepulangan dirinya.
“Semasa transit di Dubai, saja melawak dengan dia ‘awat hang’ tak buat kejutan dekat rumah (dan) anak-anak ‘hang’ tengok ‘hang’ ada dekat depan.
“Kakak kata, ‘hang’ jangan suruh buat kejutan, tengok-tengok sampai kain putih dekat rumah. Dia kata, aku balik hendak tengok anak-anak dekat rumah,” katanya.
Menurut Hafyzoh, kakaknya menghantar mesej itu pada 18 April dan dia kemudiannya menghembus nafas terakhirnya pada 18 Mei 2024.
“Cukup sebulan, 18 April dia cakap macam itu dan 18 Mei dia tidak ada (meninggal dunia),” katanya.
Menurutnya, anak sulungnya yang berusia 13 tahun dilihat paling terkesan dan kerap menangis selepas menerima makluman dimaklumkan kematian ibunya.
“Yang sulung, memang hari-hari menangis, yang adik mencari juga sebab mereka memang wajib buat ‘video call’ dengan ibu setiap malam,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham Faridah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah di Lubnan selepas pulang bercuti selama sebulan di Kedah.
Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.25 pagi waktu Lubnan, Sabtu (7.25 pagi waktu Malaysia).
Faridah meninggalkan empat anak iaitu Nurul Syifa, 13; Muhammad Afnan, 10; Nurul Jannah, 7; (syndrome down) dan Ainul Mardiah, 4 tahun.
Jangkaan ketibaan paling awal jenazah anggota tentera itu adalah pada Rabu dan akan dikebumikan di ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Tualang, Pokok Sena.
Atas kekangan masa, ramai yang memilih untuk membeli pakaian secara online sahaja. Selain menjimatkan masa, ada pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan hanya melayari website. Masa juga dapat di jimatkan untuk pergi bertandang ke butik.
Tak dinafikan sekarang ramai memilih untuk membeli baju secara online. Tak perlu lagi bersesak-sesak, design menarik warna pun pelbagai.
Namun, ada satu masalah apabila membeli baju secara online ini iaitu baju yang dibeli tidak kena saiznya. Ukur badan pun dah tapi tak juga muat dengan saiznya.
Mungkin cara kita ukur tu tak tepat jadi untuk tahu cara yang betul, seorang wanita bernama Ida Ismail telah berkongsikan cara yang betul untuk kita ukur badan dari seseorang bagi mendapatkan saiz baju boleh ngam dengan badan kita.
CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN!
Seeloknya diambil ngam-ngam, jadi mudah untuk mengagak dan mengubah kelonggaran semasa membuat pola.
1. Bahu
Diukur di bahagian belakang dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.
2. Dada
Ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada.
3. Pinggang baju
Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping.
4. Pinggang kain
Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai ‘low waist’ ukur dibahagian tersebut.
5. Punggung
Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut. Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang paling tinggi. Jika tidak sendat nanti kain bahgian perut.
6. Labuh lengan
Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar.
7. Leher
Ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan.
8. Labuh baju
Sebaik-baiknya ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.
9. Labuh kain
Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki (tidak memakai kasut). Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.
10. Labuh jubah
Ukur dari bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada dan terus ke labuh yang dikehendaki.
Semoga selepas ini tiada lagi masalah saiz baju belian online tak muat dengan badan. Ukur baju di badan sendiri ya!
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.